Halaman

Monday, March 16, 2020

COVID-19 Kerajaan Beri Bantuan RM600 Sebulan kepada Pekerja Terpaksa Ambil Cuti Tanpa Gaji


Perdana Menteri mengumumkan akan memberikan bantuan kewangan kepada para pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji. Bantuan yang bakal di terima adalah sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan. Bantuan ini diberikan susulan penularan wabak Corona Virus (COVID-19). Untuk berita penuh, lanjut baca Berita Harian Online di bawah (Sumber Berita Harian Online) 


PUTRAJAYA: Bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan akan diberikan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, susulan penularan wabak COVID-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri berkata mereka yang layak menerima bantuan itu adalah pekerja yang diberi notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020.


“(Bantuan itu juga) Layak untuk pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan. Langkah ini membabitkan peruntukan RM120 juta. Seramai 33,000 pekerja disasarkan menerima faedah tersebut,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini. – BERNAMA

Antara Syarat Kelayakan Bagi Bantuan RM600 Sebulan kepada Pekerja yang Terpaksa Ambil Cuti Tanpa boleh lihat di link ini

No comments:

Post a Comment