Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Friday, May 11, 2012

CARA PEMAKAIAN DI KOLEJ MATRIKULASI LABUAN (KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA)

CARA PEMAKAIAN DI KML

Assalamualaikum semua. Kepada adik-adik yang bakal memasuki Kolej Matrikulasi Labuan, Mrd nak kongsikan cara pemakaian para pelajar lelaki dan wanita. Cara pemakaian ini adalah bedasarkan pengalaman Mrd belajar di KML pada tahun 2011. Segala perubahan peraturan mengenai pakaian tertakluk kepada perubahan semasa.

Untuk lelaki selalunya pakaian untuk ke kuliah adalah formal. Berpakaian kemeja, seluar slack, bertali pinggang, menggunakan neck tie dan berkasut hitam PVC atau kulit. Pada hari korang ada kokurikulum, korang akan pakai baju t-shirt KML dan berkasut sukan. Semasa Mrd study di KML, baju t-shirt kami warna biru tua dengan ungu. Semua baju t-shirt adalah berlengan panjang seperti gambar yang ditunjukkan di bawah.

Bagi perempuan, pula selalunya akan pakai baju kurung pergi kuliah, berkasut hitam PVC atau kulit dan bertudung bagi yang muslim. Semasa hari yang ada kelas kokurikulum pun, pelajar wanita akan pakai baju t-shirt KML dan berkasut sukan. Adik-adik bolehlah rujuk gambar-gambar yang Mrd sediakan di bawah ini.

PAKAIAN LELAKI DAN WANITA SEMASA KELAS TUTORIAL DAN KULIAH

PAKAIAN LELAKI DAN WANITA SEMASA  KELAS TUTORIAL DAN KULIAH
PAKAIAN PELAJAR  LELAKI

*BAJU KEMEJA BERLENGAN PANJANG/PENDEK
*BERTALI LEHER
*BERKASUT KULIT/PVC
*BERTALI PINGGANG



PAKAIAN PELAJAR WANITA

*BAJU KURUNG
*BERTUDUNG (BAGI YANG MUSLIM)
*BERKASUT KULIT/PVC (KASUT BERTUTUP)

PEMAKAIAN UNTUK KELAS KOKURIKULUM
*BAJU T-SHIRT KOLEJ
*SELUAR SUKAN
*KASUT SUKAN
* BERTUDUNG (BAGI WANITA MUSLIM)




KALAU ADA SOALAN MENGENAI PAKAIAN DI KOLEJ MATRIKULASI....KEMUKAKAN SAHAJA....DEKAT KOMEN.

*Kepada yang berminat untuk follow blog Mrd, bolehlah follow Mrd dekat bahagian kanan blog Mrd ni.

CONTOH JADUAL KOLEJ MATRIKULASI LABUAN

Assalamualaikum semua bakal-bakal pelajar matrikulasi...

 
Ini adalah contoh jadual kelas dan kuliah korang..TAPI INI JADUAL WAKTU UNTUK SEMESTER 2...SEMESTER 2 NI,,,ADA SATU HARITU KAMU AKAN REHAT 3 JAM,,,TAPI KALAU SEMESTER 1 SETIAP HARI AKAN REHAT 2 JAM,,,

SAYA NAK MINTA MAAFLAH KEPADA BAKAL-BAKAL PELAJAR MATRIKULASI YANG AMBIL BIDANG AKAUN,SEBAB SAYA TIDAK BEGITU TAHU TENTANG BIDANG TERSEBUT DI MATRIKULASI,, SAYA CUMA TAHU SERBA SEDIKIT JE,,SAYA TAKUT KALAU SAYA BERIKAN INFORMASI YANG SALAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR AKAUN .....HARAP KEPADA BAKAL-BAKAL PELAJAR AKAUN KAT MATRIKULASI FAHAM AKAN HAL INI..
...kalau  ada pertanyaan,,,sila kemukakan...INSYAALLAH saya akan jawab,,,


Wednesday, May 9, 2012

SUBJEK KOLEJ MATRIKULASI ( SAINS )

SUBJEK KOLEJ MATRIKULASI

 (KEMENTERIAN  PELAJARAN MALAYSIA)

Assalamualaikum kepada para pelajar yang bakal memasuki Kolej Matrikulasi di seluruh Malaysia. Tahniah saya ucapkan. Subjek-subjek Kolej Matrikulasi yang merupakan subjek ketika saya menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan (KML) pada tahun 2011. Oleh itu, mungkin terdapat sebarang perubahan subjek dari tahun ke tahun.

