Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Sunday, March 3, 2019

Resepi Sotong Masak Ala Tomyam Sedap dan Ringkas




Resepi Sotong Masak Ala Tomyam


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu kepada pengunjung blog Mrd. Baru-baru ini Mrd ada berkongsi resepi Sambal Belacan, kepada yang nak tengok resepi tu boleh tekan Resepi Sambal Belacan. Harini Mrd nak berkongsi resepi Sotong Masak Ala Tomyam. Resepi ni adalah resepi yang Mrd pelajari daripada kakak Mrd. Ok, tanpa membuang masa mari Mrd kongsikan bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara memasaknya. Anda juga boleh menggunakan sumber protein yang lain seperti udang, ikan, kerang dan ayam.


Bahan-bahan:
  1. Sotong - 1/2 kilo
  2. Bawang merah - 3 ulas (ditumbuk)
  3. Bawang putih - 3 ulas (ditumbuk)
  4. Pes Tomyam - 2 sudu kecil
  5. Maggi Cukup Rasa - secukupnya
  6. Gula - secukupnya
  7. Air - secukupnya
  8. Minyak masak - secukupnya untuk menumis




Cara-cara memasak:
  1. Bersihkan sotong dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak untuk menumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk lumat. Tumis sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan pes Tomyam dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan sedikit air dan kacau hingga sebati.
  5. Tambahkan Maggi Cukup Rasa dan gula untuk mengimbangi rasa mengikut selera masing-masing.
  6. Masak kuah sehingga pecah minyak dan barulah masukkan sotong yang telah dibersihkan. Seterusnya gaul rata. Masak sotong jangan terlalu lama kerana risau tekstur sotong akan menjadi liat. Masak dalam 2 hingga ke 3 minit.
  7. Setelah sotong sudah masak, angkat dan sedia untuk dihidang.



Resepi-resepi lain:

 

 


 

 

 


 

Tuesday, February 26, 2019

Resepi Sambal Belacan Sedap dan Mudah


Resepi Sambal Belacan Sedap dan Mudah


Assalamualaikum semuanya. Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Sebelum ni Mrd banyak berkongsi resipi -resipi seperti ayam masak merah, bergedil jagung, ayam goreng oat dan lain- lain lagi. Harini Mrd nak kongsikan resepi sambal belacan Mak Mrd. Kepada para pengunjung yang selalu berkunjung ke blog Mrd, mesti tahu kebanyakkan resepi yang Mrd kongsikan adalah resepi yang Mrd belajar daripada Mak dan kakak-kakak Mrd. Mrd dulu time kecil suka tengok Mak masak untuk kenduri mahupun masak di rumah. Mak Mrd dulu seorang tukang masak, kalau ada jiran-jiran yang nak buat majlis kahwin atau akikah di kampung, Mak Mrd selalu diupah untuk menjadi tukang masak. Ok, berbalik kepada resepi sambal belacan ni, di bawah ni Mrd tunjukkan bahan-bahan dan cara-caranya.


Bahan - bahan Sambal Belacan


  1. Cili padi - 10 hingga 15 biji
  2. Bawang merah - 5 ulas
  3. Bawang putih - 5 ulas
  4. Tomato saiz sederhana - 2 biji
  5. Belacan - 2 inci/sebesar ibu  jari
  6. Limau kasturi - 3 hingga 5 biji
  7. Gula Melaka/gula - 1 sudu
  8. Garam - secukupnya
  9. Minyak masak - secukupnya


Cara-cara membuat Sambal Belacan 


  1. Panaskan minyak, goreng bawang merah, bawang putih yang telah dikupas dan tomato. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumbuk cili padi dan kemudian tumbuk sekali bahan-bahan yang telah digoreng tadi.
  3. Seterusnya, masukkan belacan yang telah dibakar dan tumbuk sehingga lumat.
  4. Tambahkan gula, garam dan perahan limau untuk mengimbangi rasa. Gaulkan kesemua bahan tadi sehingga sebati.
  5.  Sambal belacan sedia untuk dihidang.





Mrd selalu makan sambal ni dengan ikan goreng dan ayam penyet. Mrd juga suka makan pisang goreng panas dan cicah sambal belacan ni, memang sedap. Kepada sesiapa yang tak pernah makan pisang goreng dan cicah sambal belacan bolehlah cuba. 

Jangan lupa berikan sokongan dan subscribe Channel YouTube Mrd's Kitchen. Sokongan anda amatlah saya hargai. Terima kasih.



Anda juga boleh mencuba masak resepi Sambal Tempe Rangup.


