SUBJEK KOLEJ MATRIKULASI
(KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA)
Assalamualaikum kepada para pelajar yang bakal memasuki Kolej Matrikulasi di seluruh Malaysia. Tahniah saya ucapkan. Subjek-subjek Kolej Matrikulasi yang merupakan subjek ketika saya menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan (KML) pada tahun 2011. Oleh itu, mungkin terdapat sebarang perubahan subjek dari tahun ke tahun.
SEMESTER PERTAMA
MODUL 1
SUBJEK YANG MASUK POINTER
BIOLOGY 6 JAM KREDIT
PHYSICS 6 JAM KREDIT
CHEMISTRY 6 JAM KREDIT
MATHEMATICS 5 JAM KREDIT
SUBJEK YANG TAK MASUK POINTER
KOKURIKULUM 2 JAM KREDIT
P.AGAMA ISLAM 1 JAM KREDIT
P. MORAL 1 JAM KREDIT
ENGLISH LANGUAGE 3 JAM KREDIT
MODUL 2
SUBJEK YANG MASUK POINTER
PHYSICS 6 JAM KREDIT
CHEMISTRY 6 JAM KREDIT
SCIENCE COMPUTER 5 JAM KREDIT
MATHEMATICS 5 JAM KREDIT
SUBJEK TAK MASUK POINTER
KOKURIKULUM 2 JAM KREDIT
KEMAHIRAN DINAMIKA 1 JAM KREDIT
ENGLISH LANGUAGE 3 JAM KREDIT
MODUL 3
SUBJEK YANG MASUK POINTER
BIOLOGY 6 JAM KREDIT
CHEMISTRY 6 JAM KREDIT
SCIENCE COMPUTER 5 JAM KREDIT
MATHEMATICS 5 JAM KREDIT
SUBJEK TIDAK MASUK POINTER
KOKURIKULUM 2 JAM KREDIT
P.AGAMA ISLAM 1 JAM KREDIT
P. MORAL 1 JAM KREDIT
ENGLISH LANGUAGE 3 JAM KREDIT
abang, pa mksd '2jam kredit', '6 jam kredit' dan yg lain2 tu..??
ReplyDeletehehhehe,,itu maksudnya kredit untuk subjek tersebut,,,boleh jugak dikatakan jumlah jam untuk subjek itu dipelajari dalam seminggu. Sebagai contoh, Kuliah untuk subjek biology 2 jam, tutorial 2 jam, lab/experiment 2 jam,,so total 6 jam,,,
ReplyDeleteNanti semasa result keluar, adik akan tahu kepentingan jam kredit ni,,,,sebb kita dah guna sisiem pointer...
Assalamualaikum..
ReplyDeleteapa beza antara 3 modul ni terhadap bidang yg kita pilih? i mean, cthnya, klu nak jd doktor kena ambik modul mana and nak jadik engineer kena ambik modul mana satu?
waalaikumussalam...siti suhaila..beza 3 modul ni...modul paling strong adalah modul 1.. banyak kelebihan untuk isi UPU nanti..sebb modul ni ada subjek math,chem,bio,phys..so bidang kedoktoran pun boleh..bidang kejuruteraan pun boleh... kalau modul dua..dia memang sesuai..untuk orng y betul2 nak masuk dlm bidg kejuruteraan..sebb dorng study math,chem,phys and science com...boleh masuk chem engineering, sofware engineering sebb ambil science com..,mechanical enginerg and so on...Then,kalau modul 3 bidang kedoktoran pun boleh..bidang perkomputeran pun boleh..ni memang sesuai untuk siapa2 y memng x nak minat ngan bagian kejuruteraab ni...itulah y boleh saya kongsikan...apa2 pun semuanya terletak pada rezeki masing2...
ReplyDeleteAssalamualaikum...apa maksud abg utk komen paling atas tu yang kita akan tahu kepentingan jam kredit sebab guna sistem pointer? dan adakah makin besar jam kredit makin susah sesuatu sub tu?
ReplyDeleteApa yang abg maksudkan, semakin besar nilai jam kredit semakin pentinglah untuk kita skor subjek tu. Tapi tak bermakna subjek lain kita tak ambil kisah.
