Berikutan perutusan khas YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 berkenaan
pembentangan semula Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, peruntukan sebanyak RM60 juta
daripada Kerajaan serta RM60 juta lagi daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial
(PERKESO) telah disediakan bagi tujuan pelaksanaan Program Pengekalan Pekerjaan
(Employment Retention Program - ERP).
ERP menyediakan bantuan kewangan sementara sebanyak RM600 sebulan pada kadar rata untuk tempoh maksimum 6 bulan kepada mana-mana pekerja dan majikan yang memenuhi syarat kelayakan berikut :-
1. Pekerja yang diberi notis cuti sementara tanpa gaji (unpaid leave) oleh majikan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2020;
2. Pekerja sektor swasta yang berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO;
3. Terhad kepada pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah;
4. Majikan membuat permohonan bagi pihak pekerja; dan
5. Majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus kepada akaun pekerja.
ERP ini bertujuan untuk membantu majikan yang terjejas akibat Covid-19 yang terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos operasi dengan pendekatan mengeluarkan notis cuti tanpa gaji kepada pekerja mereka.
Cara memohon:
Permohonan perlu dikemukakan oleh majikan bagi pihak pekerja mereka melalui Borang Permohonan ERPC-19 bermula 20 Mac 2020. Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui email: erpc19@perkeso.gov.my.
Kaedah Pembayaran:
Bayaran ERP akan dikreditkan kepada akaun majikan dan majikan bertanggungjawab untuk mengkreditkan terus ke dalam akaun pekerja dalam tempoh 7 hari selepas menerima bayaran daripada PERKESO.
Sumber - Laman Web PERKESO.
Maklumat terkini tentang kes kematian pesakit COVID-19 yang ke-3 di Malaysia.
Maklumat terkini tentang kes kematian pesakit COVID-19 yang ke-3 di Malaysia.
No comments:
Post a Comment