Lee Chong Wei akan bertemu dengan pemain pilihan no.2 iaitu Chen Long daripada China. Chen Long mara ke Final selepas memenangi perlawanan semi final menentang Viktor Axelsen daripada Denmark 21-14 & 21-15. Manakala Chong Wei yang turun ke semi final menentang seteru utamanya Lin Dan. Chong Wei menang dengan rubber game 14-21, 21-11 dan 22-20. Perlawanan yang sangat-sangat mendebarkan apabila di rubber game Chong Wei mendahului 20-17, namun Lin Dan berjaya menyamakan kedudukan 20-20. Chong Wei dengan dengan kekentalan mentalnya akhirnya berjaya memenangi perlawanan sengit itu dengan 22-20. Tahniah di ucapkan. Siapakah yang bakal bergelar juara Badminton Olimpik Rio 2016 - Perseorangan Lelaki ? Sama-sama kita nantikan.
* Berikan pendapat anda tentang keputusan semi final ini dan perlawanan final yang akan berlangsung nanti. Sekian Terima kasih.
No comments:
Post a Comment