Penaja Utama Makmal Informasi
Nuffnang
Penaja
Tuesday, August 16, 2016
Goh V Shem & Tan Wee Kiong Selangkah Lagi Memburu Pingat Emas - Badminton Olimpik Rio 2016
Rio- Goh V Shem/Tan Wee Kiong beregu negara turun di semi final selepas menang ke atas beregu pilihan pertama, Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong daripada Korea. V Shem/Wee Kiong menentang beregu daripada negara Tembok Besar China, Chai Biao/Hong Wei di semi final. Di set pertama, V Shem/Wee Kiong tampak yakin dan bermain dengan baik. Pada satu ketika mereka mendahului 3 mata 9-6, dan kemudian beregu China menyamakan pungutan mata 18-18. Namun, V Shem/Wee Kiong memungut 3 mata berturut-turut untuk memenangi set pertama.
Di set kedua, permainan V Shem/Wee Kiong agak tidak menjadi apabila mereka kalah dengan mudah 12-21 sekaligus membawa perlawanan ke rubber game. Di rubber game, V Shem/Wee Kiong memperkemaskan permainan mereka dan pada satu ketika mereka mendahului 11-6. Beregu China mula merapatkan jurang mata 14-12. V Shem/Wee Kiong terus mengorak langkah mendahului 19-15 sebelum menang 21-17 ke atas beregu China, Chai Biao/Hong Wei.
Tahniah diucapkan kepada skuad badminton negara kerana memberikan persembahan yang baik di Olimpik Rio ini. Setakat ini ada 2 wakil Malaysia di Final Badminton Olimpik Rio 2016 iaitu Chan Peng Soon/Goh Liu Ying yang menang ke atas Xu Chen/Ma Jin (China) dan beregu lelaki Goh V Shem/Tan Wee Kiong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment