Halaman

Saturday, June 3, 2017

Resepi Sambal Kentang Sedap dan Mudah


Assalam hari ni Mrd nak kongsikan cara-cara membuat sambal kentang yang sedap dan mudah. Alhamdulillah dah masuk seminggu kita menunai ibadah puasa untuk tahun ni. Sekarang ni Mrd masih belajar di sebuah IPTA dan berjauhan dengan family, jadi sepanjang bulan Ramadhan ni Mrd kena fikirlah apa yang nak dimasak untuk berbuka. Kadang-kadang Mrd beli makanan dekat bazar, tapi memandangkan nak berjimat, jadi kita kena masak jugalah. Maklumlah ekonomi sekarang tengah tak berapa nak stabil. Nak dijadikan cerita tadi, untuk buka puasa tadi Mrd lambat nak masak untuk berbuka. Mrd start masak untuk berbuka 30 minit sebelum berbuka, so kenalah masak masakan yang ringkas saja. Mujur kawan Mrd dah masak nasi, so tinggal nak masak lauk saja lagi. Mrd pun terfikir nak buat Sambal Kentang. Ini pertama kali Mrd masak Sambal Kentang ni. Sebenarnya resepini Mrd selalu masak untuk Sambal telur atau ayam, tapi kali ni Mrd gantikan dengan kentang pula. Resepi ni untuk hidangan 2@3 orang.

Jadi bahan-bahan yang diperlukan ialah:
  1. Kentang - 3 biji
  2. Bawang merah - 3 ulas
  3. Bawang besar - 1 biji
  4. Cili boh - 7@8 sudu
  5. Maggi Cukup Rasa - 1 sudu
  6. Gula - 2 sudu
  7. Belacan - Sedikit sahaja 
  8. Minyak masak - Secukupnya
  9. Sedikit air

Cara-cara membuat Sambal Kentang

  1. Panasakan minyak dan goreng kentang yang telah dipotong-potong (mengikut kehendak anda).
  2. Goreng kentang sehingga berwarna keemasan. Kemudian, angkat kentang dan ketepikan.
  3. Kurangkan minyak di dalam kuali tadi, untuk menumis bawang merah dan bawang besar yang telah ditumbuk sehingga lumat. Tumis sehingga naik bau.
  4. Seterusnya, tambahkan cili boh dan gaul hingga rata.
  5. Masukkan belacan, gula dan Maggi cukup rasa dan gaul hingga sebati.
  6. Anda boleh tambahkan sedikit air untuk mengubah kepekatan kuah sambal (mengikut kehendak anda).
  7. Masak kuah sambal sehingga pecah minyak.
  8. Setelah kuah pecah minyak, masukkan kentang yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati.
  9. Matikan api, dan Sambal Kentang pun sedia untuk dihidang.
*Anda juga boleh tambahkan bawang putih ke dalam bahan tumisan. Memandangkan Mrd dah kehabisan bawang putih, jadi Mrd hanya gunakan bawang merah dan bawang besar sahaja. Bagi yang suka lagi pedas, boleh tambahkan cili padi yang dihiris-hiris atau ditumbuk lumat.

Selamat mencuba semuanya. 



No comments:

Post a Comment