Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Wednesday, May 2, 2012

PERMULAAN HIDUP DAN SUASANA BARU DI KOLEJ MATRIKULASI LABUAN

KOLEJ MATRIKULASI LABUAN (KML)




        Assalamualaikum kepada semua pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di KOLEJ MATRIKULASI. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda semua. Pada penulisan saya pada hari ini saya akan memberikan serba sedikit tentang kehidupan di kolej matrikulasi. Saya merupakan bekas pelajar Kolej Matrikulasi Labuan (KML) sesi 2011/2012.


Kehidupan saya di Kolej Matrikulasi Labuan: (TERTAKLUK DENGAN PEREDARAN MASA  & PERATURAN YANG  BOLEH BERUBAH-UBAH)





Bangun Pagi 

    Bangun pagi lebih kurang pukul 5.00 am, untuk solat subuh(bagi yang muslim, tapi solat boleh buat kat musolah/ surau kat aras dan tingkat asrama masing2 ataupun surau besar). Cuma pada sesi orentasi saja pelajar2 wajib solat kat surau besar dan berjemaah, Tapi seelok-eloknya solat dan berjemaah kat surau besar lagi bagus,,banyak pahala. Untuk hari2 seterusnya  solat kat mana mana pun boleh, kat bilik korang atau musolah/surau kat aras dan tingkat kamu.Lepas tu jam 5.30 am- 6.00am korang dah kena mula mandi dah, sebab kalau dah masuk pukul 6.00am lebih confirm korang akan berbaris tunggu giliran sebab time tu dah ramai orang dah nak mandi. Ok lepas tu pukul 6.15 am korang bersiap2 lah pakai baju semua susun semua buku yang hendak di bawa kat kelas dan kuliah.


Sarapan

      Then, pukul 6.45am korang turun pegi sarapan kat kafe masing2 bagi lelaki kat kafe c, perempuan kafe a dan b( jangan risau kafe korang dekat je dengan asrama tak sampai lah 3 minit korang berjalan sampai dah. Lain lah kalau korang jalan lenggang kangkung.


Kelas Tutorial dan Kuliah 

Lepas sarapan pegilah kelas anda masing sebab kelas dan kuliah start pukul 7 am. So kena lajulah makan jangan nak borak2 lagi dengan kawan, nanti kalau lambat masuk dewan kuliah malulah pula orang dah start kuliah korang baru nak masuk kuliah,, confirm korang akan malu,lagi-lagi kawan korang yang suka mengejek-ngejek,,hahaha.


Waktu Rehat & Solat Zohor

Setelah anda mengharungi liku-liku kelas dan kuliah anda dalam lebih kurang 9 jam dan anda akan rehat 2 jam. Bermakna waktu kuliah dan kelas setiap hari ada 7 jam. Time korang rehat tu confirm boleh solat zuhur sebab masa rehat korang ada dua; satu pagi dan satu lagi tengah hari lebih kurang dalam jam 12 pm ke atas. Tentu korang penatkan lepas habis kelas dan kuliah. Korang akan rasa kepenatan tu nanti, tapi pesan saya jangan mengeluh, biarlah kita penat asalkan kita berjaya untuk 10 tahun akan datang.


Habis Kelas & Kuliah

Korang akan habis kelas jam 4 pm. Then pulanglah korang kat asrama. Mandi, cuci pakaian dan buatlah apa-apa yang patut. Bagi yang muslim solat asar jangan dilupa.  Bagi yang nak pegi bersukan, bolehlah pergi selepas solat asar. Tetapi yang tak pergi bersukan, lepas solat tu, korang pegilah mandi dan cuci pakaian.silalah anda rehat sebentar dalm 1 jam. Sebb malam tu korang kena buat tugasan yang diberikan oleh lecturers. LAB REPORT, EXERCISE DAN ULANGKAJI. Kalau dekat matrik ni tiada istilah nak exam baru study sebab lecturers korang rajin buat kuiz untuk carry marks 10 %. Rugi kalau korang tak skor. After dah korang buat semua tugasan dan solat maghrib dan isyak pun dah korang tunaikan, tidurlah selewat-lewatnya pukul 12 tengah malam, melainkan kalau korang banyak sangat assingment korang kena stay up lah limit pukul 2 pagi. Sebab kalau korang lewat tidur nanti kat dewan kuliah  korang akan malu. Sebab kalau korang mengantuk kat dewan kuliah lecturers akan tegur anda so korang malulah di hadapan ratusan orang kat dewan kuliah.

