Halaman

Saturday, July 8, 2017

Sambal Ikan Bilis & Kacang Mudah dan Sedap


Assalamualaikum semua. Rasanya tidak terlambat lagi kalau Mrd nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zabir Dan Batin kepada pengunjung-pengunjung blog Mrd. Hari selasa yang lepas Mrd dah kembali ke Universiti untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Sebelum nak balik ke Sarawak ni, Mrd terfikir nak buat makanan yang boleh Mrd bawa dan tahan lama. Mrd pun teringat resepi Sambal Ikan Bilis Mak Mrd. Mrd pun buatlah Sambal Ikan Bilis & Kacang. Resepi ni adalah olahan daripada resepi Nak Mrd. Resepi yang ni lagi ringkas dan mudah. Jadi harini Mrd akan berkongsi resepi ni untuk anda semua.

Bahan A
  1. Ikan bilis 500 g
  2. Kacang 200 g

Bahan B (Kisar)
  1. Bawang merah 5-6 ulas
  2. Bawang Putih 5-6 ulas
  3. Halia - 2@3 inci
  4. Bawang besar 1 biji
  5. Cili boh 250ml
  6. Cili merah besar 3 biji
  7. Belacan 3 cm

Bahan C
  1. Gula 3-4 sudu (secukupnya)
  2. Garam 1 sudu (secukupnya)
  3. Maggi Cukup Rasa 3 sudu kecil (secukupnya)
  4. Minyak masak (secukupnya)

Cara-cara memasak Sambal Ikan Bilis & Kacang
  1. Panaskan minyak. Goreng Ikan Bilis Dan Kacang terlebih dahulu. Pastikan goreng ikan bilis sehingga betul-betul garing.  Setelah selasai menggoreng kedua-duanya, ketepikan.
  2. Kemudian, panaskan minyak untuk menumis bahan-bahan B yang telah dikisar (kisar bahan-bahan ini sekali dengan cili boh, jadi anda tidak perlu menambahkan air semasa mengisar bahan B). Tunis sehingga naik bau.
  3. Setelah baik bau masukkan gula, garam dan maggi cukup rasa secukupnya. Kacau hingga sebati. 
  4. Masak sambal ini sehingga benar-benar pecah minyak. Setelah sambal sudah pecah minyak, masukkan kacang dan ikan bilis tadi. Gaul hingga sebati.
  5. Masak Sambal Ikan Bilis ini lebih kurang dalam 20 minit sambil di gaul hingga sebati.
  6. Setelah itu, matikan api dan sambal ikan bilis dan kacang sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba. 

Jangan lupa sokong dan Subscribe YouTube Channel Mrd's Kitchen. Sokongan anda amatlah saya hargai.













No comments:

Post a Comment