Rabu, 2 Mei 2012

PERMULAAN HIDUP DAN SUASANA BARU DI KOLEJ MATRIKULASI LABUAN

Assalamualaikum kepada semua pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di KOLEJ MATRIKULASI. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda semua. Pada penulisan saya pada hari ini saya akan memberikan serba sedikit tentang kehidupan di kolej matrikulasi. Saya merupakan bekas pelajar matrikulasi Labuan sesi 2011/2012.

Kehidupan di kolej: ( TERTAKLUK DENGAN PEREDARAN MASA  & PERATURAN YANG   BOLEH BERUBAH-UBAH )

Bangun pagi lebih kurang pukul 5.00 am, untuk solat subuh( bagi yang muslim, tapi solat boleh buat kat musolah/ surau kat aras dan tingkat asrama masing2 ataupun surau besar) Cuma pada sesi orentasi saja pelajar2 wajib solat kat surau besar dan berjemaah, Tapi seelok-eloknya solat dan berjemaah kat surau besar lagi bagus,,banyak pahala. Untuk hari2 seterusnya  solat kat mana mana pun boleh, kat bilik korang atau musolah/surau kat aras dan tingkat kamu.

Lepas tu jam 5.30 am- 6.00am korang dah kena mula mandi dah, sebab kalau dah masuk pukul 6.00am lebih confirm korang akan berbaris tunggu giliran sebab time tu dah ramai orang dah nak mandi. Ok lepas tu pukul 6.15 am korang bersiap2 lah pakai baju semua susun semua buku yang hendak di bawa kat kelas dan kuliah. Then, pukul 6.45am korang turun pegi sarapan kat kafe masing2 bagi lelaki kat kafe c, perempuan kafe a dan b( jangan risau kafe korang dekat je dengan asrama tak sampai lah 3 minit korang berjalan sampai dah. Lain lah kalau korang jalan lenggang kangkung. Lepas sarapan pegilah kelas anda masing sebab kelas dan kuliah start pukul 7 am. So kena lajulah makan jangan nak borak2 lagi dengan kawan, nanti kalau lambat masuk dewan kuliah malulah pula orang dah start kuliah korang baru nak masuk kuliah,, confirm korang akan malu,lagi-lagi kawan korang yang suka mengejek-ngejek,,hahaha.

Setelah anda mengharungi liku-liku kelas dan kuliah anda dalam lebih kurang 9 jam dan anda akan rehat dua jam. Time korang rehat tu confirm boleh solat zuhur sebb masa rehat korang ada dua satu pagi dan satu lagi tengah hari lebih kurang jam 12pm ke atas. Tentu korang penatkan lepas habis kelas dan kuliah. Korang akan rasa kepenatan tu nanti, tapi pesan saya jangan mengeluh,, biarlah kita penat asalkan kita berjaya untuk 10 tahun akan datang.

Korang akan habis kelas jam 4 pm. Then pulanglah korang kat asrama. Mandi, cuci pakaian dan buatlah apa2 yang patut. Bagi yang muslim solat asar jangan dilupa. Lepas tu sudah mandi cuci pakaian solat silalah anda rehat sebentar dalm 1 jam. Sebb malam tu korang kena buat tugasan yang diberikan oleh lecturers. LAB REPORT, EXERCISE DAN ULANGKAJI. Kalau kat matrik ni tiada istilah nak exam baru study sebb lecturers korang rajin buat kuiz untu carry marks 10 %. Rugi kalau korang tak skor. After dah korang buat semua tugasan dan solat maghrib dan isyak pun dah korang tunaikan, tidurlah selewat-lewatnya pukul 12 tengah malam, melaainkan kalau korang banyak sangat assingment korang kena stay up lah limit pukul 2 pagi. Sebab kalau korang lewat tidur nanti kat dewan kuliah  korang akan malu. Sebab kalau korang mengantuk kat dewan kuliah lecturers akan tegur anda so korang malulah di hadapan ratusan orang kat dewan kuliah.


