Pada jam 7.30 pagi 15 Ogos 2016 tadi waktu Malaysia, beregu campuran negara, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying turun dalam pertarungan peringkat suku akhir menentang beregu daripada Poland, Robert Mateusiak/Nadiezda Zieba. Di set pertama, Peng Soon dan Goh Liu menang 21-17. Manakala di set kedua, Peng Soon/Goh Liu Ying tampak lebih selesa selepas mendahului 11-5 sebelum menang mudah 21-10 ke atas beregu Poland itu.
Dengan keputusan ini, Peng Soon/Liu Ying mara ke separuh akhir beregu campuran badminton Olimpik Rio 2016. Lawan yang menanti mereka di separuh akhir sama ada beregu dari China, Xu Chen/Ma Jin atau beregu dari Korea, Ko Sung Hyun/Kim Ha Na. Tahniah untuk Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying kerana mara ke separuh akhir.
Keputusan Suku Akhir Badminton Olimpik Rio 2016 - Beregu Campuran (Mixed Doubles)
Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (MAS) vs Robert Mateusiak/Nadiezda Zieba (POL)
21-17 & 21-10
No comments:
Post a Comment