Ramai yang tertanya-tanya apakah itu Wang Tak Dituntut (WTD). Berikut merupakan definisi/maksud Wang Tak Dituntut:
- Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.
Contoh dibawah kategori ini ialah:- gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
- dividen;
- keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
- tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
- draf bank, cashier's order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
- simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
- cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
- Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
- Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.
Contoh dibawah kategori ini ialah:- akaun simpanan;
- akaun semasa;
- Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
- Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.
- akaun pemiutang dagangan
- akaun penghutang dagangan berbaki kredit
Cara semak dan tuntut Wang Tak Dituntut (WTD) klik DI SINI
*Sumber Laman Web Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
No comments:
Post a Comment