Ok setakat ini saja yang dapt saya berikan nanti saya akan ceritakan yang lebih lanjut tentang kolej matrikulasi,,ASSALAMUALAIKUM, KALAU ADA PERTANYAAN SILA TANYA JE, TANYA KAT KOMEN TU AJE,,KALAU SAYA ADA MASA SAYA AKAN JAWAB PERTAYAAN ANDA SEMUA. GUD LUCK SEMUA. JAGA IMAN, MARUAH DAN PERIBADI ANDA DI KOLEJ MATRIKULASI SEBAB BANYAK GODAAN KAT MATRIK NANTI,


                               












PEMANDANGAN BANGUNAN KML DARI LUAR


SURAU AL-IRFAN KML



                                                         



DEWAN MUTIARA KML



















SEWAKTU MEMBUAT EKSPERIMEN
                        DI MAKMAL



                                                       












                   ASRAMA LELAKI
















PEMANDANGAN DI WAKTU PETANG
DI KALA PELAJAR KML BERSUKAN

28 ulasan:

  1. Google2 jumpa blog ni. :)) Thanks for the info . btw , sy bakal pelajar kt matrikulasi labuan .

    BalasPadam
  2. abg nak pesan... kunci nak berjaya kat kolej matrikulasi,, rajin jumpa lecturers kalau adik tak faham tentang sesuatu bab. sebab kalau adik kumpul benda yang adik tak tau tu... susahlah nanti nak cover balik... ingat pesan abang "bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian" dan rajin buat tutorial,..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. alright ! abg ni ambik apa dulu kat matriks ?

      Padam
  3. abg ambil modul satu,,bio physics kimia math,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau modul bang, pihak matrikulasi tentukan atau sendiri pilih ? Sy ni langsung xminat physics . manalatw dapat modul 1 atau 2 . Boleh tukar modul tak ? Mohon pencerahan .

      Padam
  4. ohw,,,first tu memang pihak matrikulasi yang bagi,,tapi nanti ada jugak sesi pertukaran modul,,,ada prosedur dyalah,,,nanti d bagi satu borang tyme minggu orentasi,...nanti adik mohon tukar modul lah,,,,contoh kalw adek dapt modul dua,,then ada ketua JABATAN SAINS(cik nazaruddin ckp tak bleh tukar p modul 3, adik mohon jak masuk modul 3.tu dya phyco jak tu.... then dya jugak akan ckp budak modul satu tak bleh tukar modul lain sebb modul satu modul plaing perfect,,, tapi adik p tukar jak p modul 3,,tapi sebelum tukar modultu,,fikir betul2lah,,InsyaALLAH dipermudahkan urusan adik nanti d KML,,AMIN

    BalasPadam
  5. thanks bang ! Semangat nak pergi KML ! amin dipermudahkan urusan.

    BalasPadam
  6. KAT KML rajin2 belajar ,,,konfom dapat result cemerlang,,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. lupa satu hal, nnt daftar kat KML 21mei ni, tp parents hantar sy 20mei. masa daftar tu nak pakai baju formal eh ? pakai tie sekali ke bang ?

      Padam
  7. ye,,,kena pkai bju formal,pkai tie,bju kemeja,kasut pvc atau kulit warna hitm,,,...bguslahtu daftar awal..then nanti dapt bilik kat bwah,,tak lah susah nanti nak naik trun tangga,,,huhu,,abg haritu lmbt daftar,,nak tak nak dpt bilik kat tingkt 4,,penat ohw,,hri2 naik tngga,,tapi klaw orng bilng alah bisa tegal biasa,,huhu...

    BalasPadam
  8. ouuhhhhh,,, begitu , terima kasih ye bang !

