Halaman

Thursday, April 14, 2016

GAMBAR SELEPAS KEBAKARAN DI KG TITINGAN & KG BATU 2 APAS

300 BUAH RUMAH MUSNAH AKIBAT KEBAKARAN


     Assalamualaikum, hari ini Mrd ingin berkongsi gambar pasca kebakaran di Kampung Titingan & Kampung Batu 2 Apas. Sangat sedih melihat gambar-gambar ini. ratusan rumah dijilat api pada malam kebakaran itu. Ya, Allah besar betul ujian mu kepada mereka. Perkara ini seakan dejavu kerana perkara yang sama turut berlaku pada tahun 1999 dan ditempat yang sama. Mrd tidak dapat menggambarkan bagaimana perasaan Mrd ketika kebakaran pada tahun 1999 itu. Sewaktu itu, rumah Mrd juga hampir terbakar tetapi alhamdulillah rumah Mrd dipisahkan dengan sebatang sungai dan api tidak merebak ke bahagian rumah Mrd. Hati ini gundah ketika melihat api yang kian marak memusnahkan banyak rumah dan banyak benda yang terlintas dibenak fikirin Mrd ketika itu. Umur Mrd ketika itu, 6 tahun. Kami sekeluarga bertungkus lumus menyelematkan barang-barang yang perlu ketika itu. Alhamdulillah, lepas waktu subuh api mula reda dan tidak lagi merebak ke tempat lain. Api senang merebak kerana Mrd tinggal di rumah setinggan dan rumah-rumah di kampung Mrd sangat rapat. Itulah punca utama api sukar untuk dikawal dan banyak rumah yang musnah terbakar.

Selepas itu, Mrd terfikir di manakah kawan-kawan Mrd tinggal selepas itu. Kerana banyak rumah kawan-kawan Mrd ketika itu telah terbakar. Apabila mendengar berita kebakaran ini pada 2016, terimbau kembali peristiwa itu. Sangat sayu melihat rumah-rumah yang telah terbakar. Semoga semua mangsa tabah menghadapi ujian ini daripada Allah S.W.T. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.



Rumah-rumah yang telah terbakar
*Kepada rakan-rakan yang hendak menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran boleh menderma melalui maklumat di bawah





No comments:

Post a Comment