Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Friday, May 11, 2012

CARA PEMAKAIAN DI KOLEJ MATRIKULASI LABUAN (KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA)

CARA PEMAKAIAN DI KML

Assalamualaikum semua. Kepada adik-adik yang bakal memasuki Kolej Matrikulasi Labuan, Mrd nak kongsikan cara pemakaian para pelajar lelaki dan wanita. Cara pemakaian ini adalah bedasarkan pengalaman Mrd belajar di KML pada tahun 2011. Segala perubahan peraturan mengenai pakaian tertakluk kepada perubahan semasa.

Untuk lelaki selalunya pakaian untuk ke kuliah adalah formal. Berpakaian kemeja, seluar slack, bertali pinggang, menggunakan neck tie dan berkasut hitam PVC atau kulit. Pada hari korang ada kokurikulum, korang akan pakai baju t-shirt KML dan berkasut sukan. Semasa Mrd study di KML, baju t-shirt kami warna biru tua dengan ungu. Semua baju t-shirt adalah berlengan panjang seperti gambar yang ditunjukkan di bawah.

Bagi perempuan, pula selalunya akan pakai baju kurung pergi kuliah, berkasut hitam PVC atau kulit dan bertudung bagi yang muslim. Semasa hari yang ada kelas kokurikulum pun, pelajar wanita akan pakai baju t-shirt KML dan berkasut sukan. Adik-adik bolehlah rujuk gambar-gambar yang Mrd sediakan di bawah ini.

PAKAIAN LELAKI DAN WANITA SEMASA KELAS TUTORIAL DAN KULIAH

PAKAIAN LELAKI DAN WANITA SEMASA  KELAS TUTORIAL DAN KULIAH
PAKAIAN PELAJAR  LELAKI

*BAJU KEMEJA BERLENGAN PANJANG/PENDEK
*BERTALI LEHER
*BERKASUT KULIT/PVC
*BERTALI PINGGANG



PAKAIAN PELAJAR WANITA

*BAJU KURUNG
*BERTUDUNG (BAGI YANG MUSLIM)
*BERKASUT KULIT/PVC (KASUT BERTUTUP)

PEMAKAIAN UNTUK KELAS KOKURIKULUM
*BAJU T-SHIRT KOLEJ
*SELUAR SUKAN
*KASUT SUKAN
* BERTUDUNG (BAGI WANITA MUSLIM)




KALAU ADA SOALAN MENGENAI PAKAIAN DI KOLEJ MATRIKULASI....KEMUKAKAN SAHAJA....DEKAT KOMEN.

*Kepada yang berminat untuk follow blog Mrd, bolehlah follow Mrd dekat bahagian kanan blog Mrd ni.

21 comments:

  1. senior nak tanya sikit. ada tak kupon makanan di bagi nanti?? hahahaha

    ReplyDelete
  2. kureng ko umi,,hehehhe
    sajalah nak tolong bakal2 junior ni,,hehhe

    ReplyDelete
  3. setiap wanita tanpa mengira kaum pun harus memakai baju kurung??
    terimakasih.

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas soalannya....setahu saya tidak dilarang kepada pelajar wanita untuk memakai pakaian selain baju kurung...asalkan pakaian itu formal dan sopan untuk di gunakan semasa kelas,,,Tetapi kebanyakkan pelajar wanita di matrikulasi saya dahulu( labuan ) akan memakai pakaian baju kurung.

    ReplyDelete
  5. Hai,

    Utk lelaki seluar selain warna hitam boleh tak? Contohnya mcm kelabu, pastu kena straight cut ke ataupun bebas?

    Thnks :)

    ReplyDelete
  6. salam,, macam mana pulak kalau semasa hari pendaftaran ke kolej matrikulasi?? ada tak persediaan pengangkutan kolej macam bas ka?? hehe saya ni budak sabah, kebingungan nak pergi hari ahad 19 mei ataupun menginap kat kat labuan dulu hari sabtu.. Boleh tak minta pndapat.. :D

    ReplyDelete
  7. kasut pelajar perempuan macam mana ya? ada ditetapkan?

    ReplyDelete
  8. as salam dan salam sejahtera...minta maaf sebb lewat balas soalan saudara-saudari...sibuk sikit dengan assignment,,,
    1) untuk seluar saya x berapa pasti tentang peraturannya,,,tetapi sewaktu saya belajar kat KML kebanyakan pelajar lelaki akan guna seluar berwarna hitam...

    2) untuk pengetahuan saudari, bus KML akan disediakan bagi menghantar pelajar2 baru ke KML..Bus2 ini akan berada di terminal feri...setelah tiba di terminal feri akan ada wakil KML akan mengatur perjalanan saudari ke KML...so samapai saja KML dah boleh mendaftar..

    3) untuk kasut perempuan,,,setahu saya pelajar perempuan akan mengunakan kasut hitam bertutup...

    saya minta maaf kalau maklum balas saya tak membantu saudara-saudari...

    ReplyDelete
  9. Masa solat Jumaat boleh pakai jubah dan serban tak?

    ReplyDelete
  10. assalammualaikum, kat matrikulasi nie tak bleh berambut panjang ke? huhu

    ReplyDelete
  11. Boleh x yg pompuan ni pki kasut hitam yg da hiasan or corak pape ntah?

    ReplyDelete
  12. 1) Al Leaf- boleh saja kalau nak pakai jubah dan serban kalau pegi solat jumaat.. Semasa kat Kolej Matrikulasi Labuan, ada ja student pakai jubah dan serban.
    2) Mohd Zulhatta Kifli- boleh saja berambut panjang asalkan kemas dan tak TERLALU panjang. tapi lebih elok kalau ukuran rambut mengikut standard dan kemas.
    3) Pengalaman saya sepanjang di KML, almost semua student perempuan guna kasut hitam tak bercorak...Tapi kalau ada corak sikit ,rasanya ok saja..asalkan tak berlebihan corak tu.

    Semua maklum balas yang saya berikan berdasarkan pengalaman saya peraturan semasa di KML pada tahun 2011/2012... sebarang ketidaksamaan peraturan adalah tertakluk dengan peraturan yang terkini dan kolej matrikulasi masing2.

    Sekian. Terima kasih.:) Good luck menjalani hidup sebagai pelajar matrikulasi,,, (Skemalah plak ayat,,hehehhe)

    ReplyDelete
  13. * berdasarkan pengalaman saya dan peraturan semasa di KML PADA TAHUN 2011/2012

    ReplyDelete
  14. Kemeja bagi lelaki tu kalau kotak kotak ke bercorak ke boleh tak? Ke mesti plain? Kms

    ReplyDelete
  15. im a muslim but not used to wearing hijab. wajib ke memakai tudung bagi pelajar muslim kat matriks?

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Tudung MyPapillon : www.mypapillon.my untuk tudung warna hitam dan putih boleh dapat di situ.

    ReplyDelete
  18. Tuk msuk ke kml blh ker rmbut d warna tuk bru ptma kli msuk ke skolah???? Sila mklum blas

    ReplyDelete

Penaja