Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Showing posts with label Kisah/Cerita. Show all posts
Showing posts with label Kisah/Cerita. Show all posts

Saturday, October 28, 2017

Gambar-Gambar Ini Pasti Menyentuh Hati Anda Sebagai Seorang Anak



Assalamualaikum semua pengunjung blog Mrd. Harini Mrd nak kongsikan gambar yang baru-baru ini viral iaitu gambar  seorang anak yang memeluk bapanya dengan penuh kasih sayang yang membuatkan ramai netizen sebak. Gambar tersebut telah diambil oleh seorang pengguna Facebook iaitu Restoris A. Fatiha pada 18 Oktober 2017 yang lalu. 


Melihat gambar-gambar tersebut menyebabkan Mrd juga berasa sebak. Mrd sebak apabila mengenangkan allahyarham bapa Mrd yang telah meninggal dunia pada 2010. Kepada yang masih mempunyai ibu bapa sayangilah ibu bapa anda sebelum terlambat. Sayangilah dan berbaktilah kepada mereka, balaslah jasa dan pergobanan kedua ibu bapa kita selama ini.  

Berikut merupakan post di laman Facebook  Restoris A. Fatiha.




Thursday, August 10, 2017

Kaki Remaja Lelaki di Makan Kutu Laut Pemakan Daging Setelah Merendam Kakinya di dalam Air Laut


Assalamualaikum semua. Harini saya nak kongsikan berkenaan kaki seorang remaja lelaki di Melbourne, Australia dimakan oleh kutu laut setelah merendam kakinya di dalam air laut. Peliknya setelah dia keluar daripada air, dia terkejut apabila melihat kedua-dua kakinya berlumuran dengan darah tetapi tidak melihat sebarang luka di kakinya. Rupa-rupanya kaki remaja tersebut dimakan oleh kutu laut pemakan daging. Bahayanya dengan kutu laut ni. Oleh itu, kita kena berhati-hati ketika sedang mandi dekat laut risau benda yang sama akan terjadi dekat kita. Mudah-mudahan kita dijauhan daripada benda-benda tak baik seperti ini.

Berikut merupakan sedutan berita online myMetro.


Melbourne: Seorang remaja ‘berlubang’ kedua-dua kakinya selepas dimamah serangga ketika berendam dalam air laut selepas main bola sepak di tepi pantai di Brighton, baru-baru ini.

Sam Kanizay, 16, berkata, kerana kepanasan, dia merendamkan kakinya di dalam air laut selepas main bola sepak dan merasa sengatan di kakinya tetapi menyangka ia disebabkan baru lepas bersukan.

Bagaimanapun, ketika keluar dari air dia terkejut melihat kedua-dua kakinya berlumuran darah tetapi tidak melihat luka. 
Doktor yang merawatnya di hospital juga tidak dapat memastikan apa yang berlaku.

“Pada mulanya saya menyangka terpijak batu, tetapi tidak logik kerana keseluruhan tapak kaki saya sehingga buku lali berdarah.

“Doktor akhirnya mendapati puluhan lubang kecil pada kaki saya menyebabkan mereka mengagak saya digigit kutu air,” katanya.



Susulan itu, ayahnya Jarrod membuat siasatan sendiri dan berjaya menangkap ratusan kutu air yang sukar dilihat dengan mata kasar.

Jarrod berkata: “Saya menangkap ratusan kutu yang diletakkan pada seketul daging yang hampir licin dimakan.”
Dia membawa daging dipenuhi serangga berkenaan ke hospital untuk ujian lanjut.

Sementara itu, pakar hidupan marin, Michael Brown berkata, kejadian itu kali pertama dilihatnya sepanjang kerjayanya.
“Saya mempunyai pengalaman 20 tahun dalam bidang ini, tetapi tidak pernah melihat sesiapa mengalaminya,” katanya.

Sam dibenarkan pulang, semalam.Sumber Agensi/myMetroOnline

ANDA BELI BARANG DI LAZADA , INGIN DAPAT DUIT ANDA KEMBALI, BERBELANJALAH DI SHOPBACK. UNTUK MENDAFTAR PERGI KE LAMAN WEB SHOPBACK.

Thursday, August 25, 2016

Makmal Berpenghuni di Sebuah Universiti - Di penjuru bilik makmal mikrobiologi saya melihat susuk seorang wanita dan kanak-kanak merenung ke arah saya dan?????


Assalamualaikum semua, harini saya nak berkongsi sebuah cerita seram yang saya ambil daripada Facebook Page Pensel Studio. Cerita mengenai makmal yang berpenghuni. Bagi yang sebelum ini pernah meyambung pengajian di IPTA terutamanya yang mengambil jurusan sains seperti Bioteknologi, Kimia dan sebagainya anda mesti akan membuat projek tahun akhir yang memerlukan anda banyak menghabiskan masa di dalam makmal. Saya juga seorang pelajar yang memerlukan saya menghabiskan banyak masa di dalam makmal untuk menyiapkan eksperimen saya ketika projek tahun akhir. Memang dugaan kalau kita kena duduk makmal sampai 2 hingga 3 pagi untuk melakukan eksperimen. Cerita di bawah saya tidak menyiakan atau menidakkan kebenarannya, tetapi saya dulu juga pernah melalui perkara yang seumpama cerita di bawah kerana saya juga pelajar di universiti tersebut. Namun apa yang saya boleh katakan, memang benda itu wujud di sekeliling kita tapi kita kena kuatkan iman kita dan hanya kepada Allah sahaja yang layak kita rasa takut. Semoga kita sentiasa di dalam lindunganNya. InshaAllah.





Penaja