Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja Utama Makmal Informasi 2

Tuesday, January 30, 2018

Tukar Minyak Hitam (Minyak Enjin) Proton Saga FLX


Asssalamualaikum semua pengunjung blog Mrd. Harini Mrd nak kongsikan pengalaman Mrd menukar minyak hitam (engine oil) untuk kereta Proton Saga FLX (enjin CamPro). Selalunya Mrd akan tukar minyak hitam di bengkel-bengkel biasa sahaja. Mrd guna minyak Shell Helix HX7 10W-40, untuk minyak ni selepas 5000 km kena tukar atau selepas 3 bulan. 

Untuk tukar minyak hitam ni, kena tukar sekali dengan oil filter.  Selalunya untuk minyak hitam  4 liter (Shell Helix HX7 10W-40) + oil filter + upah, caj yang dikenakan dalam RM160.

Mekanik tengah mengeluarkan semua minyak hitam


Lepas dah keluarkan semua minyak hitam, mekanik buka oil filter yang lama



Minyak hitam dan oil filter yang digunakan



Anda boleh cek menggunakan kod yang terdapat di penutup botol, sama ada minyak hitam Shell ni original atau tiruan.

Cara menyemak sama ada minyak enjin/minyak hitam Shell original atau tiruan


 Source from Shell website 


2 comments:

  1. Berapa kah minyak diperlukan utk diisi.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minyak yang digunakan untuk engine Campro selalunya 4 liter.

      Delete