Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Saturday, July 29, 2017

Portal Semakan dan Permohanan Wang Tak Dituntut (WTD) Secara Online Bakal Beroperasi Tahun Hadapan



Berdasarkan laporan berita myMetro Online melaporkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sedang membangunkan portal semakan dan permohonan dalam talian khas untuk urusan Wang Tidak Dituntut (WTD). JANM menyatakan bahawa sistem tersebut dijangka akan mula beroperasi pada tahun hadapan 2018. 



JANM berkata keperluan portal ini berdasrkan keadaan semasa yang inginkan proses semakan yang lebih cepat dan mudah tanpa bersusah payah beratur di kaunter. Selain itu, JANM memberitahu bahawa semakan WTD tidak mempunyai tarikh luput. Oleh itu, JANM menasihatkan orang ramai jika tidak mempunyai keperluan mendesak supaya tidak membuat semakan serentak pada satu masa sehingga mengakibatkan kesesakan di kaunter JANM. -Sumber Rizanizam Abdul Hamid (myMetro Online).
Mrd sangat menyokong inisiatif JANM untuk membangunkan potal semakan dan permohonan Wang Tak Dituntut (WTD) secara dalam talian. Hal ini bagi mengelakkan kesesakan di kaunter JANM dan menjimatkan masa untuk meyemak dan memohon WTD ini. Kepada orang ramai, jika anda tidak terdesak untuk menuntut Wang Tak Dituntut buat masa ini, adalah dinasihatkan agar menunggu sehingga Portal Semakan dan Permohonan secara dalam talian dibangunkan pada tahun hadapan. Semoga urusan kita akan dipermudahkan olehnya. InshaAllah.
*CARA SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT KLIK DI SINI

Friday, July 28, 2017

Berwaspada Dengan Panggilan daripada 03-20719999 - Pesanan Polis




Baru-baru ini Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur telah menerima aduan berkaitan panggilan telefon 03-20719999 yang mendakwa daripada JSPTKL meminta penerima panggilan telefon tersebut untuk datang ke JSPTKL kerana telah terlibat dalam kemalangan. Namun, JSPTKL menafikan bahawa pihak pernah berbuat demikian, kata Ketua JSPTKL, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain.

Berikut merupakan laporan berita daripada Fazrik Kamarudin (Berita Harian Online)

KUALA LUMPUR: Jangan percaya jika dihubungi individu tertentu konon anda terbabit dengan kemalangan dan diminta memasukkan wang ke akaun konon untuk menyelesaikan kes.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) tidak pernah berbuat demikian, kata Ketuanya, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain.

Katanya, pihaknya menerima aduan berkaitan panggilan telefon menggunakan nombor 03-20719999, mendakwa dari JSPTKL meminta penerima panggilan datang ke JSPTKL kerana telah terbabit dalam kemalangan.

"Kemudian pemanggil akan mengarahkan penerima panggilan berkenaan untuk memasukkan sejumlah wang bagi menyelesaikan kes kemalangan mereka.

"JSPTKL tidak pernah mengenakan atau meminta apa-apa bayaran untuk diselesaikan berkaitan dengan kemalangan yang berlaku kecuali bayaran untuk salinan dokumen atas permohonan pengadu," katanya dalam satu kenyataan.

Bayaran dokumen itu pula, dikeluarkan resit rasmi kerajaan. Nadzri berkata, jika orang awam terbabit dalam kemalangan dan membuat laporan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, panggilan hanya akan dibuat oleh Pegawai Penyiasat sekiranya pihak kedua tidak tampil membuat laporan kemalangan selepas tempoh 24 jam.

"Orang ramai dinasihatkan agar menghubungi JSPTKL sekiranya menerima panggilan telefon dari individu yang menyamar sebagai Pegawai Polis Trafik dari nombor 03-20719999.

"Dapatkan juga nama dan nombor badan pegawai polis yang membuat panggilan dan nombor laporan kemalangan yang terbabit, kemudian sahkan semula dengan JSPTKL.

"Jangan sesekali memasukkan atau memberi wang untuk membuat sebarang pembayaran berhubung kes kemalangan trafik," katanya.

Beliau turut meminta orang awam tampil membuat laporan jika ada menerima panggilan palsu berkenaan.


