Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja Utama Makmal Informasi 2

Tuesday, July 11, 2017

CARA SEMAK STATUS (IMIGRESEN) PERJALANAN KE LUAR NEGARA - PEMINJAM PTPTN NAMA ANDA DALAM SENARAI HITAM?




Assalamualaikum semua. Anda nak ke luar negara? Anda peminjam PTPTN? Nasihat saya sebelum nak ke luar negara lebih baik anda semak status kawalan imigresen sama ada anda tiada halangan ataupun teleh disenaraikan hitamkan untuk keluar negara.

Mudah saja cara nak semak pergi ke Semakan Status Kawalan Imigresen dan masukkan nombor kad pengenalan anda ke ruang kotak yang disediakan dan tekan semak. Sekirannya anda tidak disenaraikan hitamkan hasil semakan akan muncul Tiada Halangan.



Menyemak status kawalan imigresen ini sangat penting, lebih-lebih lagi kepada peminjam PTPTN. Sekarang banyak kes, peminjam PTPTN dihalang untuk ke luar negara di lapangan terbang di seluruh Malaysia kerana nama telah disenarai hitamkan. Kalau sempat diselesaikan sebelum berlepas ke luar negara Alhamdulillah, kalau tak sempat 'burn' lah tiket yang kita dah beli. Oleh itu, kita kena menyemak status ini dari masa ke masa, agar kita tidak menjadi mangsa keadaan seperti ini.


ANDA BELI BARANG DI LAZADA DAN INGIN DAPAT DUIT ANDA KEMBALI, BERBELANJALAH DI SHOPBACK. UNTUK MENDAFTAR PERGI KE LAMAN WEB SHOPBACK.

No comments:

Post a Comment