Kunshan: Malaysia akan menentang Denmark di separuh akhir apabila Denmark menang 3-2 ke atas Jepun juara edisi Piala Thomas New Delhi, India 2 tahun yang lepas. Malaysia layak ke separuh akhir setelah menang ke atas Taiwan 3-1. Di separuh akhir ini, Datuk Lee Chong Wei turun sebagai pemain perseorangan pertama negara. Lawan beliau di separuh akhir adalah Victor Axelsen pemain no. 4 dunia. Dalam pertarungan di separuh akhir, set pertama saingan amat sengit diberikan oleh Victor Axelsen. Di hujung perlawanan set pertama masing-masing terikat 21-21. Namun, set pertama berpihak kepada Chong. Di set kedua Chong Wei menang 21-18 sekaligus menyumbangkan mata pertama buat Malaysia.
Skuad beregu negara kali ini tidak melakukan sebarang rombakan pemain. Goh V Shem/ Tan Wee Kiong diturunkan sebagai beregu pertama negara. Goh/Tan akan menentang Mathias Boe/Mads Conrad-Petersen. Di set pertama Goh/ Tan mendahului 6 mata, 11-5 dan menang 21-18. Di set kedua, beregu negara mendahului 9-5. Kemudian, Goh/Tan mendahului 7 pungutan mata 17-10. Setelah mendahului 7 mata, beregu negara mendapat tentangan yang agak sengit dari beregu Denmark dan mereka merapatkan jurang mata 19-17. Namun, set kedua berpihak kepada beregu negara 21-18 dan menyumbangkan mata kedua buat negara.
Iskandar Zulkarnain Zainuddin turun sekali lagi sebagai pemain perseorangan kedua negara. Beliau bakal menentang pemain no.13 dunia Hans-Krist Vittinghus. Jika dilihat pada kedudukan ranking, sudah jelas akan memihak kepada pemain perseorangan Denmark ini kerana Iskandar sekadar menghuni ranking no.36 dunia. Namun, berdasarkan prestasi semasa Iskandar menunjukkan aksi yang agak meyakinkan apabila menewaskan pemain ranking lebih tinggi sewaktu di peringkat kumpulan dan suku akhir. Di set pertama separuh akhir ini, Iskandar tewas 18-21. Di set kedua Iskandar ketinggalan 5 mata dihadapan lawan 3-8. Iskandar cuba menyamakan kedudukan 18-20 namun set kedua berpihak kepada Hans-Krist Vittinghus 18-21 sekaligus memberikan mata pertama buat Denmark. Ketika ini kedudukan mata 2-1.
Koo Kien Keat & Tan Boon Heong menggalas tugas sebagai beregu kedua negara. Lawan mereka di perlawanan ini Kim Astrup/Anders Ska Rasmussen. Ketika set pertama, Koo & Tan mendahului kutipan mata 11-8. Koo/Tan menjarakkan lagi pungutan mata 18-9 sebelum menang 21-10. Namun set kedua, Koo dan Tan seakan-akan hilang rentak dan kalah mudah 8-21. Di rubber set pasangan beregu negara 8-16 dan akhirnya kalah 13-21.
Nasib Malaysia layak ke separuh akhir atau tidak bergantung kepada Chong Wei Feng perseorangan ketiga negara. Wei Feng akan turun menentang Emil Holst. Di set pertama Wei Feng kalah 15-21. Di set kedua, Wei Feng memberikan saingan sengit kepada Emil Holst dan mata sering bersilih ganti. Namun, set kedua memihak kepada Denmark sekaligus memungut 3 mata dan layak ke separuh akhir menentang Indonesia. Malangnya, skuad negara gagal untuk mengulangi pencapaian 4 tahun lepas layak ke pusingan akhir. Apa-apa pun keputusannya, sekalung tahniah diucapkan kepada barisan skuad negara Piala Thomas 2016. Diharap apa-apa kelemahan skuad negara pada Piala Thomas 2016 kali dapat diambil pengajaran dan dibaiki dari semasa ke semasa.
Apakah pendapatan anda tentang kekalahan Malaysia ke atas Denmark di separuh akhir Piala Thomas?
No comments:
Post a Comment