#Dekat Matrikulasi (Pelajar Sains) pembelajaran korang berjalan dengan 3 cara:
  1. Kuliah
  2. Kelas Tutorial
  3. Amali (Eksperimen)
Ok setakat ini saja yang dapt saya berikan nanti saya akan ceritakan yang lebih lanjut tentang kolej matrikulasi,,ASSALAMUALAIKUM, KALAU ADA PERTANYAAN SILA TANYA SAJA, TANYA KAT KOMEN. KALAU SAYA ADA MASA SAYA AKAN JAWAB PERTAYAAN ANDA SEMUA. GOOD LUCK SEMUA. JAGA IMAN, MARUAH DAN PERIBADI ANDA DI KOLEJ MATRIKULASI SEBAB BANYAK GODAAN KAT MATRIK NANTI,




                           
Pemandangan dari luar Kolej Matrikulasi Labuan


Surau Al- Irfan KML


Dewan Mutiara KML
                                                       

Sewaktu membuat eksperimen di makmal

Pemandang di waktu petang ketika pelajar KML bersukan
       



#Untuk pesanan kepada sesiapa yang hendak berkongsi info dalam post ni di blog anda, silalah minta keizinan daripada saya dahulu. Saya tidak kisah anda mengambil bulat-bulat content post ini, tetapi sekurang-kurangnya bagi tahu saya terlebih dahulu ataupun link kan blog anda dengan blog saya.


Sumber logo Kolej Matrikulasi Labuan daripada http://www.kml.matrik.edu.my/index.php/info- kolej/logo-dan-lagu











50 comments:

  1. Google2 jumpa blog ni. :)) Thanks for the info . btw , sy bakal pelajar kt matrikulasi labuan .

    ReplyDelete
  2. abg nak pesan... kunci nak berjaya kat kolej matrikulasi,, rajin jumpa lecturers kalau adik tak faham tentang sesuatu bab. sebab kalau adik kumpul benda yang adik tak tau tu... susahlah nanti nak cover balik... ingat pesan abang "bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian" dan rajin buat tutorial,..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alright ! abg ni ambik apa dulu kat matriks ?

      Delete
  3. abg ambil modul satu,,bio physics kimia math,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau modul bang, pihak matrikulasi tentukan atau sendiri pilih ? Sy ni langsung xminat physics . manalatw dapat modul 1 atau 2 . Boleh tukar modul tak ? Mohon pencerahan .

      Delete
  4. ohw,,,first tu memang pihak matrikulasi yang bagi,,tapi nanti ada jugak sesi pertukaran modul,,,ada prosedur dyalah,,,nanti d bagi satu borang tyme minggu orentasi,...nanti adik mohon tukar modul lah,,,,contoh kalw adek dapt modul dua,,then ada ketua JABATAN SAINS(cik nazaruddin ckp tak bleh tukar p modul 3, adik mohon jak masuk modul 3.tu dya phyco jak tu.... then dya jugak akan ckp budak modul satu tak bleh tukar modul lain sebb modul satu modul plaing perfect,,, tapi adik p tukar jak p modul 3,,tapi sebelum tukar modultu,,fikir betul2lah,,InsyaALLAH dipermudahkan urusan adik nanti d KML,,AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bang macam mana klo modul 2 mau tukar ke modul 1

      Delete
  5. thanks bang ! Semangat nak pergi KML ! amin dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
  6. KAT KML rajin2 belajar ,,,konfom dapat result cemerlang,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa satu hal, nnt daftar kat KML 21mei ni, tp parents hantar sy 20mei. masa daftar tu nak pakai baju formal eh ? pakai tie sekali ke bang ?

      Delete
  7. ye,,,kena pkai bju formal,pkai tie,bju kemeja,kasut pvc atau kulit warna hitm,,,...bguslahtu daftar awal..then nanti dapt bilik kat bwah,,tak lah susah nanti nak naik trun tangga,,,huhu,,abg haritu lmbt daftar,,nak tak nak dpt bilik kat tingkt 4,,penat ohw,,hri2 naik tngga,,tapi klaw orng bilng alah bisa tegal biasa,,huhu...

    ReplyDelete
  8. ouuhhhhh,,, begitu , terima kasih ye bang !

