Kejayaan pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia mara ke separuh akhir di kejohanan Seluruh England 2020, di Birmingham minggu lalu telah memberikan impak yang besar buat pemain ini. Lee Zii Jia yang berumur 22 tahun itu kini berada sebaris dalam kalangang pemain handalan dunia apabila Lee Zii Jia berjaya melonjakkan rankingnya ke-10 terbaik dunia. Sebelum kejohanan ini, Zii Jia hanya menduduki ranking ke-13 dunia.
Kejohanan Seluruh England 2020 merupakan penampilan pertama beliau. Zii Jia telah mempamerkan prestasi yang cemerlang apabila mara ke separuh akhir sebelum ditewaskan oleh bekas jauara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen. Axelsen berjaya muncul juara selepas menewaskan pemain dari Taiwan, Chou Tien Chen.
Sepanjang perjalanan Zii Jia di kejohanan ini, beliau melakarkan kejutan apabila berjaya menundukkan pemenang pingat emas Sukan Asia 2018 dari Indonesia. Zii Jia berjaya memperbaiki rekod pertemuannya dengan pemain Indonesia ini kerana Zii Jia belum pernah menang dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini.Di peringkat suku akhir pula, Zii Jia berjaya menewaskan pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016, Chen Long.
No comments:
Post a Comment