Kunshan Sports Center Stadium Court 2
16 May 2016
1.30 PM
1.30 PM
5 vs 0
MS1
Chong Wei LEE vs Kai SCHAEFER
21-19 & 21-15
MD2
V Shem GOH/Wee Kiong TAN vs Richard DOMKE/Fabian HOLZER
21-12 & 21-11
21-12 & 21-11
MS2
Iskandar Zulkarnain ZAINUDDIN vs Lars SCHAENZLER
21-7 & 21-16
21-7 & 21-16
MD2
Kien Keat KOO/Boon Heong TAN vs Mark LAMSFUSS/Josche ZURWONNE
21-15 & 21-10
21-15 & 21-10
MS3
Wei Feng CHONG vs David PENG
21-9 & 21 & 18
Bagi perlawanan kedua peringkat kumpulan Malaysia menentang Jerman. Datuk Lee Chong Wei selaku perseorangan pertama telah menentang Kai Schaefer. Ketika set pertama Kai Schaefer mendahului 14-16. Namun Chong Wei bangkit untuk menyamakan kedudukan 16-16 dan pertarungan semakin sengit di set pertama apabila Kai Schaefer memberikan tentangan hebat dan menyamakan kedudukan 19-19. Namun, Chong Wei berjaya memenangi set pertama dengan mata 21-19. Ketika set kedua, Chong Wei mendahului 13-8 dan akhirnya menang dengan 21-15 sekaligus memberikan mata pertama buat Malaysia.
Beregu pertama Malaysia, Goh & Tan turun menentang Domke R & Holzer F. Set pertama Goh & Tan beraksi dengan baik dan menang 21-12 terhadap beregu Jerman tersebut. Set kedua, Goh & Tan turut memberikan persembahan yang menyakinkan dan menang mudah set kedua 21-11. Diharap Goh & Tan dapat berkasi dengan baik juga untuk perlawanan ketiga peringkat kumpulan yang akan menentang Korea. Prestasi semasa pemain beregu Korea amat baik dan meyakinkan terutamanya Lee Yong Dae & Yoo Yeon-Seong pemain no. 1 dunia pada ketika ini dan Kim Gi Jung & Kim Sa Rang no.4 dunia.
Pemain perseorangan kedua negara Iskandar Zulkarnain menentang Lars Schaenzler. Iskandar menunjukkan persembahan yang cemerlang dengan menang mudah 21-7. Pertahanan dan serangan yang ditujukkan oleh Iskandar diset pertama sangat baik. Di set kedua Iskandar pada satu ketika mendahului 8-2, namun Iskandar banyak melakukan kesilapan dan Lars Schaenzler mula bangkit dan hampir menyamakan kedudukan 14-13. Iskandar akhirnya memperbaiki persembahannya dan memenangi set kedua 21-16 dan sekali gus memberikan mata ketiga kepada Malaysia.
Koo Kien Kiet & Tan Boon Heong turun dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan sebagai beregu kedua Malaysia. Koo & Tan menentang Mark Lamsfuss & Josche Zurwonne, Koo & Tan menang 21-15 di set pertama manakala di set kedua mereka menang mudah 21-10 dan memberikan mata keempat buat Malaysia.
Perseorangan ketiga negara, Chong Wei Feng menentang David Peng. Set pertama Wei Feng menang mudah 21-9 namun di set kedua David Peng memberikan tentangan dengan mendahului 5-9. Chong Wei Feng terus bangkit dan berjaya memenangi set kedua 21-18 dan berjaya memberikan mata ke lima untuk Malaysia. Malaysia menang kelima-lima perlawanan menentang Jerman pusingan kedua peringkat kumpulan.

No comments:
Post a Comment