Final Perseorangan Lelaki Badminton Asia Championships 2016, Wuhan China
Sekalung tahniah kepada jaguh badminton negara kita, Datuk Lee Chong Wei kerana memenangi Perseorangan Lelaki Badminton Asia Championships 2016 di Wuhan, China. Ini adalah kemenangan kedua beliau selepas memenanginya pada 10 tahun lepas di Badminton Asia Championships 2006, Johor Bahru, Malaysia. Pada ketika itu beliau menentang Boonsak Ponsana pemain daripada Thailand. Beliau menang dalam 2 set (21-12 & 21-16).
Set kedua pula, pada satu ketika Chong Wei ketinggalan 8-3 dan cuba untuk meyamakan kedudukan namun Chen Long terus mengorak langkah dan akhirnya memenangi set kedua dengan mata 15-21. Ketika rubber set Lee Chong Wei berjaya mengawal permainan dengan meninggalkan Chen Long 7 mata iaitu 18-11. Akhirnya, Chong Wei berjaya menundukkan Chen Long di lamannya sendiri Wuhan, China dengan 21-13. Chong Wei mengutip mata terakhir selepas tolakan kebelakang Chen Long keluar. Datuk Lee Chong Wei meraih USD15000 (lebih kurang RM 58 761).
Pada peringkat separuh akhir, Chong Wei berjaya mengalahkan seteru utamanya iaitu Lin Dan dengan perlawanan yang diheret sehingga rubber set. Chong Wei menang dengan mata 22-20, 15-21 & 21-4.
No comments:
Post a Comment