Halaman

Thursday, April 28, 2016

Skyscanner - Cara Mudah untuk Membandingkan Harga Tiket Penerbangan


Assalamualaikum semua. Mrd sekarang tengah binggung nak cari harga tiket penerbangan yang murah. Mrd sekarang belajar dekat Sarawak, so nak carilah tiket yang murah. Kalau naik kapal terbang kena 2 kali penerbangan sebab tiada penerbangan terus dari Kuching ke Tawau. Mrd peninglah sekarang ni sebab harga tiket macam melambung tinggi. Kalau 2 tahun lepas harga boleh dikira berpatutanlah. Mrd pun carilah alternatif lain untuk mencari harga tiket penerbangan yang murah tanpa search hari-hari harga tiket di laman web Air Asia, Malaysia Airlines dan sebagainya. Payah kalau hari hari nak cek harga tiket penerbangan ni. So, Mrd teringat ada orang kongsikan dekat Facebook berkaitan 1 laman web yang tolong kita bandingkan harga tiket penerbangan. Nama laman web ni Skyscanner. Kalau kita sign up, dia akan ada price alert yang akan di hantar ke email kita. Bagus jugalah ada laman web macam ni, jimat masa dan kita dapat tahu bila tarikh dan harga tiket yang murah. Selain tiket penerbangan skyscanner ni pun boleh bandingkan harga hotel dan car hire. Sangat-sangat memudahkan bagi sesiapa yang ingin bercuti. Kalau tiket penerbangan laman web ni akan bandingkan harga Malaysia Airlines, Air Asia, Malindo Air, Firefly, Singapore Airlines dan Expedia (first time Mrd dengar syarikat penerbangan ni). So, kita tak payahlah bak cek satu-satu laman web syarikat penerbangan ni untuk bandingkan harga. 

Sebenarnya Mrd nak balik bulan Mei ni sebab kakak Mrd kahwin, so kalau tak balik tak bestlah sebab family semua berkumpul time tu. Dengan ekonomi Mrd yang tak berapa nak stabil ni, tu lah kalau boleh cari harga tiket yang paling murah. Maklumlah masih bergelar seorang student. Inilah lumrah seorang student. Heheheh. Sekarang ni pun Mrd tengah mencari cara untuk mencari side income. Yang paling penting side income tu halal. hehehhehe. 

Oklah, bagirakan-rakan semua yang nak cuba guna Skyscanner boleh pegi ke laman web Skyscanner.

No comments:

Post a Comment