Halaman

Monday, April 11, 2016

BIASISWA YAYASAN SABAH 2016 – PENGAJIAN TINGGI

Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah 2016 – Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2016 serta Pinjaman bagi Pengajian Tinggi kini dibuka.

Warga Malaysia yang berasal dari Sabah dan bermastautin di Sabah dan/atau salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah dipelawa memohon tajaan Biasiswa atau Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah untuk mengikuti kursus peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah bagi Sesi Pengajian 2016.


Bagi tajaan Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS) pemohon mestilah menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2015 di sekolah-sekolah menengah di Negeri Sabah sahaja, kecuali pelajar-pelajar dibawah tajaan Yayasan Sabah di Semenanjung Malaysia dan Sarawak.
JENIS-JENIS TAJAAN
  1. BIASISWA
    1. Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
      Kursus: Foundation/”A” Level/Sijil
      Tempat Pengajian: Dalam Negara, keutamaan kepada pelajar yang mengikuti Program Berkembar/TTP
    2. Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam
      Peringkat Pengajian: Diploma/Ijazah
      Tempat Pengajian: Institusi Pengajian Tinggi Tempatan/Twinning Programme/ASEAN/Timur Tengah
    3. Biasiswa Ulum Islamiah
      Peringkat Pengajian: Ijazah
      Tempat Pengajian: Timur Tengah
    4. Biasiswa Perubatan Mesir
      Peringkat Pengajian: Ijazah
      Tempat Pengajian: Timur Tengah
    5. Biasiswa Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan)
      Peringkat Pengajian: Ijazah
      Tempat Pengajian: Universiti Malaysia Pahang (Program Kerjasama dengan Negara Jerman)
      Kursus: Foundation (Kejuruteraan)
      Tempat Pengajian: Koleh Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) (Program Kerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang)
    6. Biasiswa Perbankan Islam
      Peringkat Pengajian: Ijazah
      Tempat Pengajian: IKIP Pahang kerjasama dengan Universiti Yarmuk, Jordan
    7. Biasiswa Kemahiran Belia
      Peringkat Pengajian: Sijil
      Tempat Pengajian: Intra International Skills Academy, Kuala Selangor (Program Kerjasama dengan Kementerian Belia & Sukan, Sabah)
  2. PINJAMAN PENGAJIAN
    Pinjaman Pengajian Ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus peringkat Diploma atau Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan/Luar Negara

BIASISWA YAYASAN SABAH 2016

KELAYAKAN AKADEMIK
  1. Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
    Pemohon mestilah sekurang-kurangnya memperolehi 7A+ termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2015
  2. Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam dan Biasiswa Ulum Islamiah
    Pemohon mestilah memperoleh Sijil Penuh dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan/atau memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam peperiksaan SPM
  3. Biasiswa Kejuruteraan
    Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dalam peperiksaan Matrikulasi/’A’ Level

    Kursus Foundation (Kejuruteraan)
    Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasukBahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf
  4. Biasiswa Perubatan Mesir
    Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.0 dalam peperiksaan PreMedic/Matrikulasi
  5. Biasiswa Perbankan Islam
    Pemohon mestilah memperolehi Sijil Penuh dalam peperiksaan STPM dan/atau memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf
  6. Biasiswa Kemahiran Belia
    Pemohon daripada Belia yang mempunyai kelulusan UPSR/PMR/PT3/SPM
  7. Pinjaman Pengajian
    Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasukBahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf

BIASISWA YAYASAN SABAH 2016

CARA-CARA MEMOHON
  1. Permohonan dibuat melalui online dengan melayari laman web http://www.ysnet.org.my. Pemohon mestilah mempunyai e-mel peribadiuntuk permohonan online
    LINK berkaitan:
    – http://www.ysnet.org.my
    – Permohonan Online
  2. – Borang Biasiswa Menengah (Klik Kanan dan “Save As”)
  3. Nombor PIN untuk permohonan melalui online boleh didapati di pejabat-pejabat Yayasan Sabah
  4. Bagi daerah-daerah yang berkemungkinan menghadapi kesukaran akses kepada internet, borang permohonan ada disediakan. Ia boleh diperolehi di Pejabat Yayasan Sabah seperti berikut:

    Bahagian Pembangunan Pendidikan
    Yayasan Sabah
    Aras 5, Menara Tun Mustapha
    Teluk Likas, Peti Surat 11201
    88813 KOTA KINABALU
    Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara
    Blok 27 & 28, Tingkat 1
    Langkon Commercial Centre
    KOTA MARUDU
    Pejabat Yayasan Sabah Zon Pendalaman Utara
    Tingkat 1, Pusat Kraftangan Sabah
    KM 5, Jalan Apin-Apin, Keningau
    Peti Surat 104
    89007 KENINGAU
    Pejabat Yayasan Sabah Zon Pendalaman Selatan
    Blok C, Lot 19, Bangunan Beaufort Jaya
    Peti Surat 160
    89807 BEAUFORT
    Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Utara
    Lot 10, Blok J, Bandar Ramai-Ramai
    Beg Berkunci No. 1
    90009 SANDAKAN
    Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Selatan
    Tingkat 3, Bangunan UMNO Kalabakan
    Peti Surat 820
    91008 TAWAU
    Pejabat Cawangan Yayasan Sabah Kuala Lumpur
    Wisma Yayasan Sabah
    5-5E, Lorong Enau, Off Jalan Ampang
    55000 KUALA LUMPUR
    Pejabat Yayasan Sabah
    Aras 6, M6-3
    Pusat Transformasi Bandar (UTC)
    Off Jalan Tunku Abdul Rahman
    88000 KOTA KINABALU
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
  1. Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
    Tarikh tutup permohonan untuk Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS) ialah pada 22 April 2016
    Sila tulis “BCNS 2016” pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat pengiriman salinan dokumen (rujuk perkara 2.a. di bawah) bagi permohonan Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
  2. Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam, Biasiswa Kejuruteraan, Ulum Islamiah, Biasiswa Perubatan Mesir, Biasiswa Perbankan Islam, Biasiswa Kemahiran Belia.
    1. Borang permohonan yang telah lengkap didisi hendaklah disertakan dengan salinan dokumen yang telah disahkan benar seperti berikut:
      1. Surat Beranak/Surat Sumpah dan Kad Pengenalan pemohon
      2. Surat Beranak/Surat Sumpah dan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa/Penjaga
      3. Sijil-sijil persekolahan
      4. Satu keping gambar berukuran pasport
      5. Slip gaji terakhir pemohon (jika bekerja) atau; slip gaji terakhir ibu dan bapa (bagi pemohon yang tidak bekerja)
      6. Surat pelepasan atau surat kelulusan cuti belajar (untuk pegawai kerajaan)
      7. Surat tawaran kemasukan ke universiti/kolej (jika ada)
      8. Keputusan peperiksaan yang terakhir (jika sedang belajar)
    2. Borang permohonan dan permohonan secara online berserta salinan dokumen yang telah disahkan (seperti di atas) hendaklah dikemukakan ke alamat berikut:

      Bahagian Pembangunan Pendidikan
      Yayasan Sabah
      Aras 5, Menara Tun Mustapha
      Teluk Likas, Peti Surat 11201
      88813 KOTA KINABALU
      Selewat-lewatnya pada 30 April 2016
PERHATIAN
  1. Salinan Kad Penganalan pemohon hendaklah dibawa bersama semasa mendapatkan No PIN permohonan Tajaan Pengajian Tinggi Yayasan Sabah di semua pejabat Yayasan Sabah yang terdekat.
  2. Nombor PIN permohonan dijual dengan harga RM3.00 setiap satu
  3. Untuk permohonan secara online setiap pemohon mestilah mempunyai e-mel peribadi
  4. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan
  5. Sila hantar surat tawaran kemasukan IPT ke pejabat ini dengan kadar segera jika sudah menerima tawaran tersebut
  6. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan
  7. Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak mendapat jawapan selepas 30 September 2016
Sumber daripad laman web Yayasan Sabah Group at  http://www.yayasansabahgroup.org.my/index.cfm

No comments:

Post a Comment