Info Tambahan

Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback

Alhamdulillah setakat ni Cashback yang saya dapat sebanyak RM575.93. Daripada jumlah tersebut, saya dah tunaikan sebanyak RM357.84 dan RM209.23 Cashback saya yang masih pending/dalam proses manakala RM8.86 cashback yang saya boleh tunaikan buat masa ni. Tetapi syarat untuk tunaikan adalah available cashback anda kena mencapai RM10.00 baru boleh ditunaikan. 




Daftar sekarang dan anda akan dapat RM5.00 bonus.
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK


Resipi-resipi Mrd's Kitchen









Friday, February 22, 2019

Resepi Sambal Tempe Rangup Sedap dan Mudah





Resepi Sambal Tempe Rangup Sedap dan Mudah

Assalamualaikum semua. Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Mrd nak tanya siapa di antara pengunjung blog Mrd yang suka makan tempe? Mesti ramaikan yang suka makan tempe. Harini Mrd nak kongsikan satu resepi kegemaran Mrd iaitu sambal tempe rangup. Resepi ni sangat-sangatlah mudah, orang-orang bujang macam Mrd amatlah sesuai masak resepi ni.


Bahan-bahan:
  1. Tempe - 4 paket kecil
  2. Bawang merah - 2 ulas (dikisar/ditumbuk)
  3. Bawang putih - 3 ulas (dikisar/ditumbuk)
  4. Sos cili - 3 sudu
  5. Sos tiram - 2 sudu
  6. Maggi Cukup Rasa - 1/2 sudu
  7. Gula - 2 sudu
  8. Minyak masak - secukupnya untuk menggoreng dan menumis




Cara-cara memasak:



  1. Potong tempe nipis-nipis dan kemudian goreng sehingga betul-betul garing.
  2. Setelah itu, angkat tempe tersebut dan ketepikan.
  3. Gunakan kuali yang baru, panaskan sedikit minyak lebih kurang dalam 4 ke 5 sudu untuk menumis.
  4. Tumis bawang merah, bawang putih yang telah dikisar/tumbuk  sehingga naik bau dan sedikit garing. 
  5. Seterusnya, tambahkan Sos cili dan sos tiram. Kacau hingga sebati.
  6. Kemudian, masukkan Maggi Cukup Rasa dan gula, kacau hingga sebati. Masak sehingga bahan-bahan tadi pecah minyak.
  7. Setelah bahan-bahan tumisan tadi sudah pecah minyak, masukkan tempe yang telah digoreng tadi. Kacau hingga sebati.
  8. Jika tempeh dan bahan-bahan tumisan telah sebati, angkat dan sedia untuk dihidang.






Info Tambahan

Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback

Alhamdulillah setakat ni Cashback yang saya dapat sebanyak RM575.93. Daripada jumlah tersebut, saya dah tunaikan sebanyak RM357.84 dan RM209.23 Cashback saya yang masih pending/dalam proses manakala RM8.86 cashback yang saya boleh tunaikan buat masa ni. Tetapi syarat untuk tunaikan adalah available cashback anda kena mencapai RM10.00 baru boleh ditunaikan. 




Daftar sekarang dan anda akan dapat RM5.00 bonus.
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK


Resepi-resepi lain:










Thursday, February 21, 2019

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup dan Sedap


Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup dan Sedap


Assalamualaikum semua pengunjung blog Mrd. Hari ini Mrd nak berkongsi resepi Sotong Goreng Tepung Rangup dan Sedap. Mrd ni merupakan penggemar makanan laut seperti udang, sotong, ketam dan lain-lain. Sotong goreng tepung ni salah satu makanan kegemaran Mrd. Kalau di 'hometown' Mrd makanan laut ni amatlah murah. Berbalik kepada resepi hari ini iaitu sotong goreng tepung, resepi ini amatlah mudah untuk dimasak. 

Bahan - bahan yang diperlukan:
  1. Sotong - 10 ekor (saiz sederhana)
  2. Tepung gandum - 1 cawan
  3. Tepung jagung - 1/4 cawan
  4. Maggi cukup rasa - secukupnya
  5. Serbuk lada hitam - secukupnya
  6. Serbuk kari/serbuk cili - secukupnya
  7. Telur - 2 biji
  8. Minyak masak - untuk menggoreng



Cara-cara memasak:
  1. Bersihkan sotong dan hiris sotong tersebut.
  2. Kacau telur di dalam mangkuk untuk mencelup sotong dan ketepikan. 
  3. Seterusnya, masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk lada hitam, Maggi cukup rasa dan serbuk kari/serbuk cili ke dalam mangkuk yang baru dan gaulkan sebati. Bahan-bahan tepung ini untuk bahan menyaluti sotong.
  4. Kemudian, celupkan sotong ke dalam telur tadi dan seterusnya, salutkan sotong yang telah dicelupkan telur ke dalam bahan tepung.
  5. Panaskan minyak, setelah minyak cukup panas, goreng sotong tersebut. Goreng sehingga berwarna keperang-perangan. Angkat sotong goreng tepung tersebut dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba semuanya.



