Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Monday, April 25, 2016

SOALAN LAZIM PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SOALAN LAZIM PROGRAM MATRIKULASI (2016/2017)


SOALAN 1 Bagaimanakah cara memohon Program Matrikulasi KPM? 
Permohonan hanya boleh dibuat menggunakan PMI (permohonan melalui internet) dengan membuat bayaran di Bank Simpanan Nasional(BSN) sebanyak RM6.00 (tidak termasuk GST).

SOALAN 2 Bilakah PMI (permohonan melalui internet) mula dibuka dan tarikh tutup permohonan? 
PMI mula dibuka pada 1 Julai dan ditutup pada 30 November tahun pemohon menduduki SPM.

SOALAN 3 Apakah program yang ditawarkan? 
1. Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) - dua (2) semester. Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Aliran Teknikal bagi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera.
2. Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) - empat (4) semester. Jurusan Sains bagi pelajar Bumiputera sahaja.

SOALAN 4 Apakah bidang pengkhususan yang ditawarkan oleh Program Matrikulasi, KPM? 

1. Jurusan Sains
2. Jurusan Perakaunan
3. Aliran Teknikal

SOALAN 5 Bolehkah pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan dalam SPM memohon jurusan Perakaunan (M003)?
Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran wajib untuk memohon semua bidang pengkhususan Program Matrikulasi.

*Soalan lazim yang lain boleh diakses di sini 

Sumber daripada https://matrikulasi.moe.gov.my/matrikulasi_tawaran/

No comments:

Post a Comment

Penaja