Wednesday, July 26, 2017

Definisi / Maksud Wang Tak Dituntut (WTD)



Ramai yang tertanya-tanya apakah itu Wang Tak Dituntut (WTD). Berikut merupakan definisi/maksud Wang Tak Dituntut:

  1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

    Contoh dibawah kategori ini ialah:
    •  gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
    •  dividen;
    •  keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
    •  tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
    •  draf bank, cashier's order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
    •  simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
    •  cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
    •  Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
  2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

    Contoh dibawah kategori ini ialah:
    •  akaun simpanan;
    •  akaun semasa;
    •  Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
  3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.
    •  akaun pemiutang dagangan
    •  akaun penghutang dagangan berbaki kredit
Cara semak dan tuntut Wang Tak Dituntut (WTD) klik DI SINI

*Sumber Laman Web Jabatan Akauntan Negara Malaysia.


Cara Semak dan Tuntut Wang Yang Tak Dituntut (WTD)


Photo credit to wikimapia


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Tadi admin baca Beita Harian Online, dalam berita tersebut menyatakan bahawa, sehingga 30 Jun lepas sebanyak RM5.779 bilion wang tak dituntut (WTD) masih dalam simpanan Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara selaku pemegang amanah. WTD merupakan wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh tertentu, seperti ditetapkan dalam Akta Wang Tak Dituntut 1965. -Sumber- Berita Harian Online


*Definisi / Maksud Wang Tidak Dituntut (WTD)


Cara Semak Melalui Online

Boleh menyemak WTD melalui laman Web eGumis Jabatan Akauntan Negara Malaysia



Cara Semak dan Tuntut Wang Tak Dituntut (WTD)                              
1. Sila hadirkan diri ke kaunter Pejabat Pendaftar WTD di Tingkat 42, Menara Maybank Kuala Lumpur atau Pejabat Jabatan Akauntan Negara yang berhampiran dengan kediaman anda. anda. Sila klik di sini untuk mengetahui lokasi Jabatan Akauntan Negara di seluruh Malaysia
2. Bawa Kad pengenalan diri/MyKad anda dan serahkan di kaunter. Pegawai yang bertugas akan menyemak sama ada anda mempunyai Wang Tak Dituntut atau tidak.
3. Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, boleh bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.
4. Jika anda mempunyai WTD, sila isi borang dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk salinan MyKad, surat pengesahan bank berkenaan, (bank statement atau buku bank yang aktif) untuk tujuan bayaran balik melalui kredit terus (bank in).



*PENTING
  • Semakan WTD tidak ada tarikh luput.
  • Pendaftar WTD tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau ejen untuk tuntutan WTD.
  • Untuk maklumat lanjut berkaitan WTD anda boleh ke Portal Rasmi JANM (Wang Tak Dituntut)

Untuk Panduan Permohonan Bayaran Balik Wang Tak DItuntut klik DI SINI


ANDA BELI BARANG DI LAZADA & INGIN DAPAT DUIT ANDA KEMBALI, BERBELANJALAH DI SHOPBACK. UNTUK MENDAFTAR PERGI KE LAMAN WEB SHOPBACK.

  • Cara Semak Status (SENARAI HITAM Imigresen) Perjalanan ke Luar Negara klik DI SINI
  • Cara Mudah Menyemak Saman Trafik PDRM, JPJ dan AES Secara Online dan SMS klik DI SINI
  • Semakan dan permohonan Secara Online Wang Tak Dituntut (WTD) Tahun Hadapan klik DI SINI
  • KEDUDUKAN PUNGUTAN PINGAT MALASIA SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 klik DI SINI




Tuesday, July 25, 2017

PESERTA MALAYSIA MENJUARAI MASTERCHEF AUSTRALIA MUSIM KE 9


Tahniah diucapkan kepada Diana Chan kerana memenangi Masterchef Australia Musim Ke 9.

Berikut merupakan petikan daripada Berita Harian Online mengenai kemenangan Diana.

