Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Monday, August 29, 2016

Seorang Lelaki Membeli Telur Burung Puyuh di Supermarket. Apa yang dia lakukan terhadap telur burung puyuh tersebut pasti membuatkan anda terkejut.

Harini saya nak kongsikan tentang seorang lelaki yang membeli telur burung puyuh di supermarket. Selepas dia membeli telur burung puyuh tersebut iaitu 12 biji, dia cuba untuk menetaskan telur tersebut. Dia menetapkan suhu 37 degree celcius sepanjang proses penetasan tersebut dan akhirnya 1 daripada 12 biji telur tersebut telah berjaya menetas. Untuk melihat proses penetasan anda boleh lihat video di bawah.






Kalau tak dapat lihat video di atas boleh klik DI SINI

 Video credit to Page Fb Bored Panda Animals

Thursday, August 25, 2016

Makmal Berpenghuni di Sebuah Universiti - Di penjuru bilik makmal mikrobiologi saya melihat susuk seorang wanita dan kanak-kanak merenung ke arah saya dan?????


Assalamualaikum semua, harini saya nak berkongsi sebuah cerita seram yang saya ambil daripada Facebook Page Pensel Studio. Cerita mengenai makmal yang berpenghuni. Bagi yang sebelum ini pernah meyambung pengajian di IPTA terutamanya yang mengambil jurusan sains seperti Bioteknologi, Kimia dan sebagainya anda mesti akan membuat projek tahun akhir yang memerlukan anda banyak menghabiskan masa di dalam makmal. Saya juga seorang pelajar yang memerlukan saya menghabiskan banyak masa di dalam makmal untuk menyiapkan eksperimen saya ketika projek tahun akhir. Memang dugaan kalau kita kena duduk makmal sampai 2 hingga 3 pagi untuk melakukan eksperimen. Cerita di bawah saya tidak menyiakan atau menidakkan kebenarannya, tetapi saya dulu juga pernah melalui perkara yang seumpama cerita di bawah kerana saya juga pelajar di universiti tersebut. Namun apa yang saya boleh katakan, memang benda itu wujud di sekeliling kita tapi kita kena kuatkan iman kita dan hanya kepada Allah sahaja yang layak kita rasa takut. Semoga kita sentiasa di dalam lindunganNya. InshaAllah.





Wednesday, August 24, 2016

Olimpik Rio 2016: Pencapaian TERBAIK dalam Sejarah Penyertaan Malaysia di Sukan Olimpik


Sukan Olimpik Rio yang berlangsung secara rasmi bermula 5 Ogos yang lalu telah melabuhkan tirainya pada 21 Ogos baru-baru ini. Banyak onak dan duri yang dilalui atlet-atlet negara dalam memastikan mereka layak ke temasya sukan terbesar ini. Cabaran yang paling getir menimpa Dato Lee Chong Wei apabila beliau digantung dari meyertai mana-mana kejohanan badminton selama 8 bulan bermula  30 Ogos 2014 sehingga 30 April 2015. Pengantungan ini menyebabkan ranking dunia beliau menjunam ke ranking 100 lebih. Namun, beliau bangkit untuk kembali ke takhta ranking no.1 dunia perseorangan lelaki pada bulan Jun 2016 selepas memenangi Badminton Terbuka Indonesia 2016. Itu antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh atlet-atlet kita selain kecederaan. Lain pula cabaran yang diterima oleh jaguh jaguh trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang. Beliau tertusuk serpihan kayu di betis kirinya akibat kemalangan pada Siri Piala Dunia Klasik di Manchester 2011. Di sukan Olimpik London 2012 beliau tidak berjaya memenangi sebarang pingat namun di Olimpik Rio 2016 beliau berjaya meraih pingat gangsa pertama Malaysia dalam acara sukan berbasikal trek.

Edisi Olimpik Rio 2016 merupakan pencapaian terbaik bagi atlet-atlet negara kita setelah meraih 4 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Skuad badminton negara cemerlang apabila memenangi 3 pingat perak melalui beregu lelaki (Goh V Shem/Tan Wee Kiong), beregu campuran (Chan Peng Soon/Goh Liu Ying) dan perseorangan lelaki (Dato Lee Chong Wei). Manakala pingat perak bagi acara terjun 10m platform seirama dimenangi oleh Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong. Pingat gangsa acara trek berbasikal (Keirin Lelaki) disumbangkan oleh Azizulhasni Awang. Dengan kutipan pingat tersebut, Malaysia menduduki tempat ke 60 kedudukan keseluruhan pungutan pingat.



