Kejohanan Badminton Yonex Swiss Open 2021 telah berlangsung bermula 2 Mac dan akan melabuhkan tirainya pada 7 Mac 2021. Bagi acara beregu lelaki, pasukan Malaysia mempunyai 3 beregu yang telah layak ke suku akhir Yonex Swiss Open 2021. Beregu tersebut ialah Aaron Chia - Soh Wooi Yik, LOW Hang Yee - NG Eng Cheong dan beregu profesional negara Ong Yew Sin - Teo Ee Yi.
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik akan menentang beregu daripada Indonesia Leo Rolly Carnando dan Daniel Marthin. Beregu Indonesia sedang meningkat naik itu layak ke suku akhir setelah menumpaskan beregu daripada England yang juga merupakan beregu pilihan kelapan kejohanan, Ben Lane dan Sean Vendy dalam 2 set, 21-19 dan 21-15. Manakala, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik layak ke suku akhir akhir setelah beregu daripada Denmark, Jeppe BAY dan Lasse MØLHEDE menarik diri.
Low Hang Yee dan Ng Eng Cheong pula melayakkan diri setelah menumpaskan beregu pilihan keempat kejohanan daripada Englasn Marcus Ellis dan Chris Langridge dalam 3 set, 10-21, 21-15 dan 21-15. Manakala, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi menumpas Joel Eipe dan Rasmus Kjaer beregu daripada Denmark, 21-18 dan 21-13.
Live Streaming Keputusan Quarter-final Yonex Swiss Open 2021.
Results/Keputusan Quarter-finals Yonex Swiss Open 2021
No comments:
Post a Comment