Baru-baru ini skuad kebangsaan telah berjaya meraih pingat pertama melalui acara Terjun Seirama 10m Platform. Pandelela dan Jun Hoong berjaya menyumbangkan pingat perak kepada negara.
Berikut merupakan acara terjun yang melibat penerjun negara:
- Women's 3m Springboard - Preliminary (2.30PM/ 12 Ogos 2016 waktu di RIO) *Cheong Jun Hoong *Wendy Yan Yee Ng
- Women's 10m Platform- Preliminary (2.00 PM/17 Ogos 2016 waktu di Rio) *Pandelela Rinong *Nur Dhabitah Sabri
*Keputusan FINAL 10m Platform Wanita Olimpik Rio 2016
- Nur Dhabitah Sabri - tempat ke 9 dengan kutipan mata 338.00
- Pandelela Rinong - tempat ke 11 dengan kutipan mata 330.45
Apa-apa pun keputusannya, tahniah kepada Pandelela dan Dhabitah kerana berjaya mara ke final dan sudah buat yang terbaik. Penerjun-penerjun yang layak ke final 10m Platform Wanita kali ini memang sangat-sangat hebat. China memenangi Emas dan Perak bagi acara ini, Ren Qian (Emas) dengan kutipan mata 439.25 dan Si Yajie (Perak) dengan mata 419.40. Manakala penerjun Kanada memenangi gangsa, Meaghan Benfeito dengan kutipan mata 389.20.
*
Keputusan SEMI FINAL 10m Platform Wanita klik DI SINI
*Keputusan Kelayakan 10m Platform Individu Wanita (Women's 10m platform)
Pandelela Rinong menduduki tempat keenam dalam pusingan kelayakan dengan kutipan mata 332.45. Manakala seorang lagi penerjun negara Nur Dhabitah Sabri menduduki tempat ke-8 dan layak juga ke semi final dengan mata 325.85. Berikut merupakan 8 penerjun terbaik untuk 10m Platform Individu Wanita.
Terjun (Diving) 10m Platform Individu Wanita
Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri
Separuh Akhir - 10.00 am (9 malam)
Akhir - 4.00 pm (3 pagi)
*Keputusan Preliminary Women's 3m Springboard
Rio - Jun Hoong sebelum ini yang berjaya meraih pingat perak semasa bergandingan dengan Pandelela Rinong dalam acara 10 meter platform seirama pada hari Selasa, gagal mara ke separuh akhir bagi acara Women's 3m Springboard setelah menduduki tangga ke-21 daripada 29 penerjun dengan mengumpul 282.25 mata.
Manakala Wendy Yan Yee Ng, berjaya mara ke separuh akhir dengan mengutip mata 299.05 di tempat ke-17 sekaligus berjaya melayakkan diri ke separuh akhir acara tersebut. Ini merupakan penampilan kedua Wendy di temasya sukan terbesar, Sukan Olimpik. Hanya 18 penerjun yang mengumpul mata terbaik pada pusingan kelayakan akan mara ke separuh akhir
*Keputusan Semi Final Women's 3m Springboard
Tahniah Wendy Yan Yee Ng kerana berjaya ke final acara terjun 3m papan anjal Olimpik Rio 2016 setelah menduduki tangga ke-5 berkongsi mata 324.75 dengan penerjun daripada Amerika Syarikat, Abigail Johnston. Semoga anda akan berjaya di peringkat final nanti.