Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Sunday, April 24, 2016

Resepi Roti Celup Telur

Roti Celup Telur


Assalamualaikum semua. Harini Mrd nak berkongsi satu resepi roti ringkas kepada anda semua. Sangat senang saja resepi ni. Mrd suka makan roti celup telur ni time sarapan. 

Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. Roti - 6 keping
  2. Telur - 2 biji
  3. Mentega - Secukupnya
  4. Maggi Cukup Rasa



 Cara-cara:
  1. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam magkuk besar. Kemudian, tambahkan Maggi Cukup Rasa dan kacau hingga sebati.
  2. Kemudian, panaskan kuali rata dan letakkan sedikit mentega.
  3. Celupkan roti dengan telur yang telah dikacau tadi.
  4. Gorengkan roti yang telah dicelup tadi. Goreng kedua-dua belah.
  5. Kemudian, angkat dan goreng lagi roti yang seterusnya.
  6. Apabila siap menggoreng semuanya, boleh hidangkan bersama sosej goreng dan sos cili.

Selamat mencuba.





No comments:

Post a Comment

Penaja