    ReplyDelete
  9. abg..katt matrik nanti bole tak bawa iron?then,pendaftaran jam 8..so,klu sy dtg jam 7 bole tak?coz nak ambik bilik paling bawah..hehe..pastu kan apa itu dinamika kemahiran?kena belajar apa?agama pun ada kan?2 subjek ni belajar apa?masuk result ka juga?then,kat sana ada kedai jual barang harian tak?mcm bahan2 untuk mandi?abg bole tak cerita situasi belajar kat sana?abg blh tak bgi fb?senang nak tanya abg...klu guna blog ni payah sikit...tak pandai la..hehe...tq...mimi

    ReplyDelete
  10. okey,,,,Rahmat Mrd...okey,,nanti abg tulis d blog ni pasal yang adik soal ni,,huhuhu

    ReplyDelete
  11. assalam.. waa thanx byk2. kini sy da gmbrn mcm mn study kat sna nnti.. thanx byk2 saudara rahmat. ^_^

    ReplyDelete
  12. waalaikumussalam,,,welcome,,,,study kat matrikulasi apa??? labuan or kat semenanjung..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,saya dapat program 2 tahun di KML, rasa takut jugak masuk Matrikulasi sebab saya ni bukan budak pandai2 hehe..Agak2 kalau masuk KML org mcm saya nih bleh improve ke?

    ReplyDelete
  14. WAALAIKUMUSSALM ,,,,,,,,,,insyaALLAH,,,,jgn risaulah,,dek,,,cuma adek kena rajinlah sebb matrik ni,,,contohnya" BANYAK PELAJAR2 YANG TAK SKOR TYME SPM TAPI DAPT 4 FLAT GAK DEK,,SEBB DIAORANG RAJIN,,,,,,takde istilah belajar last minute,,tapi kalau program dua tahun ni,,ok sikit,,sebb jadual waktu korang tak berapa nak padat,,,,"DI MANA ADA KEMAHUAN ,DI SITU ADA JALAN" BETUL TAK,,,rajin jumpa pensyarah lah dek,,,kalau tak faham tanya pensyarah adek,,tyme adek waktu rehat,,,,,,jangan risau pensyarah2 kat matrik labuan semuanya spoting,,,,huhuhu,,,chaiyok2!!!!! dek,,PESAN ABG JAGN MUDAH TERPENGARUH K KAT MATRIK NANTI,,,TERPENGARUH KE ARAH YANG BAIK,,ITU BAGUS,,TAPI KALAU SEBALIKNYA,,ITU YANG TAK BAGUS,,,,ABG HARAP ADEK TAK LAH TERPENGARUH,,JAGA AURAT YA DEK KAT SANA ,,SEBB KAT SANA KITALAH YANG JAGA MARUAH DAN PERIBADI KITA,,,assalam,,,,

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum w.b.t kpd tuan empunya blog.Saya ada soalan sikit nak tnya pasal matrik nih.Saya dapat program satu tahun di matrikulasi pahang dalam cos sains tapi saya takut otak saya x boleh nak catch up kalau ambik program satu tahun tu sebab saya nih bukanlah budak crdk dan saya sangat pemalas.Masa SPM dulu saya hanya belajar 1 bulan jer sebelum exam itu pun mujur ada kawan-kawan yang sanggup membantu.Jadi saya ingin menukar program satu tahun kepada dua tahun boleh tak bang?kalau boleh macam mana saya nak tukar?...

    ReplyDelete
  16. waalaikumussalam,,,,urm,,,,setahu abglah kan dik,,,kalau kat matrikulasi,,kalau kita dah dapt program satu tahun kita tak bleh tukar,,,melainkan kalau result semester pertama adek tak berapa memuaskan eg: 2.50 something,,adik bloleh minta tukar ke program dua tahun,,,itupun ikut budi bicara pengarah matrikulasi masing2,,,sebab kawn2 abg dulu kat matrik labuan ada yang tukar ke program dua tahun sebb result dorang tak berapa memuaskan,,,,TAPI PESAN ABANG ADIK JANGANLAH MUDAH MENGALAH DULU,,,ADIK BERUSAHA SAJA SEHABIS MUNGKIN,,,,KITA TAK TAHU KAN REZEKI KITA,,,MUNGKIN DENGAN USAHA ADIK YANG BERSUNGGUH KAT MATRIKULASI NANTI,,DAPAT MENGUBAH SEGALANYA...KEPADA YANG LEBIH BAIK,,,PESAN ABG KALAU KAT MATRIK NI,,RAJIN JUMPA PENSYARAH,,,KALAU TAK FAHAM JUMPALAH PENSYARAH KALAU ADA MASA SENGGANG ADIK,,,DAN YANG PALING PENTING BUAT TUTORIAL,,,,WALLAHUA'LAM,,,ABG DOAKAN ADIK BERJAYA DI MATRIK DAN MENCAPAI CITA2 ADIK PENDAM SELAMA INI,,,ASSALAMUALAIKUM,,,