DeleteMatematik (5 jam kredit) A- 3.67
Physics (6 jam kredit) A 4.00
Chemistry (6 jam kredit) A 4.00
Biology (6 jam kredit) A 4.00
Pointer 3.93
Matematik (5 jam kredit) A 4.00
Physics (6 jam kredit) A- 3.67
Chemistry (6 jam kredit) A 4.00
Biology (6 jam kredit) A 4.00
Pointer 3.91
Sebagai contoh, jika adik dapat 1 subjek Gred A- untuk subjek 6 jam kredit dan 3 subjek yang lain dapt A pointer adik ialah 3.91 tapi kalau subjek yang 5 jam kredit adik dapt A- yang lain A jadi pointer adik 3.93. Maksudnya, pointer kita akan turun lagi banyak jika kita dapt A- untuk subejk 6 jam kredit compare yang 5 jam kredit. Tapi dalam kes matrik ni perbezaan jumlah jam kredit tak lah bnyak hanya beza 1 jam saja.
Semoga membantu dan adik faham sistem pointer ni. Selamat berjuang di KML nanti
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Nak tanya, jam kredit ni masih sama ke dengan program matrikulasi tahun 2016 ini?
ReplyDeleteTerima kasih.
Waalaikumussalam. Saya rasa jam kredit masih lagi sama untuk tahun 2016 ni.
DeleteSaya pelajar sains perakaunan ...saya ambil fizik dan kimia dlm spm takde bio, boleh ke saya nk mohon ambik modul 1?
ReplyDeleteHai Victoria, pada pendapat saya baik kamu mohon untuk modul 2 sebab modul ni kamu akan belajar Fizik, Kimia, Sains Komputer dan Matematik. Kalau kamu mohon modul 1 agak susah bagi kamu nanti sebab kamu akan belajar Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik. Sebab subjek Biologi kalau takda basic yang kuat nanti susah kamu nak faham apa yang akan diajarkan nanti.
DeleteAssalamualaikum,kalau saya ambil modul 3,nanti boleh ke saya nak mohon degree dalam bidang medic or farmasi ?
ReplyDeleteWaalaikumussalam.. boleh-boleh..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalammualaikum...anak saya dapat modul 3,d dia minat dr gigi.. adakah layak bila habis belajar nanti.. terima Kasih.
ReplyDeletewaalaikumussalam Tuan, modul 3 layak untuk mohon doktor pergigian.
Deletejika saya tak ambil biology saya boleh belajar dalam jurusan sains tak? tapi saya ada fizik,kimia
ReplyDeleteBoleh, untuk sesiapa yang tidak ambil subjek biology akan di tawarkan untuk Modul 2; Fizk , Kimia, Sience Computer dan Matematik.
DeleteTak ada sains pertanian ke? Anak ambil subjek chemistry,physics,addmath,sains pertanian di sklh.
ReplyDeleteSubjek Sains Pertanian tidak ada dalam sistem pembelajaran di Matrikulasi, tetapi anak En/Pn boleh ambil Modul 2 di Matrikulasi kerana subjek-subjek yang dipelajari bagi modul ini ialah Chemistry, Physics, Mathematics & Computer Science.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalam...nk tye,kalau nk sambung dgree dietetic nnti,masuk matriks lebih baik amek modul 1 ke modul 2 ke modul 3??
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Untuk degree dietetik saya sarankan kamu ambil Modul 3, sebab syarat khas untuk ambil kos ni di UKM (contoh) kena memperolehi CGPA 3.00 ke atas dan gred B bagi matapelajaran Bilogy, Kimia, Matematik/Matematik tambahan. Modul 3 kamu akan belajar Biology, Kimia, Matematik dan Sains Komputer. Kalau kamu nak ambil Modul 1 pun boleh, tapi kamu akan belajar Fizik, Biology, Kimia dan Matematik.
DeleteHi, sir. Saya ditawarkan program matrikulasi pst. Berkemungkinan besar saya akan mndpat modul 2 sbb gred biologi saya dpt D. Jadi , boleh tak klau saya memohon utk modul 1 ?
ReplyDeleteHai. Dulu saya di KML pada tahun 2011, saya dapat modul 2, tapi saya mohon untuk tukar ke modul 1. Saya rasa tiada masalah kalau kamu nak tukar ke modul 1. Tetapi saya kurang pasti sama ada pertukaran modul masih dibenarkan atau tidak untuk tahun 2019 ini. Apa-apa persoalan tentang pertukaran modul, kamu boleh tanya sewaktu pendaftaran nanti. Terima kasih.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSubjek yg tak masuk pointer tu maksud dia mcm mana? Just belajar je ke ?Takde exam ?? Mcm mana?? Nak detail please
ReplyDeleteasslm..nak tnya sya lepasan spm sains perakaunan tiada bio..sya mndpt twran matriks modul 2.namun saya bminat untuk menceburi kerjaya dlm medical.adakah dgn modul 2, sya dpt menceburi kerjaya perubatn?
