Halaman

Friday, May 13, 2016

SOALAN - SOALAN LAZIM BIASISWA MYBRAIN15

SOALAN-SOALAN LAZIM 


1. Apakah program pembiayaan yang dilaksanakan di bawah Program MyBrain15? 
Program MyBrain15 terdiri daripada MyMaster dan MyPhD.

2. Siapakah yang layak memohon MyMaster dan MyPhD? 

Pemohon mestilah;

  1. Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap; 
  2. Kakitangan swasta; 
  3. Pensyarah IPTS & 
  4. Kakitangan kerajaan/badan berkanun/Universiti Awam (kontrak/sambilan/sementara) 


3. Adakah penjawat awam/badan berkanun/IPTA (berstatus tetap) layak memohon MyMaster dan MyPhD?
Maaf, pada masa ini penjawat awam/badan berkanun/IPTA adalah tidak layak memohon dua program ini.

4. Apakah syarat kelayakan akademik pemohon MyMaster? 

Pemohon mestilah memiliki:


  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 3.00 - 4.00 atau setara; atau 
  2. Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun dan mendapat Sijil Perakuan Accreditation of Prior Experiantial Learning (APEL) bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana (tahap 7, Kerangka Kelayakan Malaysia) dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); 


5. Berapakah had umur yang layak menerima pembiayaan MyPhd? 
Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari 2016.

6. Berapakah had umur yang layak menerima pembiayaan MyMaster? 
Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2016.

7. Apakah syarat kelayakan akademik pemohon MyPhD? 
Pemohon mestilah memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 3.00 - 4.00 atau setara;


Soalan-soalan yang selanjutnya di Laman Web MyBrain15

*Sumber daripada Laman Web MyBrain15 

No comments:

Post a Comment