    ReplyDelete
  17. mau tanya kpd empunya blog ;) kalau semasa sdg bljr di matrikulasi then dpt tawaran ke univ. lain bolehkah saya kluar dari matrik?

    terima kasih,, bnyk info2 yg saya dpt dr blog nie.. mmndgkn saya akn ke matrikulasi labuan pada thn nie tuk prgrm 2 thn krsus sains so x brapa nk nervous sgt sbb sy dh tau srba sdkit mengenai mtrik labuan..

    ReplyDelete
  18. Salam,,sya nie bakal nk msuk KML nnt..nk tnya ckit..modul 1 susah sngt ke? Sya just takut nnt susah nk catch up sbb sya nie tym SPM mmg low ckit subjek elektif..but memandangkn rmai org kata modul 1 bnyk pluang nk apply course kt U sya rsa nk ambl modul 1,,hehe tp still ragu..

    ReplyDelete
  19. Salam :) Thanks for the information! Will be there this year :)

    ReplyDelete
  20. Waalaikumussalam,,,sory lambat balas soalan2nya,,,busy dengan assignment,,,heheh

    1) boleh keluar matrik kalau dapt twaran daripada mana IPTA & IPTS...ketika study kat matrik.

    2) modul satu boleh dikatakan modul yang agak mencabar,,,tapi kalau ada kemahuan di situ ada jalan,,,kalau saudari tak yakin nak ambil modul satu, saya sarankan ambil modul yang fokus kepada minat saudari,,sebagai contoh saudari minat fizik,,,ambil modul 2, kalau mnat biology mbil modul 3,,,tapi kalau minat2 kedua2nya mabillah modul 1,,hehheheh,, memng tidak dapt dinafikan pelajar modul 1 mempunyai bnyk pilihan untuk kos2 yang hendak di isi sewaktu permohonan UPU..

    ReplyDelete
  21. mcm mna pmbahagian bilik kt asrama??d tntukn or plih sndri???

    ReplyDelete
  22. Kat matrikulasi ni boleh balik ke rumah semasa cuti or dua minggu sekali ke ?

    ReplyDelete
  23. 1) asrama akan ditentukan oleh pihak KML,,,tetapi permohonan perpindahan bilik boleh diajukan kepada penyelia asrama,,terpulang kepada penyelia sama ada menerima permohonan saudari atau tidak sebb ia bergntung dengan sebb musabab permohonan perpindahan bilik.

    2) Amirul Izat, setahu saya boleh pelajar pulang ke rumah masing2.. tetapi ada minggu2 tertentu pihak matrikulasi tidak membenarkan sebarang pulang bermalam disebabkan oleh program-program yang dilaksanakan atau sebagainya. Ia sebenarnya bergantung kepada peraturan matrikulasi masing-masing.

    ReplyDelete
  24. hidup d matrik ,kalau x pandai urus diri,merana x habis...
    gulp !

    ReplyDelete
  25. betul tu adriana amanda..hehe...dulu matrik lbuan jugk kah?

    ReplyDelete
  26. dinameka tu belaja apa je? itu dikira markah ke? kelas agama pulak belaja apa? ada tadarus al-quran ke kt kelas agama tu.

    kalo dh cerita dkt blog bagi lah linknya.

    ReplyDelete
  27. Biasanya dalam satu bilik asrama ada brpa orang??

    ReplyDelete
  28. as salam dan salam sejahtera.

    Ini untuk soalan untuk KESAH PULAK AKU & SKYWRATH QUEEN

    1) SUBJEK DINAMIKA adalah subjek paling santai kat matrik. Subjek ni mengajar kita tentang etika2 pemakaian, cara2 makan, dan etika2 yang lain. Dan dekat nak akhir sem akan ada DINNER untuk subjek ni. Dinner tu sebenarnya just nak tengok kita ni aplikasikan kah apa yang kita belajar dari subjek ni,,seperti pemakaian mengikut tema atau tidak, cara sebelum,semasa, selepas makan mcm mana..just itu saja sebenarnya. Tapi saya tak tahu lah kalau setiap matrikulasi di Malaysia mempunyai program yang berlainan..Sebb ini just pengalaman saya di Kolej Matrikulasi Labuan.