KUALA LUMPUR: Peserta berasal dari Johor Bahru, Johor, Diana Chan, memenangi pertandingan MasterChef Australia musim kesembilan yang mencapai kemuncaknya menerusi saluran televisyen negara itu, Channel 10, semalam.
Pada pertandingan akhir, wanita yang kini bekerja sebagai akauntan di Victoria itu menewaskan peserta Queensland, Ben Ungermann, dengan hanya satu markah.
Beliau mendapat 90 markah berbanding Ungerman, 89.
Menurut laporan news.com.au, bersama kejayaannya itu, Chan memenangi wang tunai RM849,370 selain kolum bulanan dalam majalah Delicious.
Chan berkata, beliau merancang untuk berehat seketika selepas diumumkan sebagai juara baharu rancangan realiti masakan popular terbabit.
"Saya dihujani dengan pelbagai peluang menakjubkan. Kini, tiba masanya saya berehat seketika dan melihat dengan teliti segenap peluang yang dihulurkan, dalam memastikan ia sesuai dengan matlamat saya," katanya selepas dimahkotakan sebagai pemenang.
Katanya juga, peminat boleh menjangkakan beliau menghasilkan 'hidangan yang cepat dan sihat', merangkumi pelbagai rasa.
"Saya tentu sekali mahu mempunyai pengaruh masakan Malaysia di dalamnya, pada masa sama ia juadah seimbang, menyihatkan dan enak. Itulah kriteria masakan saya," kata Chan.
Ungermann, 32, pula mengalami kecederaan pada ibu jari kirinya selepas 35 minit pusingan pertama berlangsung. Sebagai naib juara, beliau membawa pulang RM135,730.
Di Malaysia, program berkenaan dapat diikuti menerusi saluran Lifetime. * Sumber Berita Harian Online

Friday, July 21, 2017

Pelajar Tingkatan 1, Niat Nak Bergurau Dengan Rakan. Gurauannya Agak Melampau - Mesti Anda Terkejut Dengan Apa Yang Dia Buat



Assalamualaikum semua. Terkejut Saya bila baca berita online Harian Metro. Rakan nak bergurau, tapi sampai satu tahap yang boleh membunuh kawan itu sendiri. Pelajar tingkatan 1 memberikan kawannya mee goreng yang telah diletakkan racun lipas.

*Update terkini, Suspek merupakan pelajar yang selalu dibuli oleh mangsa.

Ini berita penuh daripada Harian Metro Online

PELAJAR lelaki sekolah menengah di Sri Aman ditahan polis kerana meletakkan racun lipas dalam mi goreng sebelum memberi rakan sekelasnya untuk makan, pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata pelajar 13 tahun itu memberi rakan sekelasnya makan mi goreng yang dibawanya, pada 9.30 pagi.
Menurutnya, rakan sebayanya itu tidak mengetahui tindakan suspek meletakkan racun lipas sebelum makan mi goreng itu tanpa curiga.
Bagaimanapun, katanya, beberapa minit selepas makan mi goreng berkenaan, mangsa tiba-tiba menjadi mual sebelum muntah menyebabkan suspek ketakutan.
"Suspek yang cemas kemudiannya menyerahkan racun berkenaan kepada rakan sekelasnya kerana bimbang tindakannya diketahui namun rakan sekelasnya terus memaklumkan kejadian kepada guru.
"Melihat mangsa yang lemah menyebabkan sekolah bergegas menghantarnya ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut sebelum memaklumkan kejadian kepada bapanya," katanya kepada Harian Metro, hari ini.
Beliau berkata, bapa mangsa yang berusia 49 tahun kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Sri Aman, pada 2.30 petang semalam.
Katanya, separukan polis kemudian menahan pelajar itu di rumahnya di Taman Sri Jaya tidak lama selepas itu.
Dev berkata, hanya seorang mangsa yang terbabit dalam kejadian itu dan polis merampas sebungkus racun lipas daripada suspek untuk siasatan lanjut.
"Mangsa kini masih dirawat di Hospital Sri Aman manakala suspek sudah dibebaskan dengan jaminan selepas polis selesai mengambil keterangan daripadanya.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan mendatangkan cedera menggunakan racun yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan," katanya.

Thursday, July 20, 2017

Jun Hoong Juara Dunia, Menang Emas Pertama Malaysia di Kejohanan Akuatik Dunia 2017


Photo Credit to EXPRESS POINT

Tahniah Jun Hoong kerana menjadi juara dunia bagi acara 10m Platform Wanita. Ini adalah emas pertama Malaysia semenjak menyertai kejohanan akuatik dunia. Syabas diucapkan daripada Mammal Informasi. Berikut merupakan petikan berita daripada Berita Harian Online.

BUDAPEST: Atlet terjun Malaysia, Cheong Jun Hoong masih tidak percaya dia kini bergelar juara dunia apabila meraih pingat emas dalam acara 10 meter platform wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest.
Pingat emas itu adalah yang pertama buat negara sepanjang penyertaan atlet dalam Kejohanan Akuatik Dunia berkenaan.
Lebih manis, Jun Hoong berjaya memecah dominasi jagoan China dalam acara 10 meter platform wanita berkenaan.
"Oh Tuhan, saya juara dunia!" kata Jun Hoong.
"Saya mengharapkan pingat, tetapi saya tidak menjangka mampu mengalahkan penerjun China," katanya.

