KOLEJ CEMPAKA UNIMAS
Assalamualaikum kepada semua pelajar yang telah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian ijazah di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Tahniah saya ucapankan. Pada penulisan saya hari ini, saya akan memberikan serba sedikit gambaran mengenai Kolej Cempaka. Mesti para pelajar berasa teruja untuk mengetahui bagaimana keadaan di Kolej Cempaka ini. Kolej Cempaka merupakan kolej yang berdekatan dengan Fakulti Perubatan Unimas dan boleh dikatakan antara kolej yang paling cantik kerana rekaan rumah yang adik-adik bakal huni adalah seakan-akan apartment..hehhehe.Untuk pengetahuan semua, sebuah rumah kolej kediaman Cempaka mempunyai 5 bilik, 2 tandas, 2 bilik mandi, 2 sinki ( untuk cuci muka :P ) 1 sinki besar untuk cuci pinggan dan etc..
BILIK KOLEJ CEMPAKA
2 BILIK DOUBLE - BILIK UNTUK PELAJAR BARU
1 BILIK TRIPLE - BILIK UNTUK PELAJAR BARU
2 BILIK SINGLE - SELALUNYA SENIOR YANG AKAN DUDUK BILIK SINGLE
Kafe di Kolej Cempaka ada 2, satu kafe perempuan dan satu kafe lelaki. Yang lelaki pun boleh makan kat kafe perempuan dan sebaliknya.
Gelanggang sukan Kolej Cempaka:
* Sepak Takraw
* Futsal
* Bola Keranjang
* Bola Jaring
Kepada sesiapa yang nak pergi gym ada kat stadium ( kat gambar di bawah ). Tapi nak masuk kena jadi ahli, kalau saya tak silap bayarannya RM 20 untuk sepanjang pengajian pelajar.
Pemandangan Kolej Cempaka di waktu senja |
Katil untuk bilik double |
Inilah bilik untuk double ( ada penghadang ) privacy sikit : ) |
Pemandangan Kolej Cempaka |
Pemandangan Kolej Cempaka dikala adanya pelangi. |
Stadium yang sangat dekat dengan Kolej Cempaka ( Jalan dalam seminit dua minit dah sampai stadium ) |
Fakulti Perubatan yang beredekatan dengan Kolej Cempaka. ( Belum siap sepenuhnya ) |
Pemandangan tasik Unimas |
https://www.facebook.com/groups/KolejCempakaUNIMAS/
Ini link untuk blog Kolej Cempaka. Lebih banyak maklumat boleh diperolehi di blog ini.
http://mahasiswabarucempaka.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment