Halaman

Thursday, July 25, 2019

Resepi Filet Ayam Goreng Rangup



Assalamualaikum semua pengunjung blog saya. Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Harini saya nak kongsikan satu resepi iaitu Filet Ayam Goreng Rangup. Sebelum ni saya selalu tengok dekat restoren-restoran mereka sajikan filet ayam goreng ni untuk Chicken Chop. Saya memang suka makan Chicken Chop terutamanya yang deep fried. Selalunya dekat restoran, mereka akan buat dua jenis filet ayam goreng untuk chicken chop ni. Yang pertama mereka akan salutkan ayam menggunakan tepung dan yang kedua salutkan dengan breadcrumbs. Kalau Chicken Chop saya lebih prefer filet ayam goreng yang disalutkan breadcrumbs. Disebabkan saya lebih prefer filet ayam goreng disalutkan breadcrumbs, jadi saya nak cuba buat sendiri. Memandangkan haritu saya betul-betul teringin nak makan filet ayam goreng ni. Jadi, saya akan kongsikan bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara membuatnya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. Dada ayam - 1 saiz sederhana
  2. Telur - 2 biji
  3. Breadcrumbs - 1 packet
  4. Maggi cukup rasa/garam - Secukupnya
  5. Bawang putih - 6 ulas
  6. Serbuk lada hitam - secukupnya
  7. Sos tiram - 4 sudu
  8. Minyak masak untuk menggoreng.



Cara-cara memasak:
  1. Pertama sekali, hiris/filet isi dada ayam kepada beberapa filet ayam. 
  2. Lumur filet ayam tersebut dengan bawang putih yang telah ditumbuk, sos tiram dan serbuk lada hitam. Perap dalam 10 - 15 minit.
  3. Kemudian, masukkan breadcrumbs ke dalam pinggan dan campurkan sedikit maggi cukup rasa/garam (untuk bahan salutan filet ayam goreng).
  4. Sebelum meneruskan proses yang seterusnya, sila panaskan minyak untuk menggoreng.
  5. Kemudian, salutkan filet ayam yang diperap tadi dengan telur yang telah dikacau rata. 
  6. Setelah itu, salutkan pula ayam tadi dengan breadcrumbs.
  7. Goreng filet ayam tadi sehingga bertukar warna seperti gambar di bawah.
  8. Ulang proses salutan dan menggoreng tadi sehingga semua filet ayam habis.




Anda boleh hidangkan filet ayam goreng ni bersama dengan kentang goreng dan sos black pepper. Selamat mencuba semuanya.


No comments:

Post a Comment