SEMESTER PERTAMA


MODUL 1
SUBJEK YANG MASUK POINTER

BIOLOGY                     6 JAM KREDIT
PHYSICS                      6 JAM KREDIT
CHEMISTRY                6 JAM KREDIT
MATHEMATICS          5 JAM KREDIT

SUBJEK YANG TAK MASUK POINTER

KOKURIKULUM          2 JAM KREDIT
P.AGAMA ISLAM         1 JAM KREDIT
P. MORAL                      1 JAM KREDIT
ENGLISH LANGUAGE  3 JAM KREDIT



MODUL 2

SUBJEK YANG MASUK POINTER

PHYSICS                          6 JAM KREDIT
CHEMISTRY                    6 JAM KREDIT
SCIENCE COMPUTER   5 JAM KREDIT
MATHEMATICS              5 JAM KREDIT

SUBJEK TAK MASUK POINTER

KOKURIKULUM                       2 JAM KREDIT
KEMAHIRAN  DINAMIKA       1 JAM KREDIT
ENGLISH LANGUAGE              3 JAM KREDIT



MODUL 3

SUBJEK YANG MASUK POINTER

BIOLOGY                             6 JAM KREDIT
CHEMISTRY                        6 JAM KREDIT
SCIENCE COMPUTER        5 JAM KREDIT
MATHEMATICS                   5 JAM KREDIT

SUBJEK TIDAK MASUK POINTER

KOKURIKULUM              2 JAM KREDIT
P.AGAMA ISLAM             1 JAM KREDIT
P. MORAL                          1 JAM KREDIT
ENGLISH LANGUAGE      3 JAM KREDIT



Wednesday, May 2, 2012

PERMULAAN HIDUP DAN SUASANA BARU DI KOLEJ MATRIKULASI LABUAN

KOLEJ MATRIKULASI LABUAN (KML)




        Assalamualaikum kepada semua pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di KOLEJ MATRIKULASI. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda semua. Pada penulisan saya pada hari ini saya akan memberikan serba sedikit tentang kehidupan di kolej matrikulasi. Saya merupakan bekas pelajar Kolej Matrikulasi Labuan (KML) sesi 2011/2012.


Kehidupan saya di Kolej Matrikulasi Labuan: (TERTAKLUK DENGAN PEREDARAN MASA  & PERATURAN YANG  BOLEH BERUBAH-UBAH)





Bangun Pagi 

    Bangun pagi lebih kurang pukul 5.00 am, untuk solat subuh(bagi yang muslim, tapi solat boleh buat kat musolah/ surau kat aras dan tingkat asrama masing2 ataupun surau besar). Cuma pada sesi orentasi saja pelajar2 wajib solat kat surau besar dan berjemaah, Tapi seelok-eloknya solat dan berjemaah kat surau besar lagi bagus,,banyak pahala. Untuk hari2 seterusnya  solat kat mana mana pun boleh, kat bilik korang atau musolah/surau kat aras dan tingkat kamu.Lepas tu jam 5.30 am- 6.00am korang dah kena mula mandi dah, sebab kalau dah masuk pukul 6.00am lebih confirm korang akan berbaris tunggu giliran sebab time tu dah ramai orang dah nak mandi. Ok lepas tu pukul 6.15 am korang bersiap2 lah pakai baju semua susun semua buku yang hendak di bawa kat kelas dan kuliah.


Sarapan

      Then, pukul 6.45am korang turun pegi sarapan kat kafe masing2 bagi lelaki kat kafe c, perempuan kafe a dan b( jangan risau kafe korang dekat je dengan asrama tak sampai lah 3 minit korang berjalan sampai dah. Lain lah kalau korang jalan lenggang kangkung.