    BalasPadam
  9. abg..katt matrik nanti bole tak bawa iron?then,pendaftaran jam 8..so,klu sy dtg jam 7 bole tak?coz nak ambik bilik paling bawah..hehe..pastu kan apa itu dinamika kemahiran?kena belajar apa?agama pun ada kan?2 subjek ni belajar apa?masuk result ka juga?then,kat sana ada kedai jual barang harian tak?mcm bahan2 untuk mandi?abg bole tak cerita situasi belajar kat sana?abg blh tak bgi fb?senang nak tanya abg...klu guna blog ni payah sikit...tak pandai la..hehe...tq...mimi

    BalasPadam
  10. okey,,,,Rahmat Mrd...okey,,nanti abg tulis d blog ni pasal yang adik soal ni,,huhuhu

    BalasPadam
  11. assalam.. waa thanx byk2. kini sy da gmbrn mcm mn study kat sna nnti.. thanx byk2 saudara rahmat. ^_^

    BalasPadam
  12. waalaikumussalam,,,welcome,,,,study kat matrikulasi apa??? labuan or kat semenanjung..

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum,saya dapat program 2 tahun di KML, rasa takut jugak masuk Matrikulasi sebab saya ni bukan budak pandai2 hehe..Agak2 kalau masuk KML org mcm saya nih bleh improve ke?

    BalasPadam
  14. WAALAIKUMUSSALM ,,,,,,,,,,insyaALLAH,,,,jgn risaulah,,dek,,,cuma adek kena rajinlah sebb matrik ni,,,contohnya" BANYAK PELAJAR2 YANG TAK SKOR TYME SPM TAPI DAPT 4 FLAT GAK DEK,,SEBB DIAORANG RAJIN,,,,,,takde istilah belajar last minute,,tapi kalau program dua tahun ni,,ok sikit,,sebb jadual waktu korang tak berapa nak padat,,,,"DI MANA ADA KEMAHUAN ,DI SITU ADA JALAN" BETUL TAK,,,rajin jumpa pensyarah lah dek,,,kalau tak faham tanya pensyarah adek,,tyme adek waktu rehat,,,,,,jangan risau pensyarah2 kat matrik labuan semuanya spoting,,,,huhuhu,,,chaiyok2!!!!! dek,,PESAN ABG JAGN MUDAH TERPENGARUH K KAT MATRIK NANTI,,,TERPENGARUH KE ARAH YANG BAIK,,ITU BAGUS,,TAPI KALAU SEBALIKNYA,,ITU YANG TAK BAGUS,,,,ABG HARAP ADEK TAK LAH TERPENGARUH,,JAGA AURAT YA DEK KAT SANA ,,SEBB KAT SANA KITALAH YANG JAGA MARUAH DAN PERIBADI KITA,,,assalam,,,,

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum w.b.t kpd tuan empunya blog.Saya ada soalan sikit nak tnya pasal matrik nih.Saya dapat program satu tahun di matrikulasi pahang dalam cos sains tapi saya takut otak saya x boleh nak catch up kalau ambik program satu tahun tu sebab saya nih bukanlah budak crdk dan saya sangat pemalas.Masa SPM dulu saya hanya belajar 1 bulan jer sebelum exam itu pun mujur ada kawan-kawan yang sanggup membantu.Jadi saya ingin menukar program satu tahun kepada dua tahun boleh tak bang?kalau boleh macam mana saya nak tukar?...

