Halaman

Friday, July 30, 2021

Live Streaming Keputusan Semi Final Aaron Chia Soh Wooi Yik (MAS) vs Li Jun Hui Liu Yu Chen (CHN) Badminton Olimpik Tokyo 2020

 

Raw photos credit to the owner

Pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 kali ini yang diadakan pada tahun 2021, wakil beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik telah diundi dalam Kumpulan D. Beregu yang telah diundi dalam Kumpulan D adalah Mohammad Ahsan & Hendra Setiawan daripada Indonesia, Choi Sol Gyu & Seo Seung Jae beregu daripada Korea dan beregu daripada Kanada Jason Anthony Ho-Shue & Nyl Yakura.

Rekod pertemuan di antara Aaron Chia - Soh Wooi Yik dan beregu Korea Choi Sol Gyu - Seo Seong Jae adalah 2-2. Perlawanan terakhir di antara dua beregu ini telah dimenangi oleh Aaron Chia - Soh Wooi Yik ketika saingan Group B R1 HSBC BWF World Tour Finals 2020 dalam 2 set 21-14 dan 21-19.

Manakala, rekod pertemuan di antara Aaron Chia - Soh Wooi Yik dan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan - Hendra Setiawan mendahului dengan rekod 1-6. Beregu Malaysia hanya menang sekali daripada 7 perlawanan. Perlawanan terakhir kedua-dua beregu ini telah menangi oleh Mohammad Ahsan - Hendra Setiawan ketika saingan Group B R1 HSBC BWF World Tour Finals 2020 18-21, 21-17 dan 21-11. Aaron Chia - Soh Wooi Yik dan beregu daripada Kanada Jason Anthony Ho-Shue & Nyl Yakura tidak pernah bertemu sebelum ini.

Juara kumpulan dan tempat kedua dalam setiap kumpulan akan mara ke peringkat seterusnya iaitu peringkat suku akhir. Acara badminton Sukan Olimpik 2020 akan berlangsung pada 24 Julai 2021 sehingga 2 Ogos 2021.

Jadual dan Keputusan Aaron Chia Soh Wooi Yik Kumpulan D Badminton Sukan Olimpik Tokyo 2020

Tarikh

Pemain

Keputusan

 

24 Julai 2021

5.00 PM

Set 1

Set 2

Set 3

Aaron Chia

Soh Wooi Yik

2421

Choi Sol Gyu

Seo Seong Jae

2215

 

 

26 Julai  2021

6.20 PM

Set 1

Set 2

Set 3

Aaron Chia

Soh Wooi Yik

1619

Mohammad Ahsan

Hendra Setiawan

21

 21 

 

 

27 Julai  2021

7.00 PM

Set 1

Set 2

Set 3

Aaron Chia

Soh Wooi Yik

2121

Jason Anthony Ho-Shue

Nyl Yakura

15

13 

 


Beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik telah mengesahkan tempat di peringkat suku akhir setelah berjaya memperolehi kemenangan kedua dalam peringkat Kumpulan D. Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya menewaskan beregu daripada Kanada iaitu Jason Anthony Ho-Shue Nyl Yakura dengan pungutan mata 21-15 dan 21-13. Pusingan suku akhir bagi beregu lelaki badminton Sukan Olimpik Tokyo 2020, beregu negara bakal menentang beregu nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo. Semoga beregu negara dapat mempersembahkan aksi yang terbaik mereka pada peringkat suku akhir 29 Julai 2021 ini.

Quarter-final Suku Akhir Aaron Chia - Soh Wooi Yik (Malaysia) vs Marcus Fernaldi Gideon - Kevin Sanjaya Sukamuljo (Indonesia) Badminton Sukan Olimpik Tokyo 2020

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan beregu nombor satu dunia daripada Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo dengan 2 set, 21-14 dan 21-17. Kalau dilihat rekod pertemuan kedua-kedua beregu sebelum ini memihak kepada beregu Indonesia dengan 7-0. Aaron Chia dan Soh Wooi Yik sebelum ini belum pernah menang dalam perlawanan sebelum ini. Tahniah kepada beregu lelaki negara ini kerana memberikan aksi mereka yang terbaik menentang Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo. Lawan yang bakal ditentang pada semifinals adalah  beregu China, LI Jun Hui - LIU Yu Chen setelah berjaya menewaskan beregu Denmark, Kim ASTRUP - Anders Skaarup RASMUSSEN di suku akhir.




29 Julai  2021

9.35 AM

Set 1

Set 2

Set 3

Aaron Chia

Soh Wooi Yik

2121

Marcus Fernaldi Gideon

Kevin Sanjaya Sukamuljo

14

17

 



Siaran Langsung Keputusan Semi final Aaron Chia -Soh Wooi Yik (Malaysia) vs Li  Jun Hui - Liu Yu Chen (China) Badminton Sukan Olimpik Tokyo 2020



30 Julai  2021

7.00 PM


Set 1

Set 2

Set 3

Aaron Chia

Soh Wooi Yik

2213

Li  Jun Hui

 Liu Yu Chen

2421

Live Streaming Siaran Langsung Aaron Chia -Soh Wooi Yik  vs Li  Jun Hui - Liu Yu Chen boleh ditonton di

Live Score

No comments:

Post a Comment