Info Tambahan

Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback

Alhamdulillah setakat ni Cashback yang saya dapat sebanyak RM575.93. Daripada jumlah tersebut, saya dah tunaikan sebanyak RM357.84 dan RM209.23 Cashback saya yang masih pending/dalam proses manakala RM8.86 cashback yang saya boleh tunaikan buat masa ni. Tetapi syarat untuk tunaikan adalah available cashback anda kena mencapai RM10.00 baru boleh ditunaikan. 




Daftar sekarang dan anda akan dapat RM5.00 bonus.
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK



Resepi-resepi lain:










Wednesday, February 20, 2019

Bantuan Sara Hidup (BSH) RM100 Bagi Golongan Bujang



Bantuan Sara Hidup RM100 Bagi Orang Bujang

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan BSH RM100 akan diberikan kepada golongan bujang. Bayaran ini akan memanfaatkan lebih daripada 3 juta individu yang melibatkan peruntukan sebanyak RM300 juta.

Berikut merupakan petikan penuh daripada Sinar Harian Online mengenai BSH kepada golongan bujang.

NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
PUTRAJAYA - Kerajaan mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM100 untuk golongan bujang yang belum berkahwin dan yang bekerja tetapi berpendapatan rendah.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sebagai permulaan, pembayaran RM100 akan disalurkan kepada setiap individu yang berdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018.

“Bayaran tersebut akan dibuat pada hujung bulan Mac 2019 dan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka.


“Bayaran ini akan memanfaatkan lebih daripada 3 juta individu dan melibatkan peruntukan RM300 juta,” katanya melalui kenyataan media hari ini.
Berhubung dengan bayaran selanjutnya, beliau berkata, kadar bantuan BSH bagi 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.

Mengulas lanjut katanya, BSH untuk golongan muda diberikan selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menekankan bahawa isu tekanan kos sara hidup perlu diberi perhatian bagi semua yang berkeperluan dalam masa terdekat.

Bahkan katanya, Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan supaya turut dibantu anak muda yang belum berkahwin dan bekerja tetapi berpendapatan kecil.
Sumber daripada Sinar Harian Online

Thursday, February 14, 2019

Resepi Bergedil Jagung Mudah dan Sedap


Resepi  Bergedil Jagung 



Assalamualaikum semua. Lama dah Mrd tak kongsi resepi di blog ni. Harini Mrd nak kongsikan resepi bergedil jagung. Bergedil jagung ni antara makanan yang selalu keluarga Mrd masak untuk makan tengah hari dan makan malam. Kiranya antara menu kegemaran keluarga Mrd. Mrd kalau makan bergedil jagung ni, Mrd suka makan sambil cicah dengan sambal kicap. Tersangatlah sedap makan dengan nasi panas-panas.

Bahan - bahan yang diperlukan:

  1. Jagung - 5 biji (diambil isi)
  2. Bawang merah - 4 ulas
  3. Bawang putih - 4 ulas
  4. Serbuk lada hitam/putih - secukupnya
  5. Serbuk kunyit - 1 sudu kecil
  6. Tepung jagung - 3 sudu
  7. Tepung gandum - 6 sudu
  8. Garam - secukupnya
  9. Gula - secukupnya
  10. Air - sedikit
  11. Minyak - untuk menggoreng


Cara memasak bergedil jagung

  1. Gunakan jagung yang telah diambil isi dan masukkan ke dalam bekas.
  2. Tambahkan bawang merah dan putih yang telah ditumbuk, masukkan serbuk lada hitam/putih,serbuk kunyit dan gaulkan.
  3. Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung, garam, gula dan sedikit air. Selepas itu, gaulkan sebati.
  4. Panaskan minyak untuk menggoreng adunan bergedil jagung.
  5. Gunakan sudu untuk mencedok adunan tadi dan goreng adunan tersebut.
  6. Goreng sehingga warna perang keemasan dan angkat bergedil jagung tersebut dan sedia untuk dihidang. Sesuai dimakan bersama sambal kicap dengan nasi panas. Selamat mencuba.



Resepi-resepi lain:









Penaja