Halaman

Friday, April 8, 2016

Kehidupan Sebagai Seorang Pelajar Sarjana (Master)- UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)

PERMULAAN HIDUP SEBAGAI PELAJAR MASTER DI UNIMAS


As salam, lama juga dah tak  update blog saga ni. Alhamdulillah tahun lepas saya dah konvo pada bulan November. Sekarang ni tengah sambung master. Tak tau lah sama ada pilihan aku nak sambung master adalah pilihan yang tepat atau tidak. Kadang-kadang rasa cemburu bila tengok kawan-kawan yang lain dah mula bekerjaya dan menyara keluarga masing-masing. Aku pula sekarang ni tiap bulan keluarga aku kena bank in duit kat aku. Kadang rasa malu nak minta dengan keluarga. Sebab sekarang ni, aku sepatutnya bekerja untuk membantu keluarga ku. Tapi takpalah mungkin semuanya ni ada hikmahnya. Yang penting aku kena buat master ni betul-betul supaya konvo on time. Kalau konvo tak on time, banyak lagi duit perlu dikeluarkan.

Anyway, aku dulu belajar degree dulu Resource Biotechnology (WS47) di UNIMAS dan sekarang ni pun sambung master di UNIMAS. Tapi kali ni aku sambung master tajuk engineering. Tajuk pasal 3D printer.

OK nanti sambung lagi..... :)


No comments:

Post a Comment