Assalamualaikum semua pengunjung blog Mrd. Lama sudah rasanya Mrd tak post resepi di blog Mrd ni. Maklumlah sekarang tengah sibuk, maklumlah masih bergelar seorang pelajar jadi banyak kerja-kerja yang perlu disiapkan. Harini Mrd nak berkongsi satu resepi ayam goreng iaitu ayam goreng oat. Mrd ni sebenarnya penggemar ayam goreng, lagi lagi ayam goreng yang rangup dan pedas. Masak ayam goreng oat ni mungkin sama sahaja caranya cumanya, kita salutkan ayam dengan oat sebelum menggoreng.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Ayam - 1 kg (mana-mana bahagian pun boleh)
- Tepung gandum - 10 sudu
- Tepung jagung - 2 sudu
- Serbuk kari/cili - 2 sudu
- Serbuk lada hitam - 1 sudu kecil
- Maggi Cukup Rasa - 2 sudu kecil
- Air - secukupnya
- Oat - Secukupnya
- Minyak masak - Secukupnya
Cara-cara masak ayam goreng oat:
- Basuh ayam yang telah dipotong-potong mengikut kehendak masing-masing. Ketepikan terlebih dahulu.
- Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung, Maggi Cukup Rasa, serbuk kari/cili, serbuk lada hitam dan air ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati. Jangan masukkan terlalu banyak air, nanti bancuhan tepung terlalu cair.
- Setelah siap membuat bancuhan tepung ayam goreng, celupkan satu demi satu ayam ke dalam bancuhan tersebut dan salutkan dengan oat.
- Panasakan minyak untuk menggoreng, setelah minyak betul-betul panas, goreng ayam yang telah disalutkan oat sebentar tadi.
- Goreng ayam sehingga warna bertukar keemasan. Angkat ayam dan toskan minyaknya. Ayam goreng oat sedia untuk di hidang.
Selamat mencuba semua, kalau ada apa-apa pertanya bolehlah ajukan di ruang komen di bawah. Kepada yang telah mencuba resepi ni bolehlah kongsikan hasilnya dengan Mrd. :) Hehehhe
No comments:
Post a Comment