KOLEJ MATRIKULASI LABUAN (KML)
Assalamualaikum kepada semua pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di KOLEJ MATRIKULASI. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda semua. Pada penulisan saya pada hari ini saya akan memberikan serba sedikit tentang kehidupan di kolej matrikulasi. Saya merupakan bekas pelajar Kolej Matrikulasi Labuan (KML) sesi 2011/2012.
Kehidupan saya di Kolej Matrikulasi Labuan: (TERTAKLUK DENGAN PEREDARAN MASA & PERATURAN YANG BOLEH BERUBAH-UBAH)
Bangun Pagi
Bangun pagi lebih kurang pukul 5.00 am, untuk solat subuh(bagi yang muslim, tapi solat boleh buat kat musolah/ surau kat aras dan tingkat asrama masing2 ataupun surau besar). Cuma pada sesi orentasi saja pelajar2 wajib solat kat surau besar dan berjemaah, Tapi seelok-eloknya solat dan berjemaah kat surau besar lagi bagus,,banyak pahala. Untuk hari2 seterusnya solat kat mana mana pun boleh, kat bilik korang atau musolah/surau kat aras dan tingkat kamu.Lepas tu jam 5.30 am- 6.00am korang dah kena mula mandi dah, sebab kalau dah masuk pukul 6.00am lebih confirm korang akan berbaris tunggu giliran sebab time tu dah ramai orang dah nak mandi. Ok lepas tu pukul 6.15 am korang bersiap2 lah pakai baju semua susun semua buku yang hendak di bawa kat kelas dan kuliah.
Sarapan
Then, pukul 6.45am korang turun pegi sarapan kat kafe masing2 bagi lelaki kat kafe c, perempuan kafe a dan b( jangan risau kafe korang dekat je dengan asrama tak sampai lah 3 minit korang berjalan sampai dah. Lain lah kalau korang jalan lenggang kangkung.
Kelas Tutorial dan Kuliah
Lepas sarapan pegilah kelas anda masing sebab kelas dan kuliah start pukul 7 am. So kena lajulah makan jangan nak borak2 lagi dengan kawan, nanti kalau lambat masuk dewan kuliah malulah pula orang dah start kuliah korang baru nak masuk kuliah,, confirm korang akan malu,lagi-lagi kawan korang yang suka mengejek-ngejek,,hahaha.
Waktu Rehat & Solat Zohor
Setelah anda mengharungi liku-liku kelas dan kuliah anda dalam lebih kurang 9 jam dan anda akan rehat 2 jam. Bermakna waktu kuliah dan kelas setiap hari ada 7 jam. Time korang rehat tu confirm boleh solat zuhur sebab masa rehat korang ada dua; satu pagi dan satu lagi tengah hari lebih kurang dalam jam 12 pm ke atas. Tentu korang penatkan lepas habis kelas dan kuliah. Korang akan rasa kepenatan tu nanti, tapi pesan saya jangan mengeluh, biarlah kita penat asalkan kita berjaya untuk 10 tahun akan datang.
Habis Kelas & Kuliah
Korang akan habis kelas jam 4 pm. Then pulanglah korang kat asrama. Mandi, cuci pakaian dan buatlah apa-apa yang patut. Bagi yang muslim solat asar jangan dilupa. Bagi yang nak pegi bersukan, bolehlah pergi selepas solat asar. Tetapi yang tak pergi bersukan, lepas solat tu, korang pegilah mandi dan cuci pakaian.silalah anda rehat sebentar dalm 1 jam. Sebb malam tu korang kena buat tugasan yang diberikan oleh lecturers. LAB REPORT, EXERCISE DAN ULANGKAJI. Kalau dekat matrik ni tiada istilah nak exam baru study sebab lecturers korang rajin buat kuiz untuk carry marks 10 %. Rugi kalau korang tak skor. After dah korang buat semua tugasan dan solat maghrib dan isyak pun dah korang tunaikan, tidurlah selewat-lewatnya pukul 12 tengah malam, melainkan kalau korang banyak sangat assingment korang kena stay up lah limit pukul 2 pagi. Sebab kalau korang lewat tidur nanti kat dewan kuliah korang akan malu. Sebab kalau korang mengantuk kat dewan kuliah lecturers akan tegur anda so korang malulah di hadapan ratusan orang kat dewan kuliah.
#Dekat Matrikulasi (Pelajar Sains) pembelajaran korang berjalan dengan 3 cara:
- Kuliah
- Kelas Tutorial
- Amali (Eksperimen)
Ok setakat ini saja yang dapt saya berikan nanti saya akan ceritakan yang lebih lanjut tentang kolej matrikulasi,,ASSALAMUALAIKUM, KALAU ADA PERTANYAAN SILA TANYA SAJA, TANYA KAT KOMEN. KALAU SAYA ADA MASA SAYA AKAN JAWAB PERTAYAAN ANDA SEMUA. GOOD LUCK SEMUA. JAGA IMAN, MARUAH DAN PERIBADI ANDA DI KOLEJ MATRIKULASI SEBAB BANYAK GODAAN KAT MATRIK NANTI,
|
Pemandangan dari luar Kolej Matrikulasi Labuan |
|
Surau Al- Irfan KML |
|
Dewan Mutiara KML |
|
Sewaktu membuat eksperimen di makmal |
|
Pemandang di waktu petang ketika pelajar KML bersukan |
#Untuk pesanan kepada sesiapa yang hendak berkongsi info dalam post ni di blog anda, silalah minta keizinan daripada saya dahulu. Saya tidak kisah anda mengambil bulat-bulat content post ini, tetapi sekurang-kurangnya bagi tahu saya terlebih dahulu ataupun link kan blog anda dengan blog saya.
Sumber logo Kolej Matrikulasi Labuan daripada
http://www.kml.matrik.edu.my/index.php/info- kolej/logo-dan-lagu