Baru-baru ini Perdana Menteri kita telah membentangkan Bajet 2018. Pasti ramai penjawat awam dan pesara kerajaan tersenyum lebar apabila mendengar Bajet 2018 dibentangkan. Melalui bajet yang dibentangkan penjawat awam bakal menerima bayaran khas RM1500. Manakala, pesara kerajaan bakal menerima RM750.
Berikut merupakan petikan berita daripada Berita Harian Online daripada Faris Fuad.
KUALA LUMPUR: Penjawat awam akan menerima bayaran khas berjumlah RM1,500, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib berkata, bayaran itu akan disalurkan dua kali, iaitu RM1,000 pada awal Januari depan, dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri..
"Manakala tidak pernah dilupakan, kepada pesara kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750, iaitu RM500 ringgit dibayar pada Januari 2018, dan RM250t lagi menjelang Aidilfitri," katanya.
No comments:
Post a Comment