    SUBJEK AGAMA ISLAM. Subjek ni mcm kita belajar kat sekolah dulu. Ustad ustazah saya dulu dekat KML selalunya bercerita tentang isu-isu semasa, kadang2 baca al-quran, bincangkan topik2 tertentu, dan ada jugak ustad ustazah yang tajmik bacaan hafazan, tapi jagn lah risau surah di suruh hafal x lah surah yang panjang..DAN sebenarnya pengajaran untuk kelas agama ni depend on ustad ustazah tu punya style. Cuma apa yang mereka ajar still mengikut garis panduan pengajaran subjek ni. Subjek ni pun santai ja..

    DAN untuk kedua2 subjek ni DINAMIKA dan AGAMA ISLAM dia just bg gred A,B,C ....... SUBJEK NI TAK MASUK DALAM POINTER. DI TRANSKRIP RESULT PEPERIKSAAN NANTI DIA JUST TULIS GRED SAJA..

    ReplyDelete
  29. Untuk bilik, kat KML satu bilik 4 orang dan ruang study separate tapi still in the same room. So kalau nak stay up dan nak gunakan lampu di meja belajar tak lah mengganngu kawan sebilik. INI JUST UNTUK DI MATRIKULASI LABUAN dan matrik yang lain saya tidak berapa pasti bagaimana struktur, bilangan orng sebilik, dan yang lain2. Semoga perkongsian saya bermanfaat.
    Assalam.

    ReplyDelete
  30. salam bang .. saya ni sebenarnya aliran sain lepasN spm ..tapi saya dapat jurusan perakauan dkml sebab kimia saya teruk...ada harapan ke budak sains mcm saya ni skor bhgian perakaunan .. saya risau sebab teda asas langsung bhgian akaun .. budak2x perakaunan banyak menonjol ke ??

    ReplyDelete
  31. Di matriks boleh dye rmbut kah?? Sbb sa dpt KML. rmbut ada ka colour2 skit.. tp x terang.. boleh ka tu?

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum bang. Saya nak tanya fasal KML ni sebab saya ni tak tahu sangat. Saya dapat 1 year prgramme sains. Saya nak tanya, subjek apa sahaja yang di ambil kira utk pointer? Subjek chemist bio fizik maths sahaja ka ?

    ReplyDelete
  33. Waalaikumussalam dan salam sejahtera.

    Mohd Firdaus..abg tak boleh jugak ckp y kamu boleh skor akaun atau sebaliknya..walaupun kamu x ambil akaun time spm..Sebb abg teda pengalaman plak kawan2 y dulu spm aliran sains tapi dpt akaun...Tapi yang pastinya budak2 akaun d Kml antara yang paling ramai dpt 4 flat...Itu pengalaman abg time d Kml 2011 lah..tak tau pulak sekrng mcm.

    Celau Luis.. saya tidak pasti pasal warnakan rambut ni..tapi kalau ikutkan peraturan memang tak boleh...

    Sherry hanna..ya..4 subjek saja y akan dimasukkan dlm pointer subjek2 lain just guna grade..dpat A,B.....dan seretusnya..

    ReplyDelete
  34. Waalaikumussalam dan salam sejahtera.

    Mohd Firdaus..abg tak boleh jugak ckp y kamu boleh skor akaun atau sebaliknya..walaupun kamu x ambil akaun time spm..Sebb abg teda pengalaman plak kawan2 y dulu spm aliran sains tapi dpt akaun...Tapi yang pastinya budak2 akaun d Kml antara yang paling ramai dpt 4 flat...Itu pengalaman abg time d Kml 2011 lah..tak tau pulak sekrng mcm.

    Celau Luis.. saya tidak pasti pasal warnakan rambut ni..tapi kalau ikutkan peraturan memang tak boleh...

    Sherry hanna..ya..4 subjek saja y akan dimasukkan dlm pointer subjek2 lain just guna grade..dpat A,B.....dan seretusnya..

