Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya meraih emas kedua melalui acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran). Yang membanggakan lagi beliau berjaya mencipta rekod baru dunia dengan lontaran sejauh 16.84 meter. Beliau memadamkan rekod dunia yang dicatatkan oleh Todd Hodgetts dari Australia (16.29 m) di Sukan Paralimpik London 2012. Dalam acara lontar peluru ini, pemenang pingat perak adalah atlet daripada Greece dengan lontaran 16.17m dan Todd Hodgetts meraih pingat gangsa (15.82 m).
No comments:
Post a Comment