Halaman

Friday, June 16, 2017

Sambal Tumis Ikan Sardin Sedap dan Ringkas


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah sekarang ni dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan. Semoga kita dapat meningkat amal ibadat kita pada 10 malam terkahir ini. Sekarang ni Mrd masih berada di Sarawak lagi, maklumlah tengah sambung belajar, lagi 4 hari Mrd akan balik ke Sabah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kalau ikutkan dah dekat setahun Mrd tak balik ke Sabah. Mrd tak sabar sangat-sangat nak balik raya tahun ni sebab rindu dengan Mak, adik-beradik dan anak-anak buah. Okay, harini sebenarnya Mrd nak kongsikan satu resepi ringkas iaitu Sambal Tumis Ikan Sardin. Memandangkan Mrd ni suka makan makanan yang agak pedas, jadi Mrd olah cara masak ikan sardin yang biasa. Untuk masak resepi ni, bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Bahan-bahan
  1. Sardin dalam tin - 1@2 tin
  2. Bawang merah - 2 ulas
  3. Bawang putih - 2 ulas
  4. Bawang besar - 1 biji
  5. Cili boh - 5@6 sudu
  6. Maggi Cukup Rasa - 2 sudu kecil (secukupnya)
  7. Gula - 1 sudu  (secukupnya)
  8. Sedikit minyak untuk menumis
  9. Sedikit air

Cara memasak Sambal Tumis Ikan Sardin
  1. Tumbuk sehingga lumat bawang merah, bawang putih dan separuh bawang besar.
  2. Panasakan minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk lumat tadi sehingga naik bau.
  3. Setelah itu, masukkan cili boh dan kacau hingga sebati.
  4. Kemudian, masukkan ikan sardin dan sedikit sahaja kuah sardin dan gaul hingga sebati, Kemudian, tambahkan gula, Maggi cukup Rasa dan gaul hingga sebati.
  5. Masukkan sedikit air untuk mengubah kepekatan kuah mengikut kehendak anda.
  6. Masak kuah sehingga pecah minyak.
  7. Seterusnya, masukkan lebihan bawang besar yang telah dipotong-potong dan gaul hingga sebati.
  8. Setelah bawang besar sedikit layu, angkat dan Sambal Tumis Ikan Sardin sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba. 



Jangan lupa Subscribe danskong YouTube Channel saya, Mrd's Kitchen. Sokongan anda amatlah saya hargai. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment