Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Friday, May 26, 2017

Resepi Ayam Masak Sos - Sedap dan Mudah


Assalamualaikum semua. Lama dah Mrd dah tak update resepi dekat blog ni. Sebelum ni Mrd ada kongsikan resepi Sosej Masak Sos Cili Bujang Style dan untuk resepi ini anda boleh juga tukarkan dengan resepi yang akan saya kongsikan harini.  Harini Mrd nak kongsikan resepi ringkas Ayam Masak Sos. Anda boleh gantikan ayam dengan sosej, fishball atau apa-apa protein yang lain.

Kepada semua para pengunjung blog saya jangan lupa support dan Subscribe YouTube Channel Mrd's Kitchen. Terima masih. Antara video masakan yang lebih kurang dengan Resipi ni korang boleh jenguk di Channel YouTube saya iaitu Sambal Tumis Telur Rebus Goreng dan Resipi Ayam Masak Sos






Bahan-bahan:
  • Ayam - 3-4 ketul
Bahan yang ditumbuk/kisar
  • Bawang merah - 3 ulas
  • Bawang putih - 2 ulas
  • Bawang besar - 1 biji
Bahan yang dipotong/dihiris
  • Halia - 2 inci
  • Cili padi - 2 @ 3 biji
Bahan lain 
  • Sos cili - 4 @ 5 sudu
  • Sos tiram - 3 sudu
  • Air - sedikit
  • Minyak masak - secukupnya 
  • Garam - Secukupnya
  • Gula - secukupnya

  1. Panaskan minyak dan goreng ayam terlebih dahulu. Goreng ayam sekejap sahaja (setengah masak). Kemudian angkat ayam tersebut.
  2. Gunakan sedikit (4-5 sudu) minyak menggoreng ayam tersebut untuk menumis bahan kisar (bawang merah, putih, dan besar). Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili dan halia yang telah dihiris-hiris. Kacau rata.
  4. Tambahkan sos cili dan sos tiram. Kacau hingga sebati.
  5. Tambah sedikit air dan kacau hingga sebati. Masukkan garam dan gula untuk mengimbangi rasa. Kacau rata.
  6. Masak kuah sehingga pecah minyak.
  7. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul hingga sebati.
  8. Angkat ayam setelah beberapa minit di dalam kuali dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba. Jika ada soalan, boleh ajukan dekat ruangan komen di bawah. Bolehlah juga kongsikan hasil resepi ini jika anda telah cuba masak resepi ni. :)

Anda juga boleh cuba resepi Asam Pedas Ayam versi Mrd.



Info Tambahan

Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback

Alhamdulillah setakat ni Cashback yang saya dapat sebanyak RM575.93. Daripada jumlah tersebut, saya dah tunaikan sebanyak RM357.84 dan RM209.23 Cashback saya yang masih pending/dalam proses manakala RM8.86 cashback yang saya boleh tunaikan buat masa ni. Tetapi syarat untuk tunaikan adalah available cashback anda kena mencapai RM10.00 baru boleh ditunaikan. 




Daftar sekarang dan anda akan dapat RM5.00 bonus.
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK





Resepi-resepi lain:












18 comments:

  1. Resepi yg simple tapi sedap...sy baru try resepi ni tadi.. Hehe. Tq for resepi ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Irni Suhana sebab dah try resepi simple saya ni. :)

      Delete
  2. Ayam goreng skjp tu mksudnya goreng smpai masak ke x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. goreng ayam tu setengah masak sahaja. Sebab lepas tu kita akan masak sekali lagi ayam tu bersama kuah. Apa-apa pun terima kasih atas soalanya. :)

      Delete
  3. Replies
    1. Ya. Pn Nurjuwaini. Resepi memang ni ringkas dan mudah. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya.

      Delete
  4. Tq atas resepinya. Sy bru try td. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga, sebab sudi memcuba resepi saya yang ringkas ni. :)

      Delete
  5. Simple je.....bahan2 senang ja.mesti try ne..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En Taufik.. Nanti bolehlah cuba masak. Terima kasih sebab sudi singgah di blog saya. :)

      Delete
  6. Tq..resepi yang simple..tapi sedap..saya dah trai masak ayam sos..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi lawat blog saya dan cuba resepi masakan saya.

      Delete
  7. Replies
    1. sama-sama bro. Terima kasih juga, sudi lawat blog saya.

      Delete
  8. Kalau x letak sos tiram xpe ke??

    ReplyDelete

Penaja