Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Wednesday, July 26, 2017

Cara Semak dan Tuntut Wang Yang Tak Dituntut (WTD)


Photo credit to wikimapia


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Tadi admin baca Beita Harian Online, dalam berita tersebut menyatakan bahawa, sehingga 30 Jun lepas sebanyak RM5.779 bilion wang tak dituntut (WTD) masih dalam simpanan Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara selaku pemegang amanah. WTD merupakan wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh tertentu, seperti ditetapkan dalam Akta Wang Tak Dituntut 1965. -Sumber- Berita Harian Online


*Definisi / Maksud Wang Tidak Dituntut (WTD)


Cara Semak Melalui Online

Boleh menyemak WTD melalui laman Web eGumis Jabatan Akauntan Negara Malaysia



Cara Semak dan Tuntut Wang Tak Dituntut (WTD)                              
1. Sila hadirkan diri ke kaunter Pejabat Pendaftar WTD di Tingkat 42, Menara Maybank Kuala Lumpur atau Pejabat Jabatan Akauntan Negara yang berhampiran dengan kediaman anda. anda. Sila klik di sini untuk mengetahui lokasi Jabatan Akauntan Negara di seluruh Malaysia
2. Bawa Kad pengenalan diri/MyKad anda dan serahkan di kaunter. Pegawai yang bertugas akan menyemak sama ada anda mempunyai Wang Tak Dituntut atau tidak.
3. Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, boleh bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.
4. Jika anda mempunyai WTD, sila isi borang dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk salinan MyKad, surat pengesahan bank berkenaan, (bank statement atau buku bank yang aktif) untuk tujuan bayaran balik melalui kredit terus (bank in).



*PENTING
  • Semakan WTD tidak ada tarikh luput.
  • Pendaftar WTD tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau ejen untuk tuntutan WTD.
  • Untuk maklumat lanjut berkaitan WTD anda boleh ke Portal Rasmi JANM (Wang Tak Dituntut)

Untuk Panduan Permohonan Bayaran Balik Wang Tak DItuntut klik DI SINI


ANDA BELI BARANG DI LAZADA & INGIN DAPAT DUIT ANDA KEMBALI, BERBELANJALAH DI SHOPBACK. UNTUK MENDAFTAR PERGI KE LAMAN WEB SHOPBACK.

  • Cara Semak Status (SENARAI HITAM Imigresen) Perjalanan ke Luar Negara klik DI SINI
  • Cara Mudah Menyemak Saman Trafik PDRM, JPJ dan AES Secara Online dan SMS klik DI SINI
  • Semakan dan permohonan Secara Online Wang Tak Dituntut (WTD) Tahun Hadapan klik DI SINI
  • KEDUDUKAN PUNGUTAN PINGAT MALASIA SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 klik DI SINI




11 comments:

  1. Mmg xde satu web pn yg bg tahu sekali dgn waktu operasi, hari sabtu boleh pg x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam En. Putra. Waktu Operasi Jabatan Akauntan Negara Malaysia setiap hati Isnin sampai Jumaat (7.30 pagi hingga 5.30 petang). Sabtu dan Ahad cuti.

      Delete
    2. Walaikumsalam terima kasih En. Rahmat dengan perkongsian maklumat yg diberikan.

      Delete
  2. Bagaimana dengan akaun ASN...Boleh dituntutke...

    ReplyDelete
  3. Bagaimana dengan akaun ASN...Boleh dituntutke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai leira lassim. Saya rasa boleh dituntut. Ini untuk Amanah Saham Nasional Berhad kan? Jika leira nak tahu lebih lanjut berkenaan maksud Wang Tak Dituntut boleh ke link ini https://mohammadrahmatderise.blogspot.my/2017/07/definisi-maksud-wang-tak-dituntut-wtd.html

      Delete
  4. Bagaimana cara kita nk semak wtd nie selain dijohor di setiap daerah negeri johor xde ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam En Rahmat Rahman. En boleh semak senarai Pejabat Jabatan Akauntan Negara di link ini http://www.anm.gov.my/index.php/hubungi/lokasi-janm

      Delete
  5. Sekarang dah boleh check online di egumis

    ReplyDelete
  6. klau boleh semak online lagi best x perlu pergi sana.

    ReplyDelete

Penaja