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum abg...saya nak tanya tentang kos sara hidup dekat Labuan ni, macam tiket dia, makanan, keperluan2 peribadi and nak tahu kalau sampai sana nanti,ada tak hotel2 yang berpatutan harganya dan dekat? Dan dekat matrik ada tak kemudahan oku?, sebab ayah saya seorang oku dan dia berharap sangat dapat hantar saya kat matrik tu nanti...Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam dik.

      1)Berkenaan dengan sara hidup, apa yang abang boleh kata dari segi harga barang-barang di labuan boleh dikatakan agak murah. Ini bedasarkan, pengalaman abang 2011 dahulu. Abg tidak berapa pasti sekarang berkenaan harga barangan di sana sebab dah 5 tahun tak jejakkan kaki ke labuan. Nanti confirm adik akan belanja barang2 di Ujana Kewangan. Tempat ni memang famous dalam kalangan student matrik labuan. Kalau bab makan di restoran memang harga makanan agak mahal

      2) Kalau di matrik ni kena bejimatlah. Sebab elaun yang diberikan rasanya tidak mencukupi jika kita tidak berjimat. Pesan abang kalau dapt elaun jangan beli hp barukah atau gadjet2 lain, gunakan elaun dengan sebaik mungkin. Sebab dulu ada segelintir kawan abg yang dpt elaun terus tukar hp baru. Then, hujung sem ikat perut.

      3)Kalau tiket flight abg tak berapa pasti, sebab selalunya abg akan naik bas pulang ke hometown (Sabah) abang. Naik feri pegi Menumbok dan seterusnya naik bus.

      4)Berkaitan hotel-hotel berpatutan, cuba adik try cari di Trivago. Trivago ni dia compare harga hotel di tempat yang kita nak pegi tu.

      5)Yang pasal kemudahan OKU ni dik, abg kurang pastilah dik. Untuk kepastian cuba adik telefon pentadbiran KML berkaitan hal ini.

      6)Pesan abg dik, nanti kalau datang nak mendaftar di KML sedialah beli makanan ringan biskut-biskutkah, roti, air minum. Sebab nanti time orientasi, korang punya masa sangat ketat. Sebab abg dulu sampai tak sempat makan disebabkan orientasi ni. Sebb fasi2 nya sangatlah tegas. Jadi buatlah persedian.

      Delete
  36. Kalau nak tukar modul 2 ke modul 1 boleh ke? Dan kalau buat permohonan pertukaran modul confirm dpat atau permohonan boleh ditolak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melalui pengalaman saya waktu 2011 memang boleh tukar modul.Memang time tu ramai kawan sya yang tukar modul dan diluluskan. Tapi sekrang saya x berpa pasti.

      Delete
  37. Saya nak tanya , ap beza modul 1,2,3?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Modul 1 Subjek: Physics, Biology, Chemistry & Mathematics
      Modul 2 Subjek: Physics, Chemistry, Science Computer & Mathematics
      Modul 3 Subjek: Biology, Chemistry, Science Computer & Mathematics

      Secara kasarnya perbezaannya modul 1,2 dan 3 adalah subjek yang akan dipelajari. Kebanyakkan pelajar yang nak jadi engineer selalunya ambil modul 2. Kalau modul 3 boleh mohon medic, sains gunaan & yang berkaitan dengan bio. Kalau modul 1 paling fleksible sebab boleh ke arah dua bidang medic,kejuruteaan, sains gunaan dan sama aliran dengannya.

      Delete
  38. Untuk masuk medic di ipta, mana lebih cerah peluang, modul 1 atau 3? I wanna be a doctor but i don't have much enthusiasm on physics. Lagi satu, payah x sains computr? Perlu bwk laptop ke klau ambil sc komptr ni?

    ReplyDelete
  39. Untuk masuk medic di ipta, mana lebih cerah peluang, modul 1 atau 3? I wanna be a doctor but i don't have much enthusiasm on physics. Lagi satu, payah x sains computr? Perlu bwk laptop ke klau ambil sc komptr ni?

    ReplyDelete
  40. Untuk masuk medic di ipta, mana lebih cerah peluang, modul 1 atau 3? I wanna be a doctor but i don't have much enthusiasm on physics. Lagi satu, payah x sains computr? Perlu bwk laptop ke klau ambil sc komptr ni?

    ReplyDelete
  41. Boleh tanya?bila masuk semester 2, kelas akan brtukar ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dik, mengikut pengalaman saya time 2011 dulu, kumpulan kuliah dan kelas tutorial sama sahaja untuk semester 1 dan 2.

      Delete

Penaja