Penaja Utama Makmal Informasi

Nuffnang

Penaja

Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

Thursday, June 20, 2019

Baiki Paip Ekzos Kereta Myvi Patah






Assalamualaikum semua pengunjung blog Makmal Informasi. Lama dah saya tak kongsikan tentang kereta dekat blog ni. Nak dijadikan cerita, sebelum Hari Raya Aidilfitri haritu saya pinjam kereta Myvi kakak nak pegi rumah kawan. Kawan minta tolong tengok-tengok kan rumahnya sebab kawan saya sekeluarga balik ke kampung beraya. Jadi sewaktu dalam perjalanan nak ke rumah kawan saya tu, dengar bunyi pelik dekat bahagian belakang kereta. Bila kereta bergerak bunyi tu tak jelas sangat, tapi bila berhenti bunyi tu jelas pula kedengaran. Bunyi macam besi belaga. Jadi sampai saja di rumah kawan saya tu, saya terus turun tengok bahagian belakang kereta, tengok macam bunyi tu datang dari bahagian ekzos/exhaust. Jadi lepas balik dari rumah kawan saya tu, saya inform dengan kakak yang ekzos ada problem. Kemudian, abang saya tolong cek bahagian ekzos, memang ekzos yang masalah. Paip ekzos tu dah patah. Abang saya cakap ekzos kena diwelding untuk sambungkan bahagian yang patah tu. Then, beberapa hari kemudian baru saya pegi ke bengkel untuk welding bahagian ekzos yang patah tu sebab bengkel sebab sibuk uruskan majlis pertunangan kakak saya, lagipun bengkel yang ada buat servis welding tu tutup beberapa hari sebab hari raya aidilfitri. Dua gambar di bawah ni bahagian ekzos yang patah.

Gambar A

Gambar B




Sampai dekat bengkel tu, bagitahu tuan punya bengel ekzos kereta patah. Bengkel yang saya pegi ni bengkel yang memang khas untuk welding bahagian-bahagian kereta yang bermasalah. Jadi sepanjang tukang welding tu nak baiki ekzos tu, aku perhatikan step by step apa yang dia buat. Pertama dia akan potong sedikit bahagian ekzos (Gambar A dan B) yang patah tu. Kemudian dia akan sambungkan dengan besi yang lebih kurang sama saiz dengan bahagian yang patah tu. Gambr di bawah ni hasil akhir selepas bahagian ekzos yang patah tu di sambungkan. Bayaran yang dikenakan untuk sambungkan ekzos yang patah ni sebanyak RM30. Servis dekat bengkel ni memang bagus, tuan punya bengkel ni memang ramah dan baik layanan yang diberikan.




Info tambahan

Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK

Thursday, February 15, 2018

Berapa harga lower arm untuk Saga Flx?

Assalam semua. Mrd nak tanya selalunya harga lower arm untuk Proton Saga Flx berapa ya, termasuk kos upah?

Boleh tolong jawab dekat komen. Terima kasih.

Tuesday, January 30, 2018

Tukar Minyak Hitam (Minyak Enjin) Proton Saga FLX


Asssalamualaikum semua pengunjung blog saya. Harini saya nak kongsikan pengalaman saya menukar minyak hitam (engine oil) untuk kereta Proton Saga FLX (enjin CamPro). Selalunya saya akan tukar minyak hitam di bengkel-bengkel biasa sahaja. Saya selalu guna minyak Shell Helix HX7 10W-40, untuk minyak ni selepas 5000 km kena tukar atau selepas 3 bulan. Kadang-kadang ada bengkel sarankan selepas 7000 km baru ganti minyak enjin. Tapi kalau guna minyak Shell Helix HX7 10W-40 ni saya akan tukar setelah capai 7000 km.


Untuk tukar minyak hitam ni, kena tukar sekali dengan oil filter.  Selalunya untuk minyak hitam  4 liter (Shell Helix HX7 10W-40) + oil filter + upah, caj yang dikenakan dalam RM160.

Mekanik tengah mengeluarkan semua minyak hitam


Lepas dah keluarkan semua minyak hitam, mekanik buka oil filter yang lama



Minyak hitam dan oil filter yang digunakan





Anda boleh cek menggunakan kod yang terdapat di penutup botol, sama ada minyak hitam Shell ni original atau tiruan. Kita kena berhati-hati sebab kadang-kadang ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjual minyak enjin/hitam yang tidak original. 

Untuk para pengunjung blog saya yang ingin tahu pengalaman saya membaiki paip ekzos kereta myvi yang patah di bengkal yang membuat service welding boleh klik > 

Baiki Paip Ekzos Kereta Myvi Patah





Cara menyemak sama ada minyak enjin/minyak hitam Shell original atau tiruan



 Source from Shell website 


Info Tambahan

Anda ingin mendapat cashback/duit anda setelah membeli barangan online? Jika anda suka membeli barangan online di Lazada, Shopee, Aliexpress dan Zalora serta membuat tempahan hotel melalui Traveloka, Agoda dan booking.com anda disarankan sign up di Shopback. Setelah membuat pembelian Shopback akan membuat bayaran balik beberapa peratus daripada jumlah belian anda melalui Shopback

Alhamdulillah setakat ni Cashback yang saya dapat sebanyak RM575.93. Daripada jumlah tersebut, saya dah tunaikan sebanyak RM357.84 dan RM209.23 Cashback saya yang masih pending/dalam proses manakala RM8.86 cashback yang saya boleh tunaikan buat masa ni. Tetapi syarat untuk tunaikan adalah available cashback anda kena mencapai RM10.00 baru boleh ditunaikan. 




Daftar sekarang dan anda akan dapat RM5.00 bonus.
Untuk mendaftar klik > SHOPBACK


Penaja