Pujian harus diberikan kepada semua atlet Malaysia yang bertanding di Sukan Olimpik Rio 2016 kali ini kerana memberikan pencapaian yang sangat baik. Meskipun kita masih belum berjaya meraih pingat emas pertama, namun pingat yang dimenangi atlet-atlet kita bernilai emas di mata rakyat Malaysia. Semoga negara kita terus maju dalam bidang sukan. Sukan merupakan salah satu platform yang berjaya menyatukan rakyat Malaysia. Majulah sukan untuk negara. - oleh Mrd (Makmal Informasi)


 Berikut merupakan pingat-pingat yang berjaya dimenangi Malaysia di Sukan Olimpik

PingatNamaTemasyaSukanAcara
Bronze medal icon.svg GangsaRazif Sidek & Jalani SidekSepanyol Barcelona 1992Badminton pictogram.svg BadmintonBeregu Lelaki
Silver medal icon.svg PerakCheah Soon Kit & Yap Kim HockAmerika Syarikat Atlanta 1996Badminton pictogram.svg BadmintonBeregu Lelaki
Bronze medal icon.svg GangsaRashid SidekAmerika Syarikat Atlanta 1996Badminton pictogram.svg BadmintonPerseorangan Lelaki
Silver medal icon.svg PerakLee Chong WeiRepublik Rakyat China Beijing 2008Badminton pictogram.svg BadmintonPerseorangan Lelaki
Silver medal icon.svg PerakLee Chong WeiUnited Kingdom London 2012Badminton pictogram.svg BadmintonPerseorangan Lelaki
Bronze medal icon.svg GangsaPandelela Rinong PamgUnited Kingdom London 2012Diving pictogram.svg TerjunPlatform 10m Wanita
Silver medal icon.svg PerakPandelela Rinong Pamg & Cheong Jun HoongBrazil Rio 2016Diving pictogram.svg TerjunPlatform 10m Seirama Wanita
Bronze medal icon.svg GangsaAzizulhasni AwangBrazil Rio 2016Cycling (track) pictogram.svg Lumba BasikalKeirin Trek Berbasikal Lelaki
Silver medal icon.svg PerakChan Peng Soon & Goh Liu YingBrazil Rio 2016Badminton pictogram.svg BadmintonBeregu Campuran
Silver medal icon.svg PerakGoh V Shem & Tan Wee KiongBrazil Rio 2016Badminton pictogram.svg BadmintonBeregu Lelaki
Silver medal icon.svg PerakDatuk Lee Chong WeiBrazil Rio 2016Badminton pictogram.svg BadmintonPerseorangan Lelaki

Sumber - Wikipedia


























































 

Monday, August 22, 2016

Proton Persona Baru 2016 Telah dibuka Untuk Tempahan - Cantik dan Bergaya Kereta Persona Keluaran Terbaru ini



Keluaran Proton Persona rekaan yang baru bakal dilancarkan pada 23 Ogos, 2016 dan kini telah dibuka untuk tempahan dengan bayaran tempahan RM300.

Harga yang ditawarkan bagi Proton Persona rekaan baru ini:

  • Antara RM47 000 dan RM61 000 di Semenanjung Malaysia
  • Antara RM49 000 dan RM63 000 di Sabah dan Sarawak.
Disediakan dalam 3 varian:
  • Standard 
  • Eksekutif
  • Premium
6 warna yang ditawarkan 
  • Cotton white
  • Fire red
  • Sterling Silver
  • Graphite grey
  • Quartz black
  • Carnelian brown
Proton menawarkan perkhidmatan percuma selama 3 tahun yang meliputi  alat ganti dan perkhidmatan buruh sebagai tawaran pengenalan untuk tempahan yang dibuat sehingga 30 Sept 2016.


Proton Persona rekaan baru ini adalah generasi kedua kereta Persona yang mula diperkenalkan pada tahun 2007.

Proton Persona baharu ini dikuasakan oleh enjin 1.6L VVT untuk penjimatan bahan api yang lebih baik dan merupakan kereta Proton yang pertama dilengkapi petunjuk Bantuan Pemanduan ECO.