Kelas Tutorial dan Kuliah 

Lepas sarapan pegilah kelas anda masing sebab kelas dan kuliah start pukul 7 am. So kena lajulah makan jangan nak borak2 lagi dengan kawan, nanti kalau lambat masuk dewan kuliah malulah pula orang dah start kuliah korang baru nak masuk kuliah,, confirm korang akan malu,lagi-lagi kawan korang yang suka mengejek-ngejek,,hahaha.


Waktu Rehat & Solat Zohor

Setelah anda mengharungi liku-liku kelas dan kuliah anda dalam lebih kurang 9 jam dan anda akan rehat 2 jam. Bermakna waktu kuliah dan kelas setiap hari ada 7 jam. Time korang rehat tu confirm boleh solat zuhur sebab masa rehat korang ada dua; satu pagi dan satu lagi tengah hari lebih kurang dalam jam 12 pm ke atas. Tentu korang penatkan lepas habis kelas dan kuliah. Korang akan rasa kepenatan tu nanti, tapi pesan saya jangan mengeluh, biarlah kita penat asalkan kita berjaya untuk 10 tahun akan datang.


Habis Kelas & Kuliah

Korang akan habis kelas jam 4 pm. Then pulanglah korang kat asrama. Mandi, cuci pakaian dan buatlah apa-apa yang patut. Bagi yang muslim solat asar jangan dilupa.  Bagi yang nak pegi bersukan, bolehlah pergi selepas solat asar. Tetapi yang tak pergi bersukan, lepas solat tu, korang pegilah mandi dan cuci pakaian.silalah anda rehat sebentar dalm 1 jam. Sebb malam tu korang kena buat tugasan yang diberikan oleh lecturers. LAB REPORT, EXERCISE DAN ULANGKAJI. Kalau dekat matrik ni tiada istilah nak exam baru study sebab lecturers korang rajin buat kuiz untuk carry marks 10 %. Rugi kalau korang tak skor. After dah korang buat semua tugasan dan solat maghrib dan isyak pun dah korang tunaikan, tidurlah selewat-lewatnya pukul 12 tengah malam, melainkan kalau korang banyak sangat assingment korang kena stay up lah limit pukul 2 pagi. Sebab kalau korang lewat tidur nanti kat dewan kuliah  korang akan malu. Sebab kalau korang mengantuk kat dewan kuliah lecturers akan tegur anda so korang malulah di hadapan ratusan orang kat dewan kuliah.

#Dekat Matrikulasi (Pelajar Sains) pembelajaran korang berjalan dengan 3 cara:
  1. Kuliah
  2. Kelas Tutorial
  3. Amali (Eksperimen)
Ok setakat ini saja yang dapt saya berikan nanti saya akan ceritakan yang lebih lanjut tentang kolej matrikulasi,,ASSALAMUALAIKUM, KALAU ADA PERTANYAAN SILA TANYA SAJA, TANYA KAT KOMEN. KALAU SAYA ADA MASA SAYA AKAN JAWAB PERTAYAAN ANDA SEMUA. GOOD LUCK SEMUA. JAGA IMAN, MARUAH DAN PERIBADI ANDA DI KOLEJ MATRIKULASI SEBAB BANYAK GODAAN KAT MATRIK NANTI,




                           
Pemandangan dari luar Kolej Matrikulasi Labuan


Surau Al- Irfan KML


Dewan Mutiara KML
                                                       

Sewaktu membuat eksperimen di makmal

Pemandang di waktu petang ketika pelajar KML bersukan
       



#Untuk pesanan kepada sesiapa yang hendak berkongsi info dalam post ni di blog anda, silalah minta keizinan daripada saya dahulu. Saya tidak kisah anda mengambil bulat-bulat content post ini, tetapi sekurang-kurangnya bagi tahu saya terlebih dahulu ataupun link kan blog anda dengan blog saya.


Sumber logo Kolej Matrikulasi Labuan daripada http://www.kml.matrik.edu.my/index.php/info- kolej/logo-dan-lagu











Penaja