Halaman

Wednesday, May 20, 2020

PDRM dan ATM Akan Membuat Pemeriksaan Dari Rumah ke Rumah Ketika Sambutan Hari Raya Aidilfitri




Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri 
Kanan (Kluster Keselamatan) telah mengumumkan bahawa PDRM dan ATM akan dikerahkan untuk membuat rondaan dan Pemeriksaan Dari Rumah ke Rumah semasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Beliau menyatakan bahawa pihak PDRM dan ATM akan membuat Pemeriksaan di kediaman yang didapati terdapat banyak jumlah kenderaan di luar sesebuah kediaman. 

Oleh itu orang ramai disarankan supaya mematuhi SOP ketika memyambuat perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Mariah sama-sama kita membendung wabak COVID-19 agar wabak ini akan dapat dibendung secepat mungkin. 



Berikut merupakan berita penuh (sumber) Berita Online Awani berkaitan hal ini. 

PUTRAJAYA: : Polis Diraja Malaysia (PDRM) 

dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat rondaan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jika didapati terdapat jumlah kenderaan yang banyak di luar sesebuah kediaman, pihak berkuasa akan membuat semakan di kediaman berkenaan.


“Apabila balik kampung, ramai yang menganggap pihak polis tidak akan mengawal rumah mereka.


“Betul, tidak mungkin untuk polis mengawal setiap rumah.


“Saya dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bahawa pihak polis akan meronda di setiap kawasan dan jika didapati banyak kenderaan di luar rumah, mereka akan menyemak kediaman tersebut,” katanya pada sidang media di Putrajaya pada Selasa.



Katanya, ia bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi pada hari perayaan.


Tegasnya, PDRM dan ATM telah bersetuju untuk mengerahkan anggotanya pada hari pertama perayaan dan hari-hari seterusnya bagi memastikan SOP terus dipatuhi.


“Justeru, semua pihak diingatkan mengikuti SOP dan peraturan yang telah ditetapkan.


“Kerjasama dan kawalan kendiri daripada anda semua amat penting dalam memerangi pandemik COVID-19 ini,” katanya.


Terdahulu, katanya, setakat 18 Mei, sejumlah 250,891 kenderaan telah diperiksa di sekatan jalan raya, dimana sebanyak 1,633 kenderaan cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung.


Beliau menegaskan bahawa pergerakan merentas negeri adalah tidak dibenarkan kecuali atas hal kecemasan atau kerja, dan kebenaran rentas negeri perlu dikeluarkan PDRM.

No comments:

Post a Comment