Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Thursday, June 20, 2019

Baiki Paip Ekzos Kereta Myvi Patah






Assalamualaikum semua pengunjung blog Makmal Informasi. Lama dah saya tak kongsikan tentang kereta dekat blog ni. Nak dijadikan cerita, sebelum Hari Raya Aidilfitri haritu saya pinjam kereta Myvi kakak nak pegi rumah kawan. Kawan minta tolong tengok-tengok kan rumahnya sebab kawan saya sekeluarga balik ke kampung beraya. Jadi sewaktu dalam perjalanan nak ke rumah kawan saya tu, dengar bunyi pelik dekat bahagian belakang kereta. Bila kereta bergerak bunyi tu tak jelas sangat, tapi bila berhenti bunyi tu jelas pula kedengaran. Bunyi macam besi belaga. Jadi sampai saja di rumah kawan saya tu, saya terus turun tengok bahagian belakang kereta, tengok macam bunyi tu datang dari bahagian ekzos/exhaust. Jadi lepas balik dari rumah kawan saya tu, saya inform dengan kakak yang ekzos ada problem. Kemudian, abang saya tolong cek bahagian ekzos, memang ekzos yang masalah. Paip ekzos tu dah patah. Abang saya cakap ekzos kena diwelding untuk sambungkan bahagian yang patah tu. Then, beberapa hari kemudian baru saya pegi ke bengkel untuk welding bahagian ekzos yang patah tu sebab bengkel sebab sibuk uruskan majlis pertunangan kakak saya, lagipun bengkel yang ada buat servis welding tu tutup beberapa hari sebab hari raya aidilfitri. Dua gambar di bawah ni bahagian ekzos yang patah.

Gambar A

Gambar B




Sampai dekat bengkel tu, bagitahu tuan punya bengel ekzos kereta patah. Bengkel yang saya pegi ni bengkel yang memang khas untuk welding bahagian-bahagian kereta yang bermasalah. Jadi sepanjang tukang welding tu nak baiki ekzos tu, aku perhatikan step by step apa yang dia buat. Pertama dia akan potong sedikit bahagian ekzos (Gambar A dan B) yang patah tu. Kemudian dia akan sambungkan dengan besi yang lebih kurang sama saiz dengan bahagian yang patah tu. Gambr di bawah ni hasil akhir selepas bahagian ekzos yang patah tu di sambungkan. Bayaran yang dikenakan untuk sambungkan ekzos yang patah ni sebanyak RM30. Servis dekat bengkel ni memang bagus, tuan punya bengkel ni memang ramah dan baik layanan yang diberikan.




Info tambahan

Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK

2 comments:

  1. bro,ekzos sy pu patah bahagian blakang lbih skit pda perut dy,thing is ada efek buruk x klau dibiarkan?

    ReplyDelete
  2. Betul ke jika nak welding ekzos.. beteri kereta harus di tanggalkan terlebih dahulu

    ReplyDelete

Penaja