Jun Hoong memenangi pingat emas itu selepas meraih 397.50 mata, menumpaskan juara Olimpik, Ren Qian yang sekadar berpuas hati meraih pingat gangsa (391.95 mata).
Pada kejohanan edisi 2015, Qian memenangi pingat perak acara itu.
Seorang lagi penerjun dari China, Si Yajie meraih pingat perak di belakang Malaysia dengan kutipan 396.00 mata.
Si Yajie yang tewas kepada Jun Hoong dengan perbezaan 1.50 mata mengakui terkejut dengan kekalahannya kali ini.
Ini kerana, penerjun dari China sudah lama mendominasi acara itu di kejohanan dunia dengan memenangi 22 pingat, melebihi 16 daripada negara lain.
"Kemenangan Cheong (Jun Hoong) agak mengejutkan saya, namun saya ucapkan tahniah kepadanya," kata Si.
Dalam aksi pagi tadi, Kim Kuk Hyang dari Korea Utara, yang memenangi pingat emas pada 2015 sekadar menduduki tempat keempat dengan 388.55 mata. - AFP

Wednesday, July 19, 2017

Speedy Jantan Pecahkan Rekod 200 Meter Berusia 49 Tahun Jegathesan

*Photo credit to Berita Harian Online



Speedy Jantan atau nama sebenarnya Khairul Hafiz Jantan berjaya memecahkan rekod kebangsaan bagi acara 200 meter dengan catatan 20.90 saat. Rekod kebangsaan terdahulu yang selama ini dipegang oleh Tan Sri Dr M Jegathesan ialah 20.92 saat, dilakar di Sukan Olimpik Mexico Tahun 1968. Speedy Jantan berjaya memecahkan rekod tersebut di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017 di Stadium Nasional, Bukit Jalil 18 Julai 2017.

Tahniah diucapkan daripada pihak Makmal Informasi. Semoga akan sentiasa cemerlang pada masa akan datang.

*Sumber Berita Harian Online 


Tuesday, July 18, 2017

Kedudukan Ranking FIFA Terkini Pasukan Malaysia 2017


Kedudukan Ranking FIFA terkini 2017 pasukan Malaysia adalah di ranking 167. Kedudukan Pasukan bola sepak Malaysia jatuh sebanyak 12 anak tangga jika dibandingan dengan ranking yang sebelum ini. Ranking ini untuk setakat 6 Julai 2017. Kedudukan ranking FIFA akan dikemaskini dari masa ke masa.






120 Tan Daging Kambing Bercampur Babi di Rampas di Johor


Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 4 kontena yang dipercayai daging kambing yang bercampur daging babi yang diimport dari Sepanyol dalam serbuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas pada 17 Julai 2017 ini.

Untuk berita penuh baca di sini.

*Sumber Berita Harian
*Berikut merupakan petikan akhbar online Berita Harian

ISKANDAR PUTERI: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menyita empat kontena dipercayai berisi daging babi bercampur daging kambing yang dibawa masuk dari Sepanyol dalam serbuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, hari ini.






Pengarah MAQIS Johor/Melaka, Siti Nur Ahmad, berkata bekalan daging anggaran 120 tan bernilai kira-kira RM2 juta yang diletakkan dalam kontena sejuk beku, dirampas dalam satu serbuan kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
Katanya, berdasarkan maklumat awam pada 31 Mei lalu, pihaknya terus menyekat pergerakan kontena terbabit keluar dari kawasan pelabuhan, dan menjalankan siasatan bagi mengesan pengimport produk berkenaan.
"Hasil pemeriksaan mendapati pengimport terbabit adalah pengusaha tempatan produk sejuk beku yang beroperasi di Selangor.
"Terdapat keraguan dari segi muatan kontena itu yang mengandungi daging kambing dan muatan berisi daging babi bercampur di dalam kontena yang sama.
"Pengusaha terbabit melanggar syarat permit mengimport daging yang sepatutnya hanya dibenarkan import dari Australia sahaja.
"Sebaliknya daging yang tiba di pelabuhan adalah dari Sepanyol termasuk daging yang disyaki babi," katanya hari ini.
Siti Nur berkata, setiap kontena dianggarkan mengandungi kira-kira 30 tan daging, selain pengimport itu sudah dipanggil untuk memberi penjelasan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta MAQIS 2011 yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Saturday, July 15, 2017

