Halaman

Sunday, May 10, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Dilanjutkan Sehingga 9 Jun 2020




Pada hari ini Perdana Menteri mengumumkan bahawa PKPB yang tamat pada 12 Mei ini akan dilanjtkan sehingga 9 Jun 2020 iaitu tambahan 4 minggu lagi. Keputusan ini dibuat setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara. Ini bermakna semua peraturan dan SOP yang dilaksanakan sepanjang PKPB pada masa ini akan kekal sehingga 9 Jun 2020. 



Sebarang perubahan mengenai peraturan, SOP, atau senarai sektor yang dibernarkan beroperasi akan dimaklumakan dari masa ke masa. Dalam tempoh ini terdapat perayaan utama yang lazimnya melibatkan pergerakan orang ramai seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan Pesta Keamatan. Larangan pergerakan rentas negeri masih berkuat kuasa dalam tempoh PKPB ini.  Perdana Meteri berkata, demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua, perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk berhari raya tidak dibenarkan.

Ziarah menziarahi pada hari perayaan dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan kelurga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa. Beliau menyarankan rakyat Malaysia supaya tidak membuat jamuan bersar-besaran atau rumah terbuka. Namun, kita semua perlu menjaga kebersihan diri dan rumah. 

Beliau juga berkata bagi suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja akan diberikan kelonggaran melakukan perjalanan merentas sempadan negeri bagi tujuan berjumpa dengan keluarga. Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia ataupun hadir ke balai polis berdekatan.

Semoga kita semua rakyat Malaysia sentiasa mematuhi segala arahan dan SOP sepanjang PKPB ini demi membendung wabak COVID-19 ini. Selagi vaksin belum dapat dihasilkan selagi itu kita kena menjaga kebersihan diri dan rumah, melakukan penjarakan sosial dan tidak melakukan perhimpunan dan yang sama maksud denganya. 

No comments:

Post a Comment