Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Thursday, February 14, 2019

Resepi Bergedil Jagung Mudah dan Sedap


Resepi  Bergedil Jagung 



Assalamualaikum semua. Lama dah Mrd tak kongsi resepi di blog ni. Harini Mrd nak kongsikan resepi bergedil jagung. Bergedil jagung ni antara makanan yang selalu keluarga Mrd masak untuk makan tengah hari dan makan malam. Kiranya antara menu kegemaran keluarga Mrd. Mrd kalau makan bergedil jagung ni, Mrd suka makan sambil cicah dengan sambal kicap. Tersangatlah sedap makan dengan nasi panas-panas.

Bahan - bahan yang diperlukan:

  1. Jagung - 5 biji (diambil isi)
  2. Bawang merah - 4 ulas
  3. Bawang putih - 4 ulas
  4. Serbuk lada hitam/putih - secukupnya
  5. Serbuk kunyit - 1 sudu kecil
  6. Tepung jagung - 3 sudu
  7. Tepung gandum - 6 sudu
  8. Garam - secukupnya
  9. Gula - secukupnya
  10. Air - sedikit
  11. Minyak - untuk menggoreng


Cara memasak bergedil jagung

  1. Gunakan jagung yang telah diambil isi dan masukkan ke dalam bekas.
  2. Tambahkan bawang merah dan putih yang telah ditumbuk, masukkan serbuk lada hitam/putih,serbuk kunyit dan gaulkan.
  3. Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung, garam, gula dan sedikit air. Selepas itu, gaulkan sebati.
  4. Panaskan minyak untuk menggoreng adunan bergedil jagung.
  5. Gunakan sudu untuk mencedok adunan tadi dan goreng adunan tersebut.
  6. Goreng sehingga warna perang keemasan dan angkat bergedil jagung tersebut dan sedia untuk dihidang. Sesuai dimakan bersama sambal kicap dengan nasi panas. Selamat mencuba.



Resepi-resepi lain:









No comments:

Post a Comment

Penaja