Seorang Lelaki Terperangkap di dalam Bilik Mesin ATM Selama 2 Jam

*Photo credit to Website CNN Money

Seorang pekerja penyelenggaraan mesin ATM telah terperangkap selama 2 jam di dalam bilik mesin ATM. Beliau terperangkap ketika membaiki tombol pintu mesin ATM yang telah rosak. Malangnya, beliau terkunci dan tidak membawa telefon bimbit mahupun alatan yang digunakan untuk membuka pintu tersebut.

Lelaki tersebut menulis nota dan mengeluarkannya melalui mesin ATM. Beliau menulis nota meminta tolong bahawa dia telah terkunci di dalam bilik tersebut dan meminta untuk membuat panggilan kepada bos beliau dengan nombor telefon yang tertera di nota tersebut.

Akhirnya lelaki itu berjaya dikeluarkan setelah seorang pengguna mesin itu memberikan nota tersebut kepada pihak polis yang membuat rondaan di sekitar kawasan itu. Polis menendang pintu Dan menemui lelaki yang menulis nota tersebut di belakang mesin ATM.

Lelaki tersebut dibebaskan setelah pekerjaannya telah disahkan dan kejadian ini tiada unsur jenayah.

*Sumber Harian Metro.

Tuesday, July 11, 2017

Cara Menyemak Status Kawalan Imigresen - Perjalanan ke Luar Negara.




Assalamualaikum semua. Anda nak ke luar negara? Nasihat saya sebelum nak ke luar negara lebih baik anda semak status kawalan imigresen sama ada anda tiada halangan ataupun teleh disenaraikan hitamkan untuk keluar negara.

Mudah saja cara nak semak pergi ke Semakan Status Kawalan Imigresen dan masukkan nombor kad pengenalan anda ke ruang kotak yang disediakan dan tekan semak. Sekirannya anda tidak disenaraikan hitamkan hasil semakan akan muncul Tiada Halangan.



Menyemak status kawalan imigresen ini sangat penting kerana jika anda disenarai hitamkan, anda akan dihalang untuk ke luar negara di lapangan terbang di seluruh Malaysia Kalau sempat diselesaikan sebelum berlepas ke luar negara Alhamdulillah, kalau tak sempat 'burn' lah tiket yang kita dah beli. Oleh itu, kita kena menyemak status ini dari masa ke masa, agar kita tidak menjadi mangsa keadaan seperti ini.


ANDA BELI BARANG DI LAZADA DAN INGIN DAPAT DUIT ANDA KEMBALI, BERBELANJALAH DI SHOPBACK. UNTUK MENDAFTAR PERGI KE LAMAN WEB SHOPBACK.

Monday, July 10, 2017

Resepi Sambal Kuah Kacang - Mudah dan Sedap


Assalamualaikum semua pengunjung blog Mrd. Macam mana sambutan hari raya anda semua? Meriah. Dah berapa rumah terbuka yang korang dah pegi? Mesti sedap-sedap juadah rumah terbuka yang anda pegi kan. Kalau Mrd pegi rumah terbuka, paling excited kalau ada sambal kuah kacang dengan lontong. Mrd suka sangat makan kuah kacang ni, lagi lagi kalau makan dengan sate dan lontong, memang menambah sampai dua tiga kali. Mak Mrd dulu tukang masak kalau ada kenduri-kenduri kahwin di kampung Mrd. Time kecil dulu, mak Mrd pernah buat kuah kacang ni , memang teringat-ingat sampai sekarang ni. Mak Mrd juga dulu  suka masak daging kuah kacang time kenduri kahwin. Rindunya dengan masakan mak. Tapi sekarang mak dah tak sihat, so tak dapat dah nak merasakan makanan mak. Sekarang ni, tiba masanya kami adik beradik pula yang masak untuk Mak. Dapatlah kami berbakti untuk Mak. Alhamdulillah.  

Harini, Mrd nak berkongsi resepi sambal kuah kacang. Resepi ni mungkin tidak sama dengan resepi-resepi yang sedia ada. Sebab kadang-kadang Mrd ni masak ikut selera tekak Mrd. hehehe. Resepi yang ni Mrd tak letak santan. 

Okaylah ni bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sambal kuah kacang.