ReplyDeleteSalam nak tanya, klu nak sambung dlm bidang food science atau food tech, byk tak peluang nak sambung dlm bidang tu jika dapat modul 2
ReplyDeleteAssalamualaikum, berapa nilai markah utk sub sains m math utk dapatkan gred A and A-
ReplyDeleteAssalamualaikum, berapa nilai markah utk sub sains m math utk dapatkan gred A and A-
ReplyDeleteAssalamualaikum sy nak tnya,if gagal satu subjek itu kita ditendang keluar Dari matrik tersebut ke ? Dan tk boleh mohon balik ? Last question kita boleh pilih ke nak ambil module yg mana satu ?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Maaf sebab lambat balas. Setahu saya jika ada subjek yang gagal pelajar tidak akan dibuang daripada matrik. Saya tidak berapa pasti dengan sistem mastrikulasi yang terkini.
DeleteUntuk pemilihan modul, pada 2011 semasa saya di matrikulasi labuan kami dibenarkan pilih modul.
Assalamualaikum.. Saya nak tnya, kita boleh pilih ke modul yang kita nak ambil?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Untuk pemilihan modul, pada 2011 semasa saya di matrikulasi labuan kami dibenarkan pilih modul.
Deletebismillahirahmanirrahim , saya nak tnya , buku rujukan sama ke dengan buku rujukan time form 4 & 5 ? buku apa yg sesuai utk ? digunakan utk masuk matriks sains nti ?
ReplyDeleteBuku rujukan matrikulasi berbeza dengan buku rujukan semasa tingkatan 4 dan 5. Sewaktu saya di matrikulasi labuan akan ada sesi penjualan buku-buku rujukan diadakan. Jadi kamu boleh beli buku-buku rujukan untuk silibus matrikulasi.
Deleteha lgi satu soalan , nak pilih modul smua tu time bila eh , maksud saya masa start bljr tu ke ??
ReplyDeleteYa, kami dulu 2011 pilih modul sebelum sesi pembelajaran dimulakan. Selalunya selapas habis orentasi kalau saya tidak silap.
DeleteHi kalau saya dpt modul 3 utk PST ada chance ke saya dpt tukar to modul 1?btw result saya science stream n addmaths semua c+
ReplyDeleteLagi satu if nk Sambung degree ape bidang Yang boleh ye utk modul 3
Terima kasih✨
Salam sejahtera, mengikut pengalaman saya waktu belajar di matrikulasi pada 2011, ada beberapa orang rakan saya yang dapat tukar modul daripada modul 3 ke modul 1. Tetapi saya nasihatkan,jika saudara/saudari lebih minat dan score subjek biology daripada physics, saya sarankan kekal saja dalam modul satu. Untuk modul 3, saudara/saudari boleh memohon bidang perubatan, sains gunaan, bioteknologi, sains komputer dan etc. Kalau modul 1 bidangnya lebih luas berbanding modul 3 dan modul 2. Tapi apa-apa pun semua bergantung kepada saudara/saudari. Maklumat yang saya berikan mungkin terdapat perbezaan dengan sistem matrikulasi sekarang sebab maklumat yang saya nyatakan merupakan pengalaman saya pada 2011.
ReplyDeletehai saya nak tanya. pelajar sains pdt boleh ke tukar ke jurusan akaun??
ReplyDeleteHai. Maaf saudari/saudara saya kurang pasti berkenaan pertukaran sains PDT ke jurusan akaun.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekalu saya nak ambil bidang psikologi kat ums masa degree.. adakah modul 2 sesuai bagi saya di matrikulasi?
ReplyDeleteAssalamualaikum..nk tnya..sy spm ambil physic,chem,acc and addmath..tkdk ambil bio..kalau sy ambil modul 2 di matrik ..then blh ke sy nk smbung nursing?..hrp notice😊
ReplyDeleteassalamualaikum saya nak tanya ,kalau saya tengah ambil modul 1,time degree nanti boleh ke ambik bhgn IT? terima kasih
ReplyDelete