Pada perlawanan pertama Datuk Lee Chong Wei menentang Penty T dan Chong Wei berjaya memberikan mata pertama kepada Malaysia selepas menang dalam 2 set, 21-15 & 21-11. Pemain beregu pertama Malaysia, Goh V Shem & Tan Wee Kiong berjaya memberikan mata kedua setelah menang 2 set juga tehadap Ellis M & Langridge C, 21-12 & 21-17. Perseorangan kedua negara, Chong Wei Feng menetang Sam P. Wei Feng berjaya memenangi set pertama dengan 21-10. Pada set kedua Wei Feng menang 21-10 sekali gus memberikan mata ketiga buat Malaysia.
Dua perlawanan lagi akan berlangsung iaitu beregu kedua dan perseorangan ketiga. Beregu kedua negara Koo Kien Kiet & Tan Boon Heong sedang menentang Briggs P & Wolfenden T. Beregu negara kalah di set pertama 18-21. Di set kedua Kien Kiet dan Boon Heong bangkit dan menang 21-13. Perlawanan berlanjutan ke rubber set dan pada satu ketika kedudukan mata terikat 15-15. Namun, beregu England berjaya memenangi rubber set 17-21 dan memberikan kemenangan pertama buat England.
Goh S. H. perseorangan ketiga negara berjaya menewaskan Lane A dalam perlawanan yang berlanjutan sehingga rubber set. Goh S. H menang set pertama dengan mata 21-15 tetapi kalah dalam pertarungan sengit set kedua dengan 19-21. Namun beliau bangkit semula untuk memberikan kemenangan keempat buat Malaysia setelah menang 21-13.
Malaysia mempunyai 2 lagi baki perlawanan yang akan menentang Korea dan Jerman. Pasukan Malaysia akan menentang Jerman pada hari kedua iaitu 16 Mei 2016 dan perlawanan akan bermula 1.30 pm. Kemudian, perlawanan terakhir peringkat kumpulan Malaysia akan menentang Korea pada 17 Mei 2016 dan perlawanan bermula 1.30 pm. Untuk jadual Piala Thomas & Uber 2016 yang lebih lanjut disini.
KEPUTUSAN KESELURUHAN (MALAYSIA vs ENGLAND) DAY 1
4 vs 1
No comments:
Post a Comment