    BalasPadam
  16. waalaikumussalam,,,,urm,,,,setahu abglah kan dik,,,kalau kat matrikulasi,,kalau kita dah dapt program satu tahun kita tak bleh tukar,,,melainkan kalau result semester pertama adek tak berapa memuaskan eg: 2.50 something,,adik bloleh minta tukar ke program dua tahun,,,itupun ikut budi bicara pengarah matrikulasi masing2,,,sebab kawn2 abg dulu kat matrik labuan ada yang tukar ke program dua tahun sebb result dorang tak berapa memuaskan,,,,TAPI PESAN ABANG ADIK JANGANLAH MUDAH MENGALAH DULU,,,ADIK BERUSAHA SAJA SEHABIS MUNGKIN,,,,KITA TAK TAHU KAN REZEKI KITA,,,MUNGKIN DENGAN USAHA ADIK YANG BERSUNGGUH KAT MATRIKULASI NANTI,,DAPAT MENGUBAH SEGALANYA...KEPADA YANG LEBIH BAIK,,,PESAN ABG KALAU KAT MATRIK NI,,RAJIN JUMPA PENSYARAH,,,KALAU TAK FAHAM JUMPALAH PENSYARAH KALAU ADA MASA SENGGANG ADIK,,,DAN YANG PALING PENTING BUAT TUTORIAL,,,,WALLAHUA'LAM,,,ABG DOAKAN ADIK BERJAYA DI MATRIK DAN MENCAPAI CITA2 ADIK PENDAM SELAMA INI,,,ASSALAMUALAIKUM,,,

    BalasPadam
  17. mau tanya kpd empunya blog ;) kalau semasa sdg bljr di matrikulasi then dpt tawaran ke univ. lain bolehkah saya kluar dari matrik?

    terima kasih,, bnyk info2 yg saya dpt dr blog nie.. mmndgkn saya akn ke matrikulasi labuan pada thn nie tuk prgrm 2 thn krsus sains so x brapa nk nervous sgt sbb sy dh tau srba sdkit mengenai mtrik labuan..

    BalasPadam
  18. Salam,,sya nie bakal nk msuk KML nnt..nk tnya ckit..modul 1 susah sngt ke? Sya just takut nnt susah nk catch up sbb sya nie tym SPM mmg low ckit subjek elektif..but memandangkn rmai org kata modul 1 bnyk pluang nk apply course kt U sya rsa nk ambl modul 1,,hehe tp still ragu..

    BalasPadam
  19. Salam :) Thanks for the information! Will be there this year :)

    BalasPadam
  20. Waalaikumussalam,,,sory lambat balas soalan2nya,,,busy dengan assignment,,,heheh

    1) boleh keluar matrik kalau dapt twaran daripada mana IPTA & IPTS...ketika study kat matrik.

    2) modul satu boleh dikatakan modul yang agak mencabar,,,tapi kalau ada kemahuan di situ ada jalan,,,kalau saudari tak yakin nak ambil modul satu, saya sarankan ambil modul yang fokus kepada minat saudari,,sebagai contoh saudari minat fizik,,,ambil modul 2, kalau mnat biology mbil modul 3,,,tapi kalau minat2 kedua2nya mabillah modul 1,,hehheheh,, memng tidak dapt dinafikan pelajar modul 1 mempunyai bnyk pilihan untuk kos2 yang hendak di isi sewaktu permohonan UPU..

    BalasPadam
  21. mcm mna pmbahagian bilik kt asrama??d tntukn or plih sndri???

    BalasPadam
  22. Kat matrikulasi ni boleh balik ke rumah semasa cuti or dua minggu sekali ke ?

    BalasPadam
  23. 1) asrama akan ditentukan oleh pihak KML,,,tetapi permohonan perpindahan bilik boleh diajukan kepada penyelia asrama,,terpulang kepada penyelia sama ada menerima permohonan saudari atau tidak sebb ia bergntung dengan sebb musabab permohonan perpindahan bilik.

    2) Amirul Izat, setahu saya boleh pelajar pulang ke rumah masing2.. tetapi ada minggu2 tertentu pihak matrikulasi tidak membenarkan sebarang pulang bermalam disebabkan oleh program-program yang dilaksanakan atau sebagainya. Ia sebenarnya bergantung kepada peraturan matrikulasi masing-masing.

    BalasPadam
  24. hidup d matrik ,kalau x pandai urus diri,merana x habis...
    gulp !

    BalasPadam
  25. betul tu adriana amanda..hehe...dulu matrik lbuan jugk kah?

    BalasPadam