Photo credit to paultan.org


Photo credit to paultan.org

Saturday, August 20, 2016

LIVE STREAMING KEPUTUSAN FINAL Lee Chong Wei vs Chen Long - Perseorangan Lelaki Badminton Olimpik Rio 2016


Dato Lee Chong Wei akan menentang Chen Long di Final Badminton Perseorangan Lelaki Olimpik Rio esok 20 Ogos 2016. Chong Wei mara selepas menewaskan musuh tradisinya Lin Dan manakala Chen Long menewaskan Viktor Axelsen daripada Denmark.  Siapakah yang bakal membawa pulang emas bagi acara ini? Sama-sama kita nantikan. Ayuh rakyat Malaysia sama-sama kita doakan kejayaan Dato Lee Chong Wei di Final dalam memburu pingat emas pertama buat negara.

Live streaming untuk menonton klik DI SINI

Keputusan Final Perseorangan Lelaki Badminton Olimpik Rio 2016

Lee Chong Wei vs Chen Long

18-21 & 18-21.

Rio - Apa-apa pun keputusannya, tahniah di ucapkan kepada Dato Lee Chong Wei dengan semangat juangnya demi negara dalam perlawanan akhir sebentar tadi. Walaupun  tewas, anda tetap juara di hati semua rakyat Malaysia. Pingat perak anda bernilai emas dihati kami semua. 

Goh V Shem & Tan Wee Kiong Raih Pingat Perak Ketiga Negara


Rio - Goh V Shem dan Tan Wee Kiong meraih pingat perak ketiga negara pada edisi Olimpik Rio 2016 kali ini. Walaupun mereka tewas dalam perlawanan akhir tetapi semangat juang mereka yang berhempas pulas untuk melakukan yang terbaik buat skuad negara harus diberi pujian. Perlawanan yang di bawa ke rubber game, memperlihatkan perlawanan yang agak sengit apabila beregu negara dan China terikat pada kedudukan 21-21. Namun rezeki bukan berpihak kepada beregu negara kita, mereka tewas bermaruah dengan mata 21-23.

Keputusan penuh FINAL Beregu Lelaki - Badminton Olimpik Rio 2016

Goh V Shem/Tan Wee Kiong (MAS) vs Fu Haifeng/Zhang Nan (CHN)

21-16, 11-21 & 21-23

Friday, August 19, 2016

Chen Long Lawan Chong Wei di FINAL - Badminton Olimpik Rio 2016


Lee Chong Wei akan bertemu dengan pemain pilihan no.2 iaitu Chen Long daripada China. Chen Long mara ke Final selepas memenangi perlawanan semi final menentang Viktor Axelsen daripada Denmark 21-14 & 21-15. Manakala Chong Wei yang turun ke semi final menentang seteru utamanya Lin Dan. Chong Wei menang dengan rubber game 14-21, 21-11 dan 22-20. Perlawanan yang sangat-sangat mendebarkan apabila di rubber game Chong Wei mendahului 20-17, namun Lin Dan berjaya menyamakan kedudukan 20-20. Chong Wei dengan dengan kekentalan mentalnya akhirnya berjaya memenangi perlawanan sengit itu dengan 22-20. Tahniah di ucapkan. Siapakah yang bakal bergelar juara Badminton Olimpik Rio 2016 - Perseorangan Lelaki ? Sama-sama kita nantikan. 

* Berikan pendapat anda tentang keputusan semi final ini dan perlawanan final yang akan berlangsung nanti. Sekian Terima kasih.

Lee Chong Wei Benam Lin Dan di Semi Final Badminton Olimpik Rio 2016


Dato Lee Chong Wei jaguh badminton negara akan menentang Lin Dan di semi final perseorangan lelaki Badminton Olimpik Rio 2016. Edisi Olimpik Beijing dan London mereka bertemu di final, namun pada Olimpik kali ini mereka bertembung di semifinal. Siapakah yang bakal mara ke final dan siapakah yang akan kecundang? Sama-sama kita nantikan keputusannya pada harini 19 Ogos 2016. Tahniah Dato Lee ChongWei kerana membenam muruh tradisinya iaitu Lin Dan di semi final Badminton Olimpik Rio 2016Perseorang Lelaki dengan keputusan 15-21, 21-11 & 22-20.

Live Sreaming untuk menonton klik DI SINI

Keputusan terkini Semi Final - Lee Chong Wei vs LIN DAN

15-21, 21-11 & 22-20

Penaja