Halaman

Wednesday, July 27, 2016

LEE CHONG WEI & LIN DAN TIDAK AKAN BERTEMU DI FINAL OLIMPIK RIO 2016



Musuh ketat DatoLee Chong Wei iaitu dan Lin Dan dari China tidak akan bertemu di final Olimpik untuk kali ketiga berturut-turut selepas diletakkan in same half of draw.

Berita yang ditunggu-tunggu oleh peminat badminton dunia telah tiba pada hari Selasa (26 Julai) apabila undian Sukan Olimpik Rio 2016 bagi sukan badminton telah diadakan. Musuh tradisi dan finalis dalam dua peringkat akhir Olimpik, Lee Chong Wei dan Lin Dan tidak akan bertemu di peringkat akhir Olimpik buat kali ketiga berturut-turut. Lee Chong Wei pemenang pingat perak Olimpik edisi Beijing 2008 dan London 2012 yang juga menjadi pemain pilihan pertama bagi edisi Olimpik di Rio ini telah diundi in same half of draw bersama Lin Dan pemain pilihan ketiga Olimpik Rio. Mereka berdua hanya berpotensi bertemu di pertarungan separuh akhir. Pemain Chinese Taipei, Chou Tien Chen, Hu Yun dari Hong Kong China, Kidambi Srikanth dari India dan Jan O Jorgensen dari Denmark juga in same half draw dengan Chong Wei dan Lin Dan.

Separuh lagi cabutan menampilkan pemain pilihan yang lain seperti Viktor Axelsen, dari Denmark, bersama juara dunia dan pilihan kedua, Cheng Long dari China, Marc Zwiebler dari Jerman, pemain Hong Kong China, Ng Ka Long dan Son Wan Ho Republik of Korea.

Apa-apa pun kita berdoa yang terbaik untuk semua pemain badminton Malaysia yang bakal beraksi di Olimpik Rio 2016. Semoga ada lebih kilauan pingat daripada gelanggang badminton pada edisi Olipik Rio 2016 ini.

*Sumber PATRICK MARCHÉ - Laman web rasmi Olimpik Rio 2016 

No comments:

Post a Comment