  1. Bawang merah - 4 ulas
  2. Bawang putih - 4 ulas
  3. Cili padi - 6-8 biji
  4. Cili boh - 200 ml
  5. Kacang - 150 gram
  6. Gula - 3 sudu
  7. Maggi Cukup Rasa - 2 sudu kecil
  8. Garam - 1 sudu kecil
  9. Minyak masak - Secukupnya
  10. Air - sedikit

Cara-cara membuat Sambal Kuah Kacang 
  1. Panasakan minyak, kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau. 
  2. Kemudian, masukkan cili boh dan kacau sehingga sebati. 
  3. Masukkan kacang (digoreng terlebih dahulu) yang telah di kisar (jangan kisar terlalu halus) dan gaul hingga sebati.
  4. Tambahkan gula, garam dan Maggi Cukup Rasa untuk mengimbangi rasa. Kacau hingga sebati.
  5. Tambahkan air untuk mengubah kepekatan kuah mengikut kehendak anda. Kacau hingga sebati.
  6. Masak kuah kacang sehingga pecah minyak.
  7. Setelah sambal kuah kacang pecah minyak, matikan api dan sambal sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba. 






Saturday, July 8, 2017

Sambal Ikan Bilis & Kacang Mudah dan Sedap


Assalamualaikum semua. Rasanya tidak terlambat lagi kalau Mrd nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zabir Dan Batin kepada pengunjung-pengunjung blog Mrd. Hari selasa yang lepas Mrd dah kembali ke Universiti untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Sebelum nak balik ke Sarawak ni, Mrd terfikir nak buat makanan yang boleh Mrd bawa dan tahan lama. Mrd pun teringat resepi Sambal Ikan Bilis Mak Mrd. Mrd pun buatlah Sambal Ikan Bilis & Kacang. Resepi ni adalah olahan daripada resepi Nak Mrd. Resepi yang ni lagi ringkas dan mudah. Jadi harini Mrd akan berkongsi resepi ni untuk anda semua.

Bahan A
  1. Ikan bilis 500 g
  2. Kacang 200 g

Bahan B (Kisar)
  1. Bawang merah 5-6 ulas
  2. Bawang Putih 5-6 ulas
  3. Halia - 2@3 inci
  4. Bawang besar 1 biji
  5. Cili boh 250ml
  6. Cili merah besar 3 biji
  7. Belacan 3 cm

Bahan C
  1. Gula 3-4 sudu (secukupnya)
  2. Garam 1 sudu (secukupnya)
  3. Maggi Cukup Rasa 3 sudu kecil (secukupnya)
  4. Minyak masak (secukupnya)

Cara-cara memasak Sambal Ikan Bilis & Kacang
  1. Panaskan minyak. Goreng Ikan Bilis Dan Kacang terlebih dahulu. Pastikan goreng ikan bilis sehingga betul-betul garing.  Setelah selasai menggoreng kedua-duanya, ketepikan.
  2. Kemudian, panaskan minyak untuk menumis bahan-bahan B yang telah dikisar (kisar bahan-bahan ini sekali dengan cili boh, jadi anda tidak perlu menambahkan air semasa mengisar bahan B). Tunis sehingga naik bau.
  3. Setelah baik bau masukkan gula, garam dan maggi cukup rasa secukupnya. Kacau hingga sebati. 
  4. Masak sambal ini sehingga benar-benar pecah minyak. Setelah sambal sudah pecah minyak, masukkan kacang dan ikan bilis tadi. Gaul hingga sebati.
  5. Masak Sambal Ikan Bilis ini lebih kurang dalam 20 minit sambil di gaul hingga sebati.
  6. Setelah itu, matikan api dan sambal ikan bilis dan kacang sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba. 

Jangan lupa sokong dan Subscribe YouTube Channel Mrd's Kitchen. Sokongan anda amatlah saya hargai.













Friday, July 7, 2017

5 Universiti di Malaysia Tersenarai dalam 8 Universiti Terbaik di Asia Tenggara 2017/2018



Berikut merupakan senarai universiti yang terbaik di Asia Tenggara 2017/2018. Universiti Malaya menduduki ranking ke 3 manakala UPM dan UKM masing-masing di ranking yang ke 4 dan ke 5. Universiti Teknologi Malaysia pula di ranking yang ke 7 dan di ranking ke 8 adalah Universiti Sains Malaysia. Tahniah kepada kelima-lima universiti ini, semoga semakin cemerlang pada masa akan datang.


Penaja