Halaman

Wednesday, April 13, 2016

KEBAKARAN DI KAMPUNG TITINGAN & KG BATU 2 APAS

KEJADIAN 1999 BERULANG KEMBALI - KEBAKARAN


As salam, semalam berita yang sangat menyedihkan bila kebanyakkan rumah di kampung halaman saya iaitu Kampung Titingan Tawau dan Kg Batu 2 Apas telah terbakar (2 kampung yang berdekatan) Tetapi syukur kerana rumah saya tidak terbakar, malangnya ramai rumah kawna-kawan saya yang telah terbakar. Kejadian ini mengingatkan saya dengan kebakaran pada tahun 1999 di tempat yang sama. Ketika itu, saya berumur 6 tahun, dan kami sangat bernasib baik kerana kawasan rumah kami dipisahkan oleh sebatang sungai dan itu antara sebab api tidak merebak ke kawasan rumah kami. Setelah kejaian itu, ramai yang telah membina rumah mereka kembali di tapak yang sama, tetapi malangnya dengan terjadinya peristiwa semalam, seakan mimpi ngeri buat penduduk di sana. Saya sangat bersimpati dengan mereka. Saya tahu penduduk kampung saya itu bukanlah orang senang dan saya juga bukanlah orang yang senang, Mudah-mudahan bantuan segera dihulurkan kepada semua mangsa.

Rumah-rumah yang telah terbakar (from Fb Hishammuddin Hussein)
                               
Antara rumah yang musnah terbakar (from Fb Page Tawau)

Antara rumah kawan saya yang terbakar

Antara rumah yang musnah terbakar (from Fb Page Tawau)
                               

Antara rumah yang musnah terbakar (from Fb Page Tawau)
                                




*Ini adalah berita yang dipetik daripada laman web myMetro Online oleh Norasikin Daineh

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, api dipercayai bermula dari salah sebuah rumah sebelum merebak ke tempat lain sehingga memusnahkan lebih banyak rumah di kawasan berkenaan.
Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau, Ismaidi Ismail berkata, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 1.33 pagi dan seramai 34 anggota termasuk bantuan dari Balai Bomba Kunak hadir memadamkan kebakaran.
€ŽOperasi memadam kebakaran segera dilakukan namun pihak bomba mengalami kesukaran kerana keadaan laluan yang sempit dan tekanan air yang rendah.
"Selain itu pihak bomba terpaksa menggunakan sumber air terbuka dari sungai berhampiran dan tangki air Majlis Perbandaran Tawau (MPT) untuk memadamkan kebakaran terbabit," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Menurut Ismaidi, api berjaya dikawal pada jam 5.39 pagi namun operasi memadam bara api masih dilakukan sehingga kini.

Kepada yang hendak menderma bolehlah disalurkan ke Tabung Kebajikan Mangsa Kebakaran Kg Batu 2 Apas, Tawau Sabh